[peminat kami]

Sunday 23 December 2012

BUAH-BUAHAN TEMPATAN




Malaysia terletak di kawasan tropika yang kaya dengan pelbagai hasil buminya. Terdapat pelbagai jenis tanaman yang sesuai ditanam dan tumbuh di sini. Buah-buahan tempatan merupakan salah satu tanaman yang terdapat di Malaysia. Buah-buahan merupakan sumber vitamin kepada tubuh manusia. Pengambilan buah dalam pemakanan seharian adalah sangat penting. Berikut adalah beberapa buah-buahan tempatan yang boleh didapati di sekeliling kita ;


PISANG



Nama Saintifik : Musa spp.

Keluarga : Musaceae

Nama Inggeris : Banana

Ciri-ciri : Kulit berwarna kuning apabila masak dan hijau jika masih muda. Mempunyai isi berwarna kuning cair dan kadang kala ada biji kecil berwarna hitam.

Khasiat dan kegunaan : Pisang dapat memberi tenaga kepada manusia kerana ia kaya dengan protein, lemak, kalsium, karotena, karbohidrat serta gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Jantung pisang dikatakan baik untuk jantung, hati, paru-paru dan limfa. Buah pisang mempunyai pelbagai kegunaan. Ia boleh dimakan mentah dan dimasak. Pisang boleh dimakan mentah saja atau dimakan bersama dengan aiskrim dan susu. Pisang boleh dipelbagaikan menjadi kerepek, goreng, dibuat sira, pengat dan dijadikan lauk.



BETIK 




Nama Saintifik : Carica papaya

Keluarga : Caricaceae

Nama Inggeris : Papaya

Ciri-ciri : Buah berbentuk bulat melonjong, mempunyai kulit warna hijau ketika muda dan kuning keorenan apabila masak. Isinya berwarna putih jika belum masak dan bertukar oren apabila masak. Mempunyai ruang ditengah-tengah dan banyak biji kecil warna coklat kehitaman.

Khasiat dan kegunaan : Betik kaya dengan vitamin A dan vitamin C. Betik dimakan bagi melawaskan perut bagi penyakit sembelit. Betik masak biasanya dimakan begitu saja sebagai pencuci mulut. Betik boleh dijadikan jem, jus minuman, perisa aiskrim, puding dan sos. Betik muda boleh dibuat sayur atau ulam dalam masakan. Biasanya orang Thailand akan buat kerabu atau dikenali sebagai som tam.




MANGGA 




Nama Saintifik : Mangifera spp.

Keluarga : Anacardiaceae

Nama Inggeris : Mango

Ciri-ciri : Buah yang masak akan berjuntai dari dahan dengan tangkai yang panjang. Warna kulit biasanya hijau dan kuning. Mempunyai isi yang lembut pada bahagian dalam dan biji yang besar.

Khasiat dan kegunaan : Ia mengandungi 15% gula dan 1% protein serta kaya dengan vitamin A,B dan C. Rasa buah manis dan masam mengikut jenis. Buah mangga dapat melegakan usus dan mudah dicernakan. Ia dapat membantu menghentikan pendarahan, menguatkan jantung dan memanfaatkan otak. Mangga muda biasanya dijadikan rojak dan kerabu. Mangga boleh dibuat jus, jem dan sos.





DURIAN




Nama Saintifik : genus Durio

Keluarga : Malvaceae

Nama Inggeris : Durian

Ciri-ciri : Mempunyai kulit berduri yang berwarna hijau. Bahagian dalamnya berpangsa. Isinya berwarna kekuningan dan ada biji berwarna coklat cerah. Durian mempunyai bau yang sangat kuat.

Khasiat dan kegunaan : Durian boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai pengat, cucur, aiskrim dan krim.  Durian perlu dielakkan bagi orang yang mempunyai tekanan darah yang tinggi. Sekiranya makan durian terlalu banyak, badan akan menjadi panas. Terdapat petua untuk menyejukkan badan dengan minum air dalam pangsa kulit durian.




MANGGIS




Nama Saintifik : Garcinia mangostana

Keluarga : Clusiaceae

Nama Inggeris : Mangosteen

Ciri-ciri : Mempunyai kulit tebal berwarna ungu kehitaman. Isinya berwarna putih dan rasa manis-manis masam serta mempunyai biji.

Khasiat dan kegunaan : Ia dikatakan sejenis antioksida dan dapat membantu memulihkan sistem imunisasi badan. Manggis kaya dengan kandungan nutrien seperti vitamin C, zat besi, niasin, kalsium, protein, serat fiber, vitamin B1 & B2. Manggis boleh dijadikan sos dan jem.




NANGKA




Nama Saintifik : Artocarpus heterophyllus

Keluarga : Moraceae

Nama Inggeris : Jackfruit

Ciri-ciri : Mempunyai saiz buah yang besar. Kulitnya berwarna hijau kekuningan dan terdapat duri pendek dipermukaan kulit. Isinya bewarna kuning keemasan apabila masak dan tebal. Terdapat biji berbentuk lonjong dan berwarna coklat.

Khasiat dan kegunaan : Nangka muda boleh dimasak sebagai lauk seperti gulai. Manakala nangka yang sudah masak boleh dimakan begitu saja atau dijadikajn jus, jem, perisa aiskrim.




CEMPEDAK




Nama Saintifik : Artocarpus integer

Keluarga : Moraceae

Nama Inggeris : Cempedak

Ciri-ciri : Kulit berwarna hijau dan bergetah. Isinya berwarna kuning keoranan serta ada biji yang boleh dimakan. Mempunyai rasa yang manis dan bau yang kuat.

Khasiat dan kegunaan : Mengandungi pelbagai nutrien seperti protein, vitamin B1 & B2, karbohidrat dan kalsium. Cempedak biasanya dimakan mentah apabila sudah masak. Selain itu, ia boleh digoreng dengan tepung saduran. Cempedak muda boleh dimasak gulai.



****************************

[cik majidah]






1 comment: