[peminat kami]

Sunday, 16 December 2012

AYAM OH AYAM !!!


PASTINYA SETIAP INDIVIDU PERNAH MEMAKAN AYAM SEPANJANG HIDUP MEREKA. AYAM MERUPAKAN SUMBER PROTEIN YANG MUDAH DIDAPATI. MASAKAN BERASASKAN AYAM MUDAH UNTUK DISEDIAKAN DAN DIMASAK. 
KAEDAH MEMASAK YANG PALING MUDAH ADALAH DENGAN MENGGORENG. PASTINYA SANGAT ENAK DIMAKAN BERSAMA NASI PUTIH. AYAM MENTAH BOLEH DIDAPATI DALAM SEEKOR ATAU BAHAGIAN-BAHAGIAN TERTENTU. 
OLEH KERANA KINI, AYAM MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI DIPASARAN ADAKALANYA AYAM YANG DIJUAL TIDAK BEGITU SEGAR. AMAT PENTING BAGI SESEORANG UNTUK MENGETAHUI BAGAIMANA MEMILIH AYAM YANG SEGAR. HAL INI SUPAYA MENJAMIN KEENAKAN MASAKAN YANG DIMASAK. 





TIPS PILIH AYAM SEGAR :


  1. PILIH DAGING AYAM YANG BERWARNA PUTIH KEMERAH-MERAHAN. JANGAN PILIH YANG KUNING KEHIJAUAN.
  2. PILIH KULIT AYAM YANG TIDAK KERING MAHUPUN BERLENDIR.
  3. LIHAT PADA ISI AYAM. PASTIKAN IA KENYAL. CUBA PICIT SEDIKIT UNTUK MEMASTIKAN ISINYA KENYAL. BIASANYA ISI AYAM YANG KENYAL AKAN KEMBALI KE BENTUK ASALNYA APABILA DITEKAN SEDIKIT DAN TIDAK LEMBIK.
  4. PILIHLAH DAGING AYAM YANG JELAS BERBAU AYAM, BUKAN BAU YANG LAIN .
  5. BELI DAGING AYAM MENGIKUT KEPERLUAN. ELAKKAN MENYIMPANNYA TERLALU LAMA DALAM PETI SEJUK BEKU BAGI MEMASTIKAN KESEGARAN TERJAGA.




CARA SIMPAN AYAM :

  1. HINDARI DARI MENYIMPAN DAGING AYAM DALAM SUHU BILIK DALAM TEMPOH TERLALU LAMA
  2. DAGING AYAM SEGAR BOLEH DISIMPAN DI PETI SEJUK DENGAN SUHU 2-5 DARJAH CELCIUS. TEMPOH MAKSIMUM MENYIMPAN DAGING AYAM SETELAH DIPOTONG ADALAH SELAMA TIGA HARI.
  3. DAGING AYAM BEKU SEBAIKNYA DISIMPAN PADA SUHU 1-2 DARJAH CELCIUS DIBAHAGIAN SEJUK BEKU.
  4. SIMPAN DAGING AYAM YANG TELAH SIAP DIBAHAGIKAN UNTUK SATU SAJIAN DALAM BEKAS YANG SESUAI. IA MUDAH UNTUK PROSES MENYAHBEKU TANPA MENGELUARKAN KESELURUHAN DAGING AYAM.


***********************

[ cik majidah ]

No comments:

Post a Comment