[peminat kami]

Friday 9 November 2012

PILIHAN ADUNAN BATER UNTUK MENGGORENG UDANG, IKAN DAN SAYURAN

PILIHAN ADUANAN BATER

Pada petang ini saya nak berkongsi sedikit resepi dan cara penyediaan beberapa jenis adunan yang boleh kita pilih untuk menggoreng udang, ikan dan juga sayuran. Terdapat tiga pilihan adunan yang boleh kita gunakan iaitu adunan telur, adunan santan dan juga adunan menggunakan yis.

Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan kaedah penyediaan bagi setiap adunan.


*****************************


ADUNAN TELUR

Bahan-bahan :

125g tepung berserbuk penaik
2 biji telur kuning2 biji putih telur (perlu dipukul sehingga menjadi agak keras)
1camca besar minyak sayuran
9 camca besar susu segar
secubit garam.

Kaedah Penyediaan : 

1. Tepung, kuning telur dan minyak sayuran digaul sehingga rata (boleh gunakan pemutar telur)
2. Tuangkan susu dan masukkan putih telur. Kacau sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai bater sadur kepada makanan seperti udang, ikan dan sayuran. 


*********************


ADUNAN SANTAN


Bahan-bahan:

150g tepung gandum
2 1/2  camca teh serbuk penaik
1 camca teh garam
3 biji telur
1/2 cawan santan
1 camca teh esen vanila

Kaedah Penyediaan :

1. Ayak tepung dan serbuk penaik bersama-sama
2. Kacau semua adunan sehingga menjadi adunan yang rata (boleh menggunakan pemutar telur)
3. Celupkan bahan pilihan seperti udang dan lain-laindan goreng dengan minyak sehingga kekuningan.
4. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.


***************************


ADUNAN YIS

Bahan-bahan : 

200g tepung jagung
1/4 camca teh garam
1 camca teh gula kastor
2 biji telur
8g yis mampat
1/2 liter air
1 camca besar minyak

*  Tepung dan garan perlu diayak bersama-sama
*  Yis perlu dilarutkan di dalam air.

Kaedah Penyediaan :

1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan putar dengan pemutar telur.
2. Biarkan adunan mengembang selama satu jam sebelum digunakan.

Selamat Mencuba........

****************************
 Perkongsian ikhlas dari  : Cik Nik Norakmal

No comments:

Post a Comment