[peminat kami]

Wednesday, 28 November 2012

MENU IBU DALAM PANTANG

Assalamualaikum.........................


Berita baik buat ibu-ibu yang akan berpantang atau yang sedang berpantang. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa menu ringkas yang boleh disajikan ketika didalam pantang. Kalau sebelum ini menu dalam ketika dalam tempoh pantang sinonim dengan menu yang menggunakan kaedah membakar sahaja. pastinya bosan untuk mengharungi tempoh berpantang selama 44 hari dengan menu yang sama. Oleh itu, marilah kita mencuba menu-menu menarik yang akan memberi keriangan dan pastinya berkhasiat untuk dimakan oleh ibu-ibu sekalian.

Menu-menu ini juga sesuai bagi mereka-mereka yang sedang berdiet...
Oleh itu, selamat mencuba......


**********************************

MENU : BUBUR LAMBUK IKAN HARUAN

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan haruan – diambil isinya
  • 1 cawan beras
  • 1 cawan santan
  • 5 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
  • 1 ½ cm halia – dihiris halus
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

  Bahan Hiasan:

Sedikit daun sup
  • Sedikit daun bawang
  • Bawang goreng

  •   Kaedah Penyediaan :

    1. Rebuskan beras dengan bahan yang dihiris sehingga kembang.
    2. Masukkan isi ikan haruan
    3. Setelah mendidih, masukkan santan, lada hitam dan garam secukup rasa
    4. Setelah masak bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.



    **********************************


    MENU :  IKAN HARUAN BAKAR

    Bahan-bahan:

    • 1 ekor ikan haruan
    • 1 cm kunyit hidup – dikisar
    • 1 batang serai – dikisar
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh lada hitam
    • Sedikit helaian daun pisang – balut pada ikan

      Bahan Air Asam
      • 1 genggam asam jawa – diperah
      • 1 cawan air
      • 5 tangkai cili padi – dihiris
      • 1 biji bawang besar – dihiris
      • Garam secukup rasa

      Kaedah Penyediaan :

      1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam. Tunggu sehingga 1 jam. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak.
      2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
      3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.
      **********************************

      MENU :  SUP IKAN HARUAN 

      Bahan-bahan :
      1 ekor ikan haruan – diambil isinya
    • 3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat
    • 2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
    • 1 ½ cm halia – dihiris halus
    • 2 cawan air
    • 2 sudu makan minyak masak
    • 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
    • 5 keping asam keping
    • Garam secukup rasa

    •  Bahan Hiasan :
      Sedikit daun sup
    • Sedikit daun bawang

    •   Kaedah Penyediaan :

      1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat serta halia yang dihiris sehingga naik wangi. Kemudian masukkan air.
      2. Setelah air mendidih, masukkan isi ikan, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata sehingga isi ikan masak.
      3. Selepas itu bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang dan daun sup.

      **********************************

      Selamat Mencuba
      &
       Selamat Berpantang

      BY : Nik Norakmal



      No comments:

      Post a Comment