[peminat kami]

Friday 30 November 2012

AMALI 6 : SET MENU CINA

          


 Tema masakan pada minggu ini ialah set masakan Cina. Terdapat 5 hidangan yang perlu disediakan iaitu pie tee, crab meat and egg drop soup, nasi putih, beef green pepper dan kubis gulung berinti. Apa yang dapat diperhatikan, menu masakan Cina adalah lebih cenderung menggunakan kaedah merebus, mencelur dan mengukus. Penggunaan bahan-bahan dalam resepi juga lebih ringkas berbanding masakan Melayu dan masakan India yang biasanya akan menggunakan rempah ratus dan santan. Masakan Cina tidak mengandungi banyak minyak. Namun masakan Cina mengandungi banyak bahan perasa. Sekiranya bahan perasa seperti kicap, sos tiram atau stok ayam digunakan, penggunaan garam dalam masakan harus dikurangkan untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu masin. Secara keseluruhannya, masakan Cina mudah disediakan dirumah. Bahan-bahan yang digunakan mudah didapati. Walaupun terdapat beberapa masakan yang kurang menjadi, diharapkan kami dapat memperbaikinya apabila mencuba semula. Masakan Cina amat sesuai bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan kerana dimasak dengan menggunakan kaedah mengukus dan banyak menggunakan sayur-sayuran.



***********************************
PIE TEE

BAHAN-BAHAN:
(KULIT PIE TEE)
40 gm              Tepung gandum
50 gm              Tepung beras
¾ cawan         Air
1 biji                 Telur
5 gm                Garam
10 gm              Lada sulah
10 ml               Air kapur
250 ml             Minyak masak
Gula secukup rasa

(INTI)
5 gm                Minyak masak
10 gm              Bawang putih                          –  dicincang kasar
300 gm            Isi udang                                  –  dicincang kasar
200 gm            Sengkuang                              –  diparut kasar
100 gm            Lobak merah                           –  diparut kasar
100 gm            Timun                                      –  di parut kasar

* Pie tee dihidangkan dengan sos cili thai.


PROSEDUR MEMBUAT KULIT PIE TEE  :
1.         Ayakkan tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
2.         Campurkan telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya sehingga kembang dan berbuih.
3.         Peramkan adunan selama 20 minit.
4.         Panaskan minyak dalam kuali yang dalam.
5.         Rendam calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung benar-benar panas.
6.         Celupkan calung pie tee dalam adunan separas ¾ dan masukkan kedalam minyak panas seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
7.         Gorengkan sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.


PROSEDUR MEMBUAT INTI :

1.         Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. Goreng sehingga udang masak. Tutup api.
2.         Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun, gaul rata dan ketepikan.


Hidangkan dengan mengiisikan inti ke dalam kulit pie tee dan tuangkan sos ke dalamnya.


**********************************
CRAB MEAT AND EGG DROP SOUP


BAHAN-BAHAN :
5 gm                Minyak masak
50 gm              Bawang besar             –  dicincang
1.5 liter            Stok ayam
1 biji                 Telur
20 gm              Tepung jagung
1 ½ sdb           Air
200 gm            Jejari ketam (crab stick)
5 gm                Garam
5 gm                Lada sulah
5 gm                Daun bawang              –  dimayang halus untuk hiasan


PROSEDUR PENYEDIAAN :

1.         Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga terbit bau dan agak kekuningan.
2.         Kemudian masukkan stok ayam dan biarkan ianya mendidih.
3.         Setelah itu, masukkan isi ketam dan renehkan selama lebih kurang 8 ke 10 minit. Perasakan dengan garam dan lada uslah secukup rasa.
4.         Perlahankan api dan masukkan telur sedikit demi sedikit sambil bahan dikacau secara satu arah sahaja.
5.         Kemudian masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk melikatkan bahan.


***********************************

BEEF GREEN PEPPER
BAHAN-BAHAN :

300 gm            Daging batang pinang             –  dihiris nipis
200 gm            Lada benggala                        –  dipotong julienne
10 gm              Bawang putih 
5 gm                Halia                                        
5 gm                Sos tiram
5 ml                 Kicap cair
125 ml             Air
5 gm                Tepung jagung
2 sdb               Air                                           
5 gm                Gula
3 gm                Garam
3 gm                Lada sulah
100 gm            Minyak masak


PROSUDER PENYEDIAAN :

1.         Perapkan daging bersama-sama dengan gula, garam dan lada sulah selama lebih kurang sejam.
2.         Panaskan minyak dan gorengkan daging sebentar dengan api yang besar. Angkat dan asingkan.
3.         Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dicincang halus sehingga kekuningan, kemudian masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau rata.
4.         Selepas itu, masukkan daging dan lada benggala beserta daging. Kacau rata. Perasakan secukupnya dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya.


