TEMA HIDANGAN PADA MINGGU INI IALAH SET MENU THAILAND. KUMPULAN KAMI DIKEHENDAKI UNTUK MENYEDIAKAN BEBERAPA HIDANGAN IAITU SOM TAM MERUPAKAN HIDANGAN PEMBUKA SELERA DIIKUTI DENGAN SUP IAITU TOM YAM GOONG. BAGI HIDANGAN PROTEIN PULA IALAH KARI AYAM HIJAU DAN HIDANGAN PENGIRING IALAH KARI KERING DAGING & REBUNG.
**************************
SOM TAM (KERABU BETIK)
600 gm Betik mangkal (warna
jingga/merah-oren)
300 gm Mangga muda
50 gm Kacang
panjang – racik
50 gm Daun salad
50 gm Bunga
kantan – racik halus
10 gm Cili
padi – racik halus
5 gm Cili
merah – racik halus
10 gm Udang kering – ditumbuk kasar
20 gm Kacang tanah – goreng tanpa minyak
dan ditumbuk kasar
10 gm Bawang besar – mayang
2 gm Daun
ketumbar – mayang
20 gm Limau kasturi – ambil jus
Gula secukup rasa
Sos ikan
LANGKAH
PENYEDIAAN :
1. Betik dan mangga dibuang kulit dan
racik memanjang
2. Satukan sos ikan, gula dan jus limau.
Kacau rata.
3. Campurkan betik, mangga, kacang
panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah. Gaul hingga rata
4. Kalau kurang masin boleh tambah garam
kerana sos ikan sudah masin
5. Alaskan pinggan dengan daun salad,
isikan somtam dan makan segera
****************************
TOM YAM GOONG (TOM YAM UDANG)