[peminat kami]

Thursday, 22 November 2012

Amali Minggu 10

Menu Hidangan Sepinggan Lengkap (Karbohidrat) & Pencuci Mulut.

SET MELAYU

Hari ini, iaitu  22 November 2012 merupakan amali pertama setelah bertukar status. Menu yang dipertanggungjawapkan pada minggu ini adalah Nasi Tomato yang dihidang bersama ayam masak merah dan rojak buah sebagai hidangan pencuci mulut. Di sini kami akan kongsikan resepi yang telah di standardkan sebagai rujukan bersama. 

Resepi :

Nasi Tomato (Ayam Masak Merah & Acar Rampai)

BAHAN-BAHAN: (Porsi 2 orang)
300gm             Beras basmati
50gm               Tomato (dipotong dadu)
30gm               Sos tomato
15gm               Tomato puri
25ml                Susu
100ml              Air
10gm               Daun pandan
3gm                 Garam

Bahan tumis:
80gm               Mentega
5gm                 Kulit kayu manis
5gm                 Bunga cengkih
5gm                 Bunga lawang
3gm                 Buah pelaga
20gm               Bawang putih (dihiris)
40gm               Bawang besar (dihiris)
Hiasan :          Bawang goring
  
LANGKAH PENYEDIAAN:
1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
2. Panaskan mentega/minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian, masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
4. Tanak hingga masak.
5. Taburkan sedikit kismis diatas permukaan nasi.
5. Hidangkan panas dan boleh taburkan sedikit bawang goreng.

************************************
AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN: (2 porsi)
600gm             Paha ayam (dibuang kulit dan lumurkan dengan  
                         garam dan kunyit)
170gm             Sos tomato
150ml              Air
30ml                Minyak masak
10gm               Bwang putih
15gm               Cili kering                               
2cm                 Halia     
70gm               Bawang merah
1 batang          Serai (dititik)
15gm               Kacang pis
60gm               Bawang besar (dipotong bulat)
 *cili kering, halia, bawang merah dikisar
Bahan penumis :
3gm                 Kulit kayu manis
1 kuntum         Bunga lawang
3 biji                 Buah pelaga

Hiasan:
1 tangkai         Daun bawang (dihiris)
1 biji                 Cili merah (dibentuk bunga)

LANGKAH PENYEDIAAN :

1. Ayam digoreng hingga separuh masak menggunakan minyak penuh. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis, bahan kisar dan serai. Tumis hingga berwarna keemasan.
3. Tuang air dan sos tomato, kacau rata.
4. Masukkan ayam dan kacang pis, kacau rata sehingga masak.
5.. Masukkan bawang besar, kacau. Sesuaikan rasa dan angkat.

LANGKAH MENGHIAS : 
1. Masukkan masakan dalam pinggan hidang.
2. Hiaskan dengan cili merah dan daun bawang.
3. Pek dalam bekas yang sesuai.

*********************************
ACAR RAMPAI

BAHAN-BAHAN: (2 porsi)
80gm               Timun
70gm               Lobak
20gm               Cili merah
20gm               Cili hijau
50gm               Bawang besar
20gm               Bawang putih
3cm                 Halia
5gm                 Biji sawi
5gm                 Bijan – goreng sedikit
5gm                 Serbuk kunyit
30gm               Cuka
3 sdb               Minyak masak

*Gula dan garam  secukup rasa                    

LANGKAH PENYEDIAAN :
1. Timun dibuang bahagian tengahnya dan potong memanjang.
2. Lobak, cili merah dan cili hijau dipotong memanjang.
3.. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan biji sawi, biarkan satu minit sambil dikacau.
4. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan cili, serbuk kunyit dan cuka. Kacaukan.
5. Kemudian masukkan timun dan lobak. Kacau dan perasakan dengan garam, gula dan masukkan bijan. Gaul sebati seketika. Angkat dan hidangkan
 

  *****************************************

     Resepi : Rojak Buah    

 


 
BAHAN-BAHAN :
130gm             Timun
350gm             Sengkuang                 
200gm             Nanas
100gm             Mangga muda (dihiris)
 * Bahan diatas perlu dipotong kiub besar

Kuah:
15gm               Cili kering
2cm                 Belacan bakar
2biji                  Limau nipis (ambil jus sahaja)
50gm               Kacang tanah goreng (ditumbuk kasar)
60ml                Air asam jawa
100gm             Gula Melaka – dicincang           
15gm               Petis
10gm               Bijan (digoreng tanpa minyak)
Garam             secukup rasa

Hiasan:
Daun pisang    1 helai

LANGKAH PENYEDIAAN:

1. Cili kering dan belacan digoreng dengan sedikit minyak kemudian dikisar.
2. Gaulkan cili kisar, gula Melaka dalam mangkuk adunan.
3. Masukkan jus limau, air asam jawa, garam dan petis.
4. Gaul rata dan masukkan kacang tanah serta bijan.

LANGKAH MENGHIAS:
1. Alas pinggan hidang dengan daun pisang.
2. Campurkan semua sayur-sayuran dan buah-buahan, gaul rata (sekiranya terus dihidangkan) atau susun sayur-sayuran dan buah-buahan dengan menarik dan diletakkan mangkuk berisi kuah disisinya jika dihidangkan berasingan.
3. Hidangkan.
4. Pek dalam bekas yang sesuai.

*************************************

 Selamat mencuba semua, diharap resepi ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada anda untuk mencari menu yang sesuai untuk dimasak dan disajikan kepada insan tersayang.....
nantikan gambar-gambar menarik hasil kerja dan hidangan yang kami hasilkan semasa kelas amali minggu ini.....

by: Nik Norakmal
 

  ***********************************


LAPORAN AMALI MINGGU INI

Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan dua resepi iaitu hidangan sepinggan lengkap nasi tomato dan rojak buah iaitu sebagai hidangan pencuci mulut. Berikut merupakan komen dan penilaian yang kumpulan kami terima daripada pensyarah dan juga penilaian dari unit 3. Segala kekurangan dan kesalahan yang kami lakukan akan dijadikan iktibar untuk masa-masa akan datang.
InsyaAllah....

Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Pensyarah

                 
a.        Tatasajian
Penggunaan alatan dan susunan alatan mengidang yang betul dan sesuai.

b.        Persembahan Hidangan
Persembahan hidangan menarik dari aspek kombinasi warna hidangan dan hiasan serta porsi yang dihidangkan sesuai untuk porsi 1 orang makan.

c.        Warna
Warna makanan yang disediakan adalah mengikut warna sebenar masakan tersebut.

d.        Tekstur
Tekstur bagi ayam kurang masak di bahagian dalamnya. Manakala bagi tekstur nasi dan rojak adalah baik.

e.        Rasa
Rasa bagi nasi tomato dan ayam masak merah sedap.

 Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Unit  3

 

a.        Tatasajian
Secara keseluruhannya adalah baik dan bersesuaian dengan hidangan yang   digunakan Cuma terdapat sedikit kotoran pada sudu makan.

b.        Persembahan Hidangan
Susunan hidangan dalam pinggan baik. secara keseluruhannya adalah baik dan menarik.

c.        Warna
Warna nasi tomato kelihatan sedikit pucat. Ayam masak merah  berwarna gelap dari biasa. Manakala bagi acar rampai sangat menarik.

d.        Tekstur
Tekstur semua hidangan adalah baik.

e.        Rasa
Rasa semua hidangan adalah sedap terutama rojak buah.

****************************************
Ini pula rupa hidangan yang kami berjaya hasilkan pada sesi amali kali ini....
Peranggu Meja

Nasi Tomato.....sedapnyee.....



Selamat Mencuba......

by Nik Norakmal









No comments:

Post a Comment