****************************************

KUBIS GULUNG BERINTI


BAHAN-BAHAN :

300 gm            Kubis panjang             –  dicelur dan ditoskan

(INTI)
100 gm            Isi ayam                      –  dicincang
100 gm            Udang                         –  dibuang kulit dan dicincang
10 gm              Cendawan cina           –  direndam dan dihiris
30 gm              Bawang besar             –  dicincang
30 gm              Lobak merah               –  dipotong julienne
5 gm                Daun bawang              –  dihiris
8 gm                Celery                         –  dihiris
10 gm              Tepung jagung
3 gm                Garam
3 gm                Lada sulah

(SOS)
250 ml             Stok ayam
30 gm              Bawang besar             –  dicincang
160 gm            Tomato                        –  dicincang halus
10 gm              Tepung ubi
12 gm              Cili kisar
15 gm              Marjerin
3 gm                Garam
3 gm                Lada sulah
Hiasan : Daun bawang = I helai


 PROSUDER PENYEDIAAN :

1.         Campurkan semua bahan inti. Gaul rata dan perisakan.
2.         Letakkan secukupnya inti diatas daun kubis dan gulung dengan kemas. Ulang pada setiap helaian kubis. Kukus gulungan kubis.
3.         Sementara itu, sediakan sos.
i. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang besar dan lada kisar, masukkan stok ayam dan tomato
ii. Apabila mendidih, masukkan tepung ubi kayu yang dilarutkan dengan sedikit air. Sesuaikan rasanya.
               iii. Apabila sos pekat, masukkan kubis gulung. Biarkan masak sebentar. Angkat dan hidangkan.



*************************************

[cik majidah]






KUIH TRADISIONAL TEMPATAN SEMAKIN HILANG ??

           Rakyat Malaysia pada masa kini semakin melupakan kuih tempatan yang pernah disediakan oleh nenek moyang mereka dahulu. Perubahan zaman dan perkembangan teknologi menjadi punca mengapa kuih tempatan tradisional semakin pupus dan dilupakan. Anak-anak dan remaja masa kini hanya mengenali makanan ringan dari barat dan makanan segera. Kini, terdapat beberapa kuih tradisional yang hanya disediakan pada waktu perayaan ataua keraian.

            Hasil perbincangan semasa kelas teori bersama-sama dengan Puan Suriani terdapat beberapa punca mengapa kuih tradisional ini semakin dilupakan.


  • Tidak ada resepi standard yang digunakan oleh nenek moyang semasa menyediakan kuih.
  • Kesibukan bekerja sehingga tidak ada masa untuk memasak. Lebih senang beli makanan diluar atau masak makanan sejuk beku.
  • Kesukaran mendapatkan bahan mentah untuk membuat kuih.
  • Amalan pemakanan dirumah yang tidak menghidangkan kuih-muih tempatan dalam hidangan seharian.
  • Pengaruh daripada makanan segera dan makanan barat.
  • Alatan untuk membuat kuih tradisional sukar diperolehi.


          Sebagai seorang guru disekolah, apakah usaha/langkah yang akan dilakukan bagi memastikan kuih-muih tradisional ini lebih dikenali dan tidak dilupakan oleh pelajar.


  • Mengadakan pertandingan semasa minggu teknik & vokasional atau pertandingan antara sekolah.
  • Mengadakan demonstrasi penyediaan kuih tradisional oleh individu yang mahir dalam membuat kuih.
  • Memastikan amali membuat kuih tradisional dilakukan semasa kelas amali subjek Kemahiran Hidup.
  • Mengadakan pameran kuih-muih tradisional disekolah.

