[peminat kami]

Friday, 30 November 2012

KUIH TRADISIONAL TEMPATAN SEMAKIN HILANG ??

           Rakyat Malaysia pada masa kini semakin melupakan kuih tempatan yang pernah disediakan oleh nenek moyang mereka dahulu. Perubahan zaman dan perkembangan teknologi menjadi punca mengapa kuih tempatan tradisional semakin pupus dan dilupakan. Anak-anak dan remaja masa kini hanya mengenali makanan ringan dari barat dan makanan segera. Kini, terdapat beberapa kuih tradisional yang hanya disediakan pada waktu perayaan ataua keraian.

            Hasil perbincangan semasa kelas teori bersama-sama dengan Puan Suriani terdapat beberapa punca mengapa kuih tradisional ini semakin dilupakan.


  • Tidak ada resepi standard yang digunakan oleh nenek moyang semasa menyediakan kuih.
  • Kesibukan bekerja sehingga tidak ada masa untuk memasak. Lebih senang beli makanan diluar atau masak makanan sejuk beku.
  • Kesukaran mendapatkan bahan mentah untuk membuat kuih.
  • Amalan pemakanan dirumah yang tidak menghidangkan kuih-muih tempatan dalam hidangan seharian.
  • Pengaruh daripada makanan segera dan makanan barat.
  • Alatan untuk membuat kuih tradisional sukar diperolehi.


          Sebagai seorang guru disekolah, apakah usaha/langkah yang akan dilakukan bagi memastikan kuih-muih tradisional ini lebih dikenali dan tidak dilupakan oleh pelajar.


  • Mengadakan pertandingan semasa minggu teknik & vokasional atau pertandingan antara sekolah.
  • Mengadakan demonstrasi penyediaan kuih tradisional oleh individu yang mahir dalam membuat kuih.
  • Memastikan amali membuat kuih tradisional dilakukan semasa kelas amali subjek Kemahiran Hidup.
  • Mengadakan pameran kuih-muih tradisional disekolah.

            Kuih tradisional tempatan merupakan identiti kepada masyarakat Melayu. Ianya melambangkan tradisi dan gaya hidup masyarakat sendiri. Perubahan teknologi dan inovasi yang semakin berkembang bukanlah penghalang untuk kita melupakan tradisi nenek moyang. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menerapkan hal-hal tradisi yang semakin dilupakan ini supaya pelajar dapat mengenali asal usul nenek moyang dan tradisi amalan dahulu.


*****************************

[ cik majidah ]

3 comments: