Refleksi Kumpulan
Pada minggu ini,
kami ditugaskan untuk menyediakan masakan set menu Thailand. Antara hidangan
yang disediakan ialah som tam, tom yam goong, kari ayam hijau dan kari kering
daging dan rebung. Semua hidangan ini dinikmati bersama dengan nasi putih. Melihat
kepada menu yang disediakan ia memberi sedikit cabaran kepada kumpulan kami
kerana kami hanya berdua untuk menyediakan empat jenis lauk. Borang perancangan
kerja telah disiapkan dengan teliti dan menyusun proses kerja dengan teratur.
Sebelum amali dimulakan, kami telah
dikhabarkan bahawa terdapat beberapa bahan mentah yang tidak mencukupi. Namun penolong
pegawai penyediaan makanan sedang berusaha mendapatkan bahan-bahan tersebut. Antara
bahan mentah yang tidak dapat kami perolehi ialah rebung, daun selasih, cili
padi hijau dan cili padi merah. Mengikut perancangan kerja yang telah
dilakukan, rebung perlu direbus pada permulaan kelas. Namun kami terpaksa
menunggu rebung dahulu dan memulakan tugas dengan bahan yang ada.
Hasil masakan kari ayam hijau kurang
menjadi apabila warna yang dihasilkan tidak hijau. Punca mengapa hal ini
terjadi tidak dapat dikesan. Bagi membaiki warna kuah, kami mencampurkan
sedikit kuah kari hijau kumpulan 6. Rasa bagi kari ayam hijau juga sedikit
manis. Hal ini mungkin kerana terlebih gula perang semasa membuat pes kari
hijau. Semasa merebus rebung, kami campurkan dengan lada hitam dan sedikit
gula. Tips ini diperolehi bagi mengurangkan bau rabung dan rasa pahit.
Secara keseluruhannya, kami sangat gembira
kerana dapat menyediakan hidangan set menu Thailand. Kami juga berpuas hati
dengan hidangan yang telah disediakan. Namun, sekiranya diberi kesempatan lagi
pastinya kami akan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dan menambah baik
cara masak kami.
Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Pensyarah
a.
Tatasajian
Penggunaan
alatan dan susunan alatan mengidang yang betul dan sesuai. Boleh letakkan sudu
lauk di pinggan lauk.
b.
Persembahan
Hidangan
Persembahan
hidangan menarik dari aspek kombinasi warna hidangan dan hiasan serta porsi
yang dihidangkan sesuai untuk porsi 1 orang makan.
c.
Warna
Warna
kuah kari ayam hijau tidak hijau seperti yang sepatutnya.
d.
Tekstur
Tekstur
betik dalam som tam baik dan ranggup. Kuah kari ayam hijau pekat dan baik.
e.
Rasa
Sekiranya rasa tom yam
goong sedikit masam adalah lebih baik. Kari ayam hijau mempunyai rasa yang
sedikit manis. Rasa bagi som tam sangat sedap.
Komen dan Penilaian
Hidangan Oleh Unit 8
a.
Tatasajian
Secara
keseluruhannya dalah baik dan bersesuaian dengan hidangan yang digunakan.
b.
Persembahan
Hidangan
Susunan
hidangan dalam pinggan baik. secara keseluruhannya adalah baik dan menarik.
c.
Warna
Warna
bagi kari ayam hijau kurang menarik. Warna hidangan bagi som tam sangat
menarik.
d.
Tekstur
Tekstur ayam bagi hidangan kari ayam
hijau sedikit keras mungkin kerana bahagian dada ayam yang digunakan. Daging
dalam kari daging tidak liat manakala rebung juga masih rangup dan tidak
terlebih masak.
e.
Rasa
Kari
ayam hijau mempunyai rasa terlebih manis. namun keseluruhan hidangan adalah
baik.
Borang Markah Penilaian
No.
|
Perkara
|
Markah
|
1.
|
Peranggu meja / tata
sajian
|
4
|
2.
|
Persembahan makanan
|
4.5
|
3.
|
Warna
|
4.5
|
4.
|
Tekstur:
Som tam
Tom yam goong
Kari kering daging &
rebung
Kari ayam hijau
|
4.5
4.5
5
4
|
5.
|
Rasa:
Som tam
Tom yam goong
Kari kering daging &
rebung
Kari ayam hijau
|
5
4.5
5
4
|
Kari ayam hijau:
Kuah
kari sepatutnya berwarna hijau namun hasil masakan kumpulan kami tidak menjadi.
Warna kuah kari yang dihasilkan berwarna seakan-akan kuah kurma. bagi
memperbaikiwarna kuah kari, kumpulan kami mencampurkan sedikit kuah kari hijau
kumpulan 6. Hasilnya, warna kuah kari menjadi sedikit kehijauan.
***********************
[ cik majidah ]
No comments:
Post a Comment