            Kuih tradisional tempatan merupakan identiti kepada masyarakat Melayu. Ianya melambangkan tradisi dan gaya hidup masyarakat sendiri. Perubahan teknologi dan inovasi yang semakin berkembang bukanlah penghalang untuk kita melupakan tradisi nenek moyang. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menerapkan hal-hal tradisi yang semakin dilupakan ini supaya pelajar dapat mengenali asal usul nenek moyang dan tradisi amalan dahulu.


*****************************

[ cik majidah ]

KUIH MUIH TEMPATAN PULAU PINANG


Negeri Pulau Pinang terdiri daripada penduduk yang pelbagai kaum. Kaum majoriti di negeri ini ialah kaum Cina diikuti dengan kaum Melayu dan kaum India. Dalam kaum Cina terdapat juga golongan Peranakan Nyonya. Perakan Nyonya ini hanya didapati di bahagian pulau. Kaum Melayu pula terdiri daripada Melayu tulen dan golongan Mami Penang.  Setiap suku kaum ini mempunyai kuih tradisi yang tersendiri. Kuih muih ini diperturunkan dari generasi dahulu hingga generasi kini. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa olahan atau inovasi yang telah berlaku pada resepi atau cara pembuatan kuih tersebut. Perubahan ini berlaku adalah kerana perubahan teknologi supaya memudahkan lagi pembuatan kuih.

Kuih muih tradisional yang terdapat di negeri Pulau Pinang ini banyak persamaan dengan kuih muih yang terdapat di negeri utara yang lain seperti Kedah, Perlis dan Perak. Hal ini kerana keempat-empat negeri ini saling berdekatan. Persamaannya ialah dari segi nama, proses pembuatan dan bahan. Namun demikian, terdapat juga kuih muih yang lain dari negeri-negeri ini.

Hasil daripada kajian dan temuramah dengan orang-orang tua, kuih tradisional Melayu di negeri Pulau Pinang ialah serabai, halwa maskat, cucur udang, tepung talam dan putu mayam. Bagi kuih tradisional kaum Peranakan Nyonya ialah pulut tekan, fatt kao, kuih ang ku dan kuih bengka. Manakala bagi kaum India ialah kuih vadai dan kuih keseri. 

                                       *****************************
                                                            SERABAI.


          Kuih serabai merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan santan. Kuih ini berwarna putih dan berbentuk bulat. Kuih ini dimasak menggunakan kaedah goreng tohor. Kuih ini mempunyai acuannya sendiri. Acuan kuih serabai berbentuk bulat. Ia akan dimakan bersama-sama dengan kuah gula yang dimasak dengan santan. Rasa kuahnya seperti lemak manis. Selain itu, sarabai boleh dimakan dengan kuah durian atau sekaya pandan. Kuih ini mudah ditemui pada bulan Ramadhan atau ketika kenduri arwah. 


                                                       CUCUR UDANG



           Cucur udang turut dikenali sebagai jemput-jemput udang di negeri selatan. Di negeri Pulau Pinang, cucur udang dipanggil ‘cucoq udang’ mengikut loghat negeri ini. Bahan utama cucur ialah tepung gandum dan udang. Adunan bater yang digunakan ialah bater pekat. Kaedah memasak yang digunakan bagi menyediakan kuih ini ialah menggoreng dengan minyak penuh. Selain dari bahan utamanya, adunan cucur boleh dicampur dengan taugeh, kucai, bawang besar dan cili merah. Kadang kala, cucur udang ini akan dicampur dengan jagung dan dipanggil cucur jagung. 

            Cucur biasanya dimakan dengan sos cili atau kuah kacang. Sos cili boleh didapati dalam dua jenis iaitu sos cili dalam botol atau sos cili manis yang boleh dibuat sendiri. Cucur udang boleh dinikmati sebagai rojak atau pasembor. Ia akan dimakan bersama dengan sengkuang, timun, taugeh, tauhu dan kuah kacang. Pasembor merupakan makanan yang sinonim dengan negeri Pulau Pinang. Cucur juga dicampur dalam mi goreng mamak dan mee rebus. 


