Tema masakan pada minggu ini ialah set masakan Cina. Terdapat 5 hidangan yang perlu disediakan iaitu pie tee, crab meat and egg drop soup, nasi putih, beef green pepper dan kubis gulung berinti. Apa yang dapat diperhatikan, menu masakan Cina adalah lebih cenderung menggunakan kaedah merebus, mencelur dan mengukus. Penggunaan bahan-bahan dalam resepi juga lebih ringkas berbanding masakan Melayu dan masakan India yang biasanya akan menggunakan rempah ratus dan santan. Masakan Cina tidak mengandungi banyak minyak. Namun masakan Cina mengandungi banyak bahan perasa. Sekiranya bahan perasa seperti kicap, sos tiram atau stok ayam digunakan, penggunaan garam dalam masakan harus dikurangkan untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu masin. Secara keseluruhannya, masakan Cina mudah disediakan dirumah. Bahan-bahan yang digunakan mudah didapati. Walaupun terdapat beberapa masakan yang kurang menjadi, diharapkan kami dapat memperbaikinya apabila mencuba semula. Masakan Cina amat sesuai bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan kerana dimasak dengan menggunakan kaedah mengukus dan banyak menggunakan sayur-sayuran.
***********************************
PIE TEE
(KULIT PIE TEE)
40 gm Tepung
gandum
50 gm Tepung beras
¾ cawan Air
1 biji Telur
5 gm Garam
10 gm Lada
sulah
10 ml Air
kapur
250 ml Minyak
masak
Gula secukup rasa
(INTI)
5 gm Minyak
masak
10 gm Bawang
putih – dicincang kasar
300 gm Isi
udang – dicincang kasar
200 gm Sengkuang
– diparut kasar
100 gm Lobak
merah – diparut kasar
100 gm Timun
– di parut kasar
* Pie tee
dihidangkan dengan sos cili thai.
PROSEDUR
MEMBUAT KULIT PIE TEE :
1. Ayakkan
tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
2. Campurkan
telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya sehingga kembang dan berbuih.
3. Peramkan
adunan selama 20 minit.
4. Panaskan
minyak dalam kuali yang dalam.
5. Rendam
calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung
benar-benar panas.
6. Celupkan
calung pie tee dalam adunan separas ¾ dan masukkan kedalam minyak panas seperti
membuat kuih goyang atau kuih ros. Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang.
Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
7. Gorengkan
sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.
PROSEDUR MEMBUAT INTI :
1. Panaskan
minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. Goreng
sehingga udang masak. Tutup api.
2. Masukkan
lobak merah, sengkuang dan timun, gaul rata dan ketepikan.
Hidangkan dengan mengiisikan inti ke
dalam kulit pie tee dan tuangkan sos ke dalamnya.
**********************************
CRAB MEAT AND EGG DROP SOUP
BAHAN-BAHAN :
5 gm Minyak masak
50 gm Bawang
besar – dicincang
1.5 liter Stok ayam
1 biji Telur
20 gm Tepung jagung
1 ½ sdb Air
200 gm Jejari
ketam (crab stick)
5 gm Garam
5 gm Lada
sulah
5 gm Daun
bawang – dimayang halus untuk hiasan
PROSEDUR PENYEDIAAN :
1. Panaskan
minyak dan tumiskan bawang besar sehingga terbit bau dan agak kekuningan.
2. Kemudian
masukkan stok ayam dan biarkan ianya mendidih.
3. Setelah
itu, masukkan isi ketam dan renehkan selama lebih kurang 8 ke 10 minit.
Perasakan dengan garam dan lada uslah secukup rasa.
4. Perlahankan
api dan masukkan telur sedikit demi sedikit sambil bahan dikacau secara satu
arah sahaja.
5. Kemudian
masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk melikatkan bahan.
***********************************
BEEF GREEN PEPPER
BAHAN-BAHAN :
300 gm Daging
batang pinang – dihiris nipis
200 gm Lada
benggala – dipotong julienne
10
gm Bawang putih
5 gm Halia
5 gm Sos
tiram
5 ml Kicap
cair
125 ml Air
5
gm Tepung jagung
2 sdb Air
5 gm Gula
3 gm Garam
3 gm Lada
sulah
100 gm Minyak
masak
PROSUDER PENYEDIAAN :
1. Perapkan
daging bersama-sama dengan gula, garam dan lada sulah selama lebih kurang
sejam.
2. Panaskan
minyak dan gorengkan daging sebentar dengan api yang besar. Angkat dan
asingkan.
3. Panaskan
minyak dan tumiskan bahan yang dicincang halus sehingga kekuningan, kemudian
masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau rata.
4. Selepas
itu, masukkan daging dan lada benggala beserta daging. Kacau rata. Perasakan
secukupnya dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya.
BAHAN-BAHAN :
300 gm Kubis
panjang – dicelur dan ditoskan
(INTI)
100 gm Isi
ayam – dicincang
100 gm Udang
– dibuang kulit dan dicincang
10 gm Cendawan
cina – direndam dan dihiris
30 gm Bawang
besar – dicincang
30 gm Lobak
merah – dipotong julienne
5 gm Daun
bawang – dihiris
8 gm Celery – dihiris
10 gm Tepung
jagung
3 gm Garam
3 gm Lada
sulah
(SOS)
250 ml Stok
ayam
30 gm Bawang
besar – dicincang
160 gm Tomato – dicincang halus
10 gm Tepung
ubi
12 gm Cili
kisar
15 gm Marjerin
3 gm Garam
3 gm Lada
sulah
Hiasan : Daun bawang = I helai
1. Campurkan
semua bahan inti. Gaul rata dan perisakan.
2. Letakkan
secukupnya inti diatas daun kubis dan gulung dengan kemas. Ulang pada setiap
helaian kubis. Kukus gulungan kubis.
3. Sementara
itu, sediakan sos.
i.
Panaskan marjerin. Tumiskan bawang besar dan lada kisar, masukkan stok ayam dan
tomato
ii. Apabila mendidih, masukkan tepung
ubi kayu yang dilarutkan dengan sedikit air. Sesuaikan rasanya.
iii.
Apabila sos pekat, masukkan kubis gulung. Biarkan masak sebentar. Angkat dan
hidangkan.
Inti pie tie tu klu wat inti popia pun sdp kot kn? Nk tryla..nway tq for the resepi
ReplyDelete