[peminat kami]

Tuesday 4 December 2012

Kuih Muih Tradisional Malaysia

Assalamulaikum.......

Kalau minggu lalu, saya berkesempatan untuk berkongsi beberapa menu ringkas bagi ibu-ibu yang sedang berpantang, pada kesempatan kali ini pula saya terpanggil untuk berkongsi beberapa resepi kuih muih tradisional Malaysia....Kebanyakan kuih muih ini mudah didapati di mana-mana negeri di seluruh Malasia......MARI KITA LIHAT......


**********************************

KUIH TEPUNG BUNGA

Merupakan kuih tradisional Negeri Terengganu.

Bahan-bahan:
500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur  dalam bekas dan pukul rata.
  3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.
  4. Aturkan dalam pinggan dan taburkan gula secukupnya


**********************************

KUIH PAUNG GORENG


Kuih Tradisi Negeri Terengganu  


Bahan-bahan:

1/2 kg  tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam


Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya



Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.




**********************************

KUIH DODOL KUKUS  
Kuih Tradisi Negeri Pahang

Bahan-bahan:
100gm             tepung pulut hitam
250gm             tepung pulut putih
 200gm            gula halus
1 liter               santan (dijadikan tahi minyak)
5ml                  minyak masak
·         daun pisang sebagai alas & garam secukup rasa
 Kaedah Penyediaan :
1.    Masukkan tepung pulut putih dan pulut hitam kedalam bekas adunan.kemudian masukkan gula dan santan.
2.    Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
3.    Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak.
4.    Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
5.    setelah masak,taburkan tahi minyak dan hidang mengikut citarasa.


**********************************

Selamat Mencuba....

BY: Pn Nick

No comments:

Post a Comment