HALWA MASKAT



         Halwa maskat merupakan kuih manisan yang biasa dijumpai pada hari perayaan atau majlis keramaian. Halwa maskat mempunyai tekstur seperti jeli dan berwarna kuning. Halwa maskat mempunyai rasa yang manis dan terdiri dari pelbagai bentuk. Adakala ia boleh didapati dalam bentuk bulat dan petak. Bahan utama halwa maskat ialah minyak sapi, tepung gandum dan tepung sagu. Selain dari itu, kismis, badam dan buah pelaga juga turut dicampur dalam halwa maskat. Proses memasak halwa maskat adalah rumit kerana tepung perlu direndam selama 2-3 hari dan perlu ditukar airnya setiap hari. Kaedah memasak yang digunakan ialah merebus dan merendidih. Apabila bahan-bahan dalam periuk telah mendidih, adunan akan dibiar merendidih sambil dikacau supaya tidak berkerak di bahagian bawah. Menurut orang-orang tua, semasa memasak halwa maskat kita perlu menggunakan periuk tembaga. Sekiranya dimasak dengan periuk biasa, warna halwa maskat akan jadi tidak menarik.



TEPUNG TALAM


          Tepung talam merupakan kuih manis dan berlemak. Kuih ini mempunyai dua lapisan iaitu santan dibahagian atas dan adunan tepung dibahagian bawah. Bahan utama yang digunakan ialah tepung beras dan santan. Kaedah memasak bagi kuih ini ialah kaedah mengukus. Pada masa kini, kuih tepung talam boleh didapati dalam pelbagai perisa. Biasanya lapisan bawah kuih yang menggunakan bahan tepung beras dan gula Melaka akan berwarna coklat. Ini merupakan perisa biasa bagi kuih tepung talam. Terdapat juga tepung talam pandan yang menggunakan jus daun pandan dalam adunan lapisan bawah kuih. Selain itu, tepung talam boleh didapati dalam perisa jagung, keladi, kacang merah dan cendol. Adunan lapisan bawah kuih boleh dimasak mengikut citarasa masing-masing. Kuih tepung talam ini mudah didapati di gerai dan pasar malam. Ia dijual didalam talam atau bekas plastik.




PUTU MAYAM


       Putu mayam merupakan kuih yang popular di negeri Pualu Pinang. Kuih ini berwarna puti dan mempunyai bentuk seperti bihun. Ia dimakan bersama-sama dengan gula perang dan kelapa parut. Bahan utama putu mayam ialah tepung beras. Kaedah memasak yang digunakan dalam penyediaan putu mayam ialah kaedah mengukus. Apabila tepung beras dicampur dengan air, ia akan dibentuk menjadi doh dan diperap. Kemudian, adunan doh akan dimasukkan kedalam acuan putu mayam dan diterap atas pengukus. Acuan putu mayam boleh didapati dalam bentuk plastik atau kayu. Putu mayam boleh didapati pada waktu pagi atau petang. Ia banyak dijual di gerai dan pasar malam.


***************************
gambar adalah dari carian Google

[ cik majidah ]
 

Wednesday 28 November 2012

MENU IBU DALAM PANTANG

Assalamualaikum.........................


Berita baik buat ibu-ibu yang akan berpantang atau yang sedang berpantang. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa menu ringkas yang boleh disajikan ketika didalam pantang. Kalau sebelum ini menu dalam ketika dalam tempoh pantang sinonim dengan menu yang menggunakan kaedah membakar sahaja. pastinya bosan untuk mengharungi tempoh berpantang selama 44 hari dengan menu yang sama. Oleh itu, marilah kita mencuba menu-menu menarik yang akan memberi keriangan dan pastinya berkhasiat untuk dimakan oleh ibu-ibu sekalian.

Menu-menu ini juga sesuai bagi mereka-mereka yang sedang berdiet...
Oleh itu, selamat mencuba......


**********************************

MENU : BUBUR LAMBUK IKAN HARUAN

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan haruan – diambil isinya
  • 1 cawan beras
  • 1 cawan santan
  • 5 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
  • 1 ½ cm halia – dihiris halus
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

  Bahan Hiasan:

Sedikit daun sup
  • Sedikit daun bawang
  • Bawang goreng

  •   Kaedah Penyediaan :

    1. Rebuskan beras dengan bahan yang dihiris sehingga kembang.
    2. Masukkan isi ikan haruan
    3. Setelah mendidih, masukkan santan, lada hitam dan garam secukup rasa
    4. Setelah masak bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.



