Poh Pia Tord
Bahan-bahan:-
Ayam cincang 300g
Kulit Poh Pia (Kecil) 8 kpg
Bawang besar- cincang 90g
Bawang putih – cincang 2 ulas
Tom Yam Paste 1 camb
Daun limau purut 2 helai
Daun bawang 5g
Minyak masak
Gula ½ camt
Garam Secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Bawang putih dan bawang merah dikupas dan di mayang halus manakala daun bawang dan daun limau di diracik halus.
2. Sedikit minyak dipanaskan dan bawang putih dan merah ditumis sehingga layu dan naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam cincang yang telah dihancurkan dan masak sehingga ¾ masak.Masukkan paste tomyam, garam dan gula mengikut sukatan.
4. Daun limau purut dimasukkan apabila kelihatan sudah hampir masak dan dibirkan kuahnya menjadi kering.
5. Api dimatikan dan dibiarkan sejuk. Apabila sudah sejuk daun bawang yang telah dicincang ditabur dan digaul rata.
6. Kemudian, ambik kulit poh pia yang telah dilembutkan dan masukkan inti dan digulungkan. Lekatkan hujung gulungan poh pia dengan menggunakan air.
7. Poh pia digoreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.
8. Apabila poh pia kelihatan kekuningan, angkat, tos dan sedia untuk dihidang.
Pad Thai
Bahan-bahan:-
- Kuay teow 200g
- Bawang putih 2 ulas
- Taugeh 80g
- Kuchai 30g
- Daun ketumbar 30g
- Cili merah 1 tangkai
- Udang (saiz sederhana) 6 ekor
- Lobak masin 20g
- Tauhu 30g
- Udang kering 30g
- Telur 1bj
- Serbuk jintan manis ½ camt
- Serbuk ketumbar ¼ camt
- Air limau 1 ½ camt
- Kicap cair 2 camb
- Sos tiram 2 camb
- Kacang tanah 50g
- Limau nipis 1 bj
Cara Penyediaan :
1. Kuey teow dibilas, ditoskan dan ketepikan dahulu
2. Udang dikupas kulit dan dibersihkan.
3. Bawang putih dikupas dan diketuk, kuchai diracik halus, daun ketumbar dan cili merah dimayang dan diasingkan.
4. Sedikit minyak dipanaskan dan bawang putih ditumis sehingga naik bau.
5. Kemudian masukkan udang dan telur. Kacau sehingga ¾ masak.
6. Masukkan kuey teow dan bahan-bahan perasa (serbuk jintan manis, serbuk ketumbar,air limau,kicap cair dan sos tiram). Goreng sehingga garing.
7. Kemudian, masukkan semua ramuan (taugeh,lobak masin, ,tauhu dan udang kering). Kacau sampai semua bahan sekata dan masak.
8. Akhir sekali taburkan kuchai,cili merah dan daun ketumbar sebagai hiasan.
* Angkat Pad Thai dari kuali dan hidangkan dengan kacang tanah yang ditumbuk dan hirisan limau.
SELAMAT MENCUBA........
kata komen rasa daun limau purut berlebihan sbb diracik..tp dlm resepi tetap tulis diracik..jd lau komen xberapa sedap masakan tu nape publish gak..nanti org yg baru nk belajar masak jd makin xpandai..huhuhu
ReplyDelete