[peminat kami]

Saturday 20 October 2012

Amali Minggu 6- Amali 3

MENU MINGGU INI

Kuih Ketayap & Pengat Pisang

 

   Resipi Standard: Kuih Gulung (Kuih Ketayap)   


Bahan-bahan:-  (Porsi : 2 orang)

INTI
-       130 gram                  Kelapa Parut          
-       80 gram                    Gula kabung         
-       60 gram                    Gula pasir             
-       65 ml                         Air                           
-       1 Helai                      Daun Pandan 
-       Secukup rasa          Garam  
-       1 sk                           Kicap manis
-       20 gram                   Tepung gandum
                                 (agen pengikat)     
KULIT
-       150 gram                 Tepung Gandum
-        250 ml                     Jus Pandan (5 helai dikisar)
-        3 titik                       Pewarna Hijau
-       125 ml                      Susu segar
-       1 bj                           Telur
-       5 gram                     Garam  

 Cara Penyediaan :

Inti Kuih Gulung (Kuih Ketayap)

1.    Sukat semua bahan-bahan seperti kelapa parut, gula kabung, gula pasir, daun pandan dan air dan gaulkan semua bahan-bahan ini dalam kuali dan jerangkan dengan api yang sederhana.
2.    Kacaukan semua bahan tadi sehingga merenggas dan separa kering. Sesudah itu, angkat dan ketepikan dan biarkan ia sejuk.

Inovasi
-       Memasukkan sedikit tepung gandum sebagai egen pengikat dan kicap manis untuk memberi warna yang menarik. (mengelakkan inti menjadi terlalu manis jika hanya bergantung pada warna gula melaka).
-       Memasukkan sedikit garam sebagai menambah rasa.

Kulit Kuih Gulung (Ketayap)
1.    Ayakkan bahan-bahan kering iaitu tepung dan garam. 
2.    Satukan semua bahan-bahan seperti tepung gandum, jus pandan, susu segar, telur, pewarna dan garam ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
3.    Tapis adunan dan rehatkan sebentar (15-20 minit).
4.    Panaskan kuali leper (Pan) dan sapukan dengan minyak masak atau majerin.
5.    Setelah kuali panas, tuangkan sesenduk adunan dan lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan dahulu kulit ketayap tersebut.
6.    Ulang langkah 5 sehingga adunan habis.
7.    Ratakan kulit, letakkan sedikit inti ditengah dan lipat bahagian kiri dan kanan seterusnya gulung dengan kemas.
8.    Ulang langkah 7 sehingga inti dan kulit ketayap habis.
9.    Sedia untuk di hiding.

 Resipi Standard: Pengat Pisang   



Bahan-bahan:-  (Porsi : 2 orang)

-       5 bj                 Pisang
-       225 ml            Santan 
-       100 gram        Gula melaka
-       50 gram          Sagu (sagu telur ikan) – direndam dahulu
-       20 gram          Garam
-       2 kuntum        Bunga Cengkeh 
-       2 helai            Daun pandan
-       ½ sk               Kapur makan


Cara Penyediaan :

1.    Pisang di buang kulit, dipotong serong dan direndam di dalam air kapur seketika dan ditoskan.
2.    Satukan santan dan daun pandan di dalam periuk. Renehkan di atas api yang kecil dan perlu sentiasa dikacau untuk mengelak santan berketul.
3.    Setelah mendidih masukkan biji sagu yang telah direndam dan ditoskan pada awal proses memasak sebentar tadi ke dalam santan.
4.    Biarkan seketika dan masukkan pisang yang telah siap dibuang kulit dan dipotong kedalam santan bersama sedikit garam, bunga cengkeh dan air gula melaka.
5.    Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak dan tunggu sehingga pengat mendidih.
6.    Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Inovasi yang dilakukan  :

-       Rendam pisang yang telah dipotong dengan air kapur untuk menjaga tekstur pisang agar tidak lembik apabila dimasak.
-       Menambah bunga cengkeh sebagai penambah aroma kepada pengat pisang.
-       Gula melaka dimasak terlebih dahulu dengan sedikit air dan tapis dengan penapis untuk mendapatkan air gula.


 
*****************************************************

PENILAIAN & KOMEN

 Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Pensyarah

                 
a.    Tatasajian
Penggunaan alatan dan susunan alatan mengidang yang betul kecuali kedudukan napkin yang kurang sesuai.

b.    Persembahan Hidangan
Persembahan hidangan menarik dari aspek kombinasi warna hidangan dan hiasan serta porsi yang dihidangkan sesuai untuk porsi 1 orang makan.

c.    Warna
Warna makanan yang disediakan adalah mengikut warna sebenar masakan tersebut (Perfect).

d.    Tekstur
Tekstur pisang adalah baik iaitu tidak lembik dan hancur, bagi kuih ketayap pula inti yang dihasilkan baik iaitu tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering cuma kulit ketayap kelihatan kurang masak.

e.    Rasa
Rasa bagi kuih ketayap adalah baik, iaitu inti tidak terlalu manis tetapi bagi pengat pisang rasanya adalah terlalu manis dan perlu dikurangkan kuantiti gula.

 Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Unit  8

(CIK WADDIAH, CIK KHUZAIMAH & CIK UZMIRA NADIA)


a.    Tatasajian
Kedudukan napkin mengganggu pandangan dan keselesaan untuk ketika makan namun penggunaan sudu dan garfu adalah sesuai.

b.    Persembahan Hidangan
Gabungan warna bagi setiap hidangan adalah sangat menarik dimana menggunakan buah ceri yang berwarna kontra dari warna kuih ketayap telah Berjaya menyerlahkan hidangan.

c.    Warna
Warna keseluruhan hidangan adalah baik.

d.    Tekstur
Tekstur kuih yang dihasilkan adalah mengikut tekstur sebenar kuih ketayap dan pengat pisang.

e.    Rasa
Rasa kuih ketayap adalah sedap dimana inti tidak terlalu manis namun rasa pengat pisang adalah sedikit manis.


 


No comments:

Post a Comment