    **********************************


    MENU :  IKAN HARUAN BAKAR

    Bahan-bahan:

    • 1 ekor ikan haruan
    • 1 cm kunyit hidup – dikisar
    • 1 batang serai – dikisar
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh lada hitam
    • Sedikit helaian daun pisang – balut pada ikan

      Bahan Air Asam
      • 1 genggam asam jawa – diperah
      • 1 cawan air
      • 5 tangkai cili padi – dihiris
      • 1 biji bawang besar – dihiris
      • Garam secukup rasa

      Kaedah Penyediaan :

      1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam. Tunggu sehingga 1 jam. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak.
      2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
      3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.
      **********************************

      MENU :  SUP IKAN HARUAN 

      Bahan-bahan :
      1 ekor ikan haruan – diambil isinya
    • 3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat
    • 2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
    • 1 ½ cm halia – dihiris halus
    • 2 cawan air
    • 2 sudu makan minyak masak
    • 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
    • 5 keping asam keping
    • Garam secukup rasa

    •  Bahan Hiasan :
      Sedikit daun sup
    • Sedikit daun bawang

    •   Kaedah Penyediaan :

      1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat serta halia yang dihiris sehingga naik wangi. Kemudian masukkan air.
      2. Setelah air mendidih, masukkan isi ikan, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata sehingga isi ikan masak.
      3. Selepas itu bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang dan daun sup.

      **********************************

      Selamat Mencuba
      &
       Selamat Berpantang

      BY : Nik Norakmal



      Friday 23 November 2012

      PENGENALAN DIET GOLONGAN DARAH AB

           Mengambil menu masakan sehari-hari yang serasi dengan jenis darah ibarat pemandu kenderaan yang tertib membawa kotak keselamatan, peralatan bengkel serta menggunakan tali pinggan keledar akan mematuhi semua peraturan jalan raya. Hasilnya, anda boleh tiba didestinasi dengan selamat. Selain itu, jika mengalami masalah enjin kereta secara mendadak, anda boleh dengan mudah membaikinya.

           Begitu juga dengan tubuh kita. Bila kita tertib mengambil makanan yang sesuai dengan jenis darah, setiap masalah kesihatan dan penyakit yang muncul akan lebih mudah diatasi. Selain menjadi lebih sihat, bonus tambahan yang anda boleh dapati dengan menerapkan pola makanan yang sesuai dengan jenis darah adalah tubuh lebih langsing serta penampilan segar berseri dan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

            Jumlah pemilik golongan yang berdarah AB adalah paling sedikit antara semua penduduk dunia, iaitu hanya kira-kira 2-5 peratus sahaja. Anda mewarisi antigen golongan darah A dab B. Oleh kerana itu, pola pemakanan yang sihat bagi anda ialah dengan menggabungkan pola pemakanan golongan darah A yang cenderung vegetarian dengan daging dan hasil tenusu dagi mereka yang berdarah B.

           Senarai bahan makanan yang disarankan oleh golongan berdarah AB terbahagi kepada tiga kategori iaitu sangan bermanfaat, neutral dan hindari. Kategori sangat bermanfaat bermaksud makanan didalam kelompok ini memberikan faedah kesihatan bagi tubuh badan anda dan boleh diambil setiap hari. Seterusnya ialah kategori neutral yang bermaksud makanan di dalam kelompok ini tidak memberi apa-apa faedah kesihatan yang mencukupi tetapi tidak juga merugikan. Oleh itu, sebaiknya diambil secukupnya sahaja dan bukan setiap hari (3-5 kali seminggu). Manakala kategori hindari bermaksud makana dalam kelompok ini boleh mengganggu kesihatan anda dan disarankan hanya diambil sesekali sahaja dalam jumlah yang terbatas (1-2 kali seminggu) atau sebaliknya dielakkan sama sekali apabila timbulnya masalah kesihatan.


           Panduan yang ditulis ini adalah berdasarkan buku-buku diet golongan darah yang ditulis oleh pakar diet antarabangsa iaitu Dr Peter J. D'Adamo.


      [ cik majidah ]

      BAHAN MAKANAN GOLONGAN DARAH AB : BUAH-BUAHAN


      Sangat bermanfaat :
      Loganberry

      • Anggur hijau / hitam / merah / Concorde & jus anggur
      • Buah ara (fig) segar / gusberi 
      Buah ara

      • Ceri segar & jus ceri hitam
      • Kranberi & jus kranberi
      • Limau gedang, lemon, jus betik, kiwi, loganberry, nanas
      Limau gedang


      • Plum hijau / merah / gelap
      *******************************

      Neutral :

      • Air + air perahan lemon
      • Epal & jus epal & cuka epal (apple cider vinegar)
      • Aprikot & jus aprikot
      • Beri hitam & beri biru
      • Tembikai kuning & tembikai merah
      • Boysenberry, currant (sejenis anggur kecil) hitam / merah, elderberry
      Boysenberry

      • Limau, kumkuat, limau nipis
      Kumkuat

      • Jus anggur, jus nanas, kismis, kurma
      • Tembikai susu canang / casaba / Christmas / Honeydew / musk Spanish
      • Nektarin (sejenis pic), pic, betik, pear, pisang tanduk
      Nektarin

      • Prun (plum kering) & jus prun
      • Raspberi & stawberi
      ******************************

      Hindari :

      • Belimbing
      • Buah naga
      Buah naga

      • Delima
      • Jambu biji
      • Oren & jus oren
      • Kelapa
      • Pisang kaki
      Pisang kaki

      • Mangga
      • Pisang (pisang embun / pisang mas / pisang susu / pisang sireh)
      • Rubarb
      Rubarb

      * gambar hasil daripada carian Google.


      **********************************

      [ cik majidah ]

      BAHAN MAKANAN GOLONGAN DARAH AB : SAYURAN


      Sangat bermanfaat :

      • Bawang putih
      • Bit, Daun bit, Daun Collard
      Bit
      • Brokoli, Dandelion
      • Jus kobis, Jus lobak merah
      • Kailan, Bunga kobis, Mentimun
      • Parnship, Pasli, Sawi
      Parsnip
      • Saderi & Jus saderi
      • Tauhu, Tauge alfalfa, tempe
      Alfalfa
      • Terung, Keledek, Semua jenis ubi-ubian
      *******************************

      Neutral :

      • Arugula, Asparagus
      • Bawang Bombay hijau / kuning / merah / Spanish, Bawang prei
      • Bayam, Bok choy, kubis Brussles
      Kubis Brussles

      • Buah zaitun hijua / Greek / Spanish
      • Chervil, Cikori, Daikon
      • Daun bawang, Daun ketumbar, Escarole, Horsedish, Halia
      • Cendawan domestik / Portobello / kayu / tiram / Enoki
      • Jintan
      • Kacang kara, Halba
      • Kentang putih / merah , Kohlrabi
      • Kubis hijau / merah
      • Labu air / Siam, Labu kuning
      • Okra, Pakis, Radicchio, Rappini, Rebung
      Rebung

      • Rutabunga, Berangan, Sawi putih
      • Salad air , Salad Bibb / Boston / endive / iceberg / mesclun / romaine
      • Zukini, Swiss chard, tomato, turnip, lobak merah
      Lobak merah

      ******************************

      Hindari :

      • Articok domestik / Jurusalem
      • Avokado
      • Buah zaiton hitam
      • Cili padi
      Cili padi

      • Jagung juning / putih
      • Cendawan abalone / shitake / hioko
      Cendawan shitake

      • Lima bean
      • Paprika merah / hijau / kuning
      • Radish sprout, Tauge

      * gambar hasil daripada carian Google.


      **********************************

      [ cik majidah ]

      Petua Dapur : Baulu, Kentang, Kupang, Madu

      Tips menyimpan kuih baulu agar tahan lama.



      • Yang paling mudah adalah dengan memasukkan sedikit bahan pengawet (anti-mould) ke dalam adunan.
      • Jika tidak mahu guna cara ini, jemur atau sangai (goreng kering) tepung hingga betul-betul panas atau kering (tanpa mengubah warnanya). Kemudian, biarkan sejuk dan ayak sebanyak dua kali.
      • Setelah kuih baulu dimasak. pastikan kuih sejuk dan barulah disimpan di dalam bekas kedap udara. Letakkan paket yang dapat meresap udara di dalam bekas tersebut. 
      • Jangan letak bekas di tempat yang terdedah pada sinaran matahari atau di tempat yang hangat.


      Kentang lebih enak


      • Kentang enak dimakan tanpa dikupas kulitnya.
      • Gosok kentang dengan hampas kelapa hingga kulitnya bersih.
      • Kemudian cuci dan masukkan ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja.


      Cara bersihkan isi kupang


      • Untuk mengelakkan kupang berpasir ketika memasak, rendamkannya selama 10 minit dengan air biasa.
      • Kemudian tos dan masak seperti biasa.
      • Cara ini juga sesuai untuk membersihkan kerang, lala dan kepah.


      Madu tahan lama.


      • Bagi menegkalkan kualiti madu, masukkan beberapa butir padi kedalam botol yang berisi madu.
      • Simpan ditempat yang kering.

      [ cik majidah ]

      Thursday 22 November 2012

      Amali Minggu 10

      Menu Hidangan Sepinggan Lengkap (Karbohidrat) & Pencuci Mulut.

      SET MELAYU

      Hari ini, iaitu  22 November 2012 merupakan amali pertama setelah bertukar status. Menu yang dipertanggungjawapkan pada minggu ini adalah Nasi Tomato yang dihidang bersama ayam masak merah dan rojak buah sebagai hidangan pencuci mulut. Di sini kami akan kongsikan resepi yang telah di standardkan sebagai rujukan bersama. 

      Resepi :

      Nasi Tomato (Ayam Masak Merah & Acar Rampai)

      BAHAN-BAHAN: (Porsi 2 orang)
      300gm             Beras basmati
      50gm               Tomato (dipotong dadu)
      30gm               Sos tomato
      15gm               Tomato puri
      25ml                Susu
      100ml              Air
      10gm               Daun pandan
      3gm                 Garam

      Bahan tumis:
      80gm               Mentega
      5gm                 Kulit kayu manis
      5gm                 Bunga cengkih
      5gm                 Bunga lawang
      3gm                 Buah pelaga
      20gm               Bawang putih (dihiris)
      40gm               Bawang besar (dihiris)
      Hiasan :          Bawang goring
        
      LANGKAH PENYEDIAAN:
      1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
      2. Panaskan mentega/minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
      3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian, masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
      4. Tanak hingga masak.
      5. Taburkan sedikit kismis diatas permukaan nasi.
      5. Hidangkan panas dan boleh taburkan sedikit bawang goreng.

      ************************************
      AYAM MASAK MERAH

      BAHAN-BAHAN: (2 porsi)
      600gm             Paha ayam (dibuang kulit dan lumurkan dengan  
                               garam dan kunyit)
      170gm             Sos tomato
      150ml              Air
      30ml                Minyak masak
      10gm               Bwang putih
      15gm               Cili kering                               
      2cm                 Halia     
      70gm               Bawang merah
      1 batang          Serai (dititik)
      15gm               Kacang pis
      60gm               Bawang besar (dipotong bulat)
       *cili kering, halia, bawang merah dikisar
      Bahan penumis :
      3gm                 Kulit kayu manis
      1 kuntum         Bunga lawang
      3 biji                 Buah pelaga

      Hiasan:
      1 tangkai         Daun bawang (dihiris)
      1 biji                 Cili merah (dibentuk bunga)

      LANGKAH PENYEDIAAN :

      1. Ayam digoreng hingga separuh masak menggunakan minyak penuh. Angkat dan toskan.
      2. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis, bahan kisar dan serai. Tumis hingga berwarna keemasan.
      3. Tuang air dan sos tomato, kacau rata.
      4. Masukkan ayam dan kacang pis, kacau rata sehingga masak.
      5.. Masukkan bawang besar, kacau. Sesuaikan rasa dan angkat.

      LANGKAH MENGHIAS : 
      1. Masukkan masakan dalam pinggan hidang.
      2. Hiaskan dengan cili merah dan daun bawang.
      3. Pek dalam bekas yang sesuai.

      *********************************
      ACAR RAMPAI

      BAHAN-BAHAN: (2 porsi)
      80gm               Timun
      70gm               Lobak
      20gm               Cili merah
      20gm               Cili hijau
      50gm               Bawang besar
      20gm               Bawang putih
      3cm                 Halia
      5gm                 Biji sawi
      5gm                 Bijan – goreng sedikit
      5gm                 Serbuk kunyit
      30gm               Cuka
      3 sdb               Minyak masak

      *Gula dan garam  secukup rasa                    

      LANGKAH PENYEDIAAN :
      1. Timun dibuang bahagian tengahnya dan potong memanjang.
      2. Lobak, cili merah dan cili hijau dipotong memanjang.
      3.. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan biji sawi, biarkan satu minit sambil dikacau.
      4. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan cili, serbuk kunyit dan cuka. Kacaukan.
      5. Kemudian masukkan timun dan lobak. Kacau dan perasakan dengan garam, gula dan masukkan bijan. Gaul sebati seketika. Angkat dan hidangkan
       

        *****************************************

           Resepi : Rojak Buah    

       


       
      BAHAN-BAHAN :
      130gm             Timun
      350gm             Sengkuang                 
      200gm             Nanas
      100gm             Mangga muda (dihiris)
       * Bahan diatas perlu dipotong kiub besar

      Kuah:
      15gm               Cili kering
      2cm                 Belacan bakar
      2biji                  Limau nipis (ambil jus sahaja)
      50gm               Kacang tanah goreng (ditumbuk kasar)
      60ml                Air asam jawa
      100gm             Gula Melaka – dicincang           
      15gm               Petis
      10gm               Bijan (digoreng tanpa minyak)
      Garam             secukup rasa

      Hiasan:
      Daun pisang    1 helai

      LANGKAH PENYEDIAAN:

      1. Cili kering dan belacan digoreng dengan sedikit minyak kemudian dikisar.
      2. Gaulkan cili kisar, gula Melaka dalam mangkuk adunan.
      3. Masukkan jus limau, air asam jawa, garam dan petis.
      4. Gaul rata dan masukkan kacang tanah serta bijan.

      LANGKAH MENGHIAS:
      1. Alas pinggan hidang dengan daun pisang.
      2. Campurkan semua sayur-sayuran dan buah-buahan, gaul rata (sekiranya terus dihidangkan) atau susun sayur-sayuran dan buah-buahan dengan menarik dan diletakkan mangkuk berisi kuah disisinya jika dihidangkan berasingan.
      3. Hidangkan.
      4. Pek dalam bekas yang sesuai.

      *************************************

       Selamat mencuba semua, diharap resepi ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada anda untuk mencari menu yang sesuai untuk dimasak dan disajikan kepada insan tersayang.....
      nantikan gambar-gambar menarik hasil kerja dan hidangan yang kami hasilkan semasa kelas amali minggu ini.....

      by: Nik Norakmal
       

        ***********************************


      LAPORAN AMALI MINGGU INI

      Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan dua resepi iaitu hidangan sepinggan lengkap nasi tomato dan rojak buah iaitu sebagai hidangan pencuci mulut. Berikut merupakan komen dan penilaian yang kumpulan kami terima daripada pensyarah dan juga penilaian dari unit 3. Segala kekurangan dan kesalahan yang kami lakukan akan dijadikan iktibar untuk masa-masa akan datang.
      InsyaAllah....

      Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Pensyarah

                       
      a.        Tatasajian
      Penggunaan alatan dan susunan alatan mengidang yang betul dan sesuai.

      b.        Persembahan Hidangan
      Persembahan hidangan menarik dari aspek kombinasi warna hidangan dan hiasan serta porsi yang dihidangkan sesuai untuk porsi 1 orang makan.

      c.        Warna
      Warna makanan yang disediakan adalah mengikut warna sebenar masakan tersebut.

      d.        Tekstur
      Tekstur bagi ayam kurang masak di bahagian dalamnya. Manakala bagi tekstur nasi dan rojak adalah baik.

      e.        Rasa
      Rasa bagi nasi tomato dan ayam masak merah sedap.

       Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Unit  3

       

      a.        Tatasajian
      Secara keseluruhannya adalah baik dan bersesuaian dengan hidangan yang   digunakan Cuma terdapat sedikit kotoran pada sudu makan.

      b.        Persembahan Hidangan
      Susunan hidangan dalam pinggan baik. secara keseluruhannya adalah baik dan menarik.

      c.        Warna
      Warna nasi tomato kelihatan sedikit pucat. Ayam masak merah  berwarna gelap dari biasa. Manakala bagi acar rampai sangat menarik.

      d.        Tekstur
      Tekstur semua hidangan adalah baik.

      e.        Rasa
      Rasa semua hidangan adalah sedap terutama rojak buah.

      ****************************************
      Ini pula rupa hidangan yang kami berjaya hasilkan pada sesi amali kali ini....
      Peranggu Meja

      Nasi Tomato.....sedapnyee.....



      Selamat Mencuba......

      by Nik Norakmal