[peminat kami]

Thursday 15 November 2012

PENGENALAN MASAKAN CINA

               Sejarah masakan Cina bermula di negeri Melaka pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China ke tanah Melayu dan membawa pengaruh adat resam dan budaya. Pengaruh ini dikuatkan lagi apabila Sultan Mahmud berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Selain itu, kedatangan pekerja lombong dari China juga membawa pengaruh masakan Cina ke Tanah Melayu. Kaum Cina di Malaysia kini terbahagi kepada tiga kumpulan kecil dengan dialek yang berbeza. Dialek Hokkien digunakan oleh kaum Cina yang tinggal di utara Pulau Pinang. Manakala dialek Kantonis digunakan oleh kaum Cina di Kuala Lumpur dan dialek Mandarin digunakan di selatan tanahair Johor.

               Masakan Cina menggunakan pelbagai bahan antaranya ialah rebung, teratai, sirip ikan, sarang burung, bunga lili dan pelbagai sayuran. Masakan berasaskan daging biasanya menggunakan daging itik, daging khinzir dan ayam. Kebanyakan masakan Cina menggunakan bahan perasa seperti kicap dan minyak bijan. Kaedah masakan yang sering digunakan ialah merebus, kukus dan menggoreng. Kaedah masakan chao biasa digunakan dalam hidangan masakan Cina. Chao bermaksud memasak dengan cepat menngunakan sedikit minyak dengan api besar. Teknik masakan ini dapat mempertahankan rasa, kesegaran dan kelembutan masakan. Contoh masakan Cina yang biasa didapati di Malaysia ialah Char Kuey Teow, Pau, Dimsum, Kuih Bulan dan Itik Panggang.




* gambar kredit kepada carian Google

                                                    ******************************

                Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia turut dipengaruhi oleh kaum Cina dan Melayu. Masyarakat Baba dan Nyonya terkenal di negeri Pulau Pinang dan Melaka. Mereka ini berasal dari kaum Cina, Amoy (Xiamen) dan Fukian. Mereka masih lagi mengekalkan agama dan adat resam orang Cina. Namun dari segi masakan pula, masyarakat Baba dan Nyonya dipengaruhi oleh kaum Cina dan Melayu. Contoh masakan Baba dan Nyonya ialah asam pedas, kari, sambal, bubur caca, kuih ku dan pulut tekan. 


* gambar kredit kepada carian Google

*******************************

ALATAN MEMASAK

kuali

pengukus buluh

penapis, chopstik, sudip, kuali

*gambar kredit kepada carian Google

[ cik majidah ]


No comments:

Post a Comment