Begitu juga dengan tubuh kita. Bila kita tertib mengambil makanan yang sesuai dengan jenis darah, setiap masalah kesihatan dan penyakit yang muncul akan lebih mudah diatasi. Selain menjadi lebih sihat, bonus tambahan yang anda boleh dapati dengan menerapkan pola makanan yang sesuai dengan jenis darah adalah tubuh lebih langsing serta penampilan segar berseri dan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.
Jumlah pemilik golongan yang berdarah AB adalah paling sedikit antara semua penduduk dunia, iaitu hanya kira-kira 2-5 peratus sahaja. Anda mewarisi antigen golongan darah A dab B. Oleh kerana itu, pola pemakanan yang sihat bagi anda ialah dengan menggabungkan pola pemakanan golongan darah A yang cenderung vegetarian dengan daging dan hasil tenusu dagi mereka yang berdarah B.
Senarai bahan makanan yang disarankan oleh golongan berdarah AB terbahagi kepada tiga kategori iaitu sangan bermanfaat, neutral dan hindari. Kategori sangat bermanfaat bermaksud makanan didalam kelompok ini memberikan faedah kesihatan bagi tubuh badan anda dan boleh diambil setiap hari. Seterusnya ialah kategori neutral yang bermaksud makanan di dalam kelompok ini tidak memberi apa-apa faedah kesihatan yang mencukupi tetapi tidak juga merugikan. Oleh itu, sebaiknya diambil secukupnya sahaja dan bukan setiap hari (3-5 kali seminggu). Manakala kategori hindari bermaksud makana dalam kelompok ini boleh mengganggu kesihatan anda dan disarankan hanya diambil sesekali sahaja dalam jumlah yang terbatas (1-2 kali seminggu) atau sebaliknya dielakkan sama sekali apabila timbulnya masalah kesihatan.
Panduan yang ditulis ini adalah berdasarkan buku-buku diet golongan darah yang ditulis oleh pakar diet antarabangsa iaitu Dr Peter J. D'Adamo.
[ cik majidah ]
No comments:
Post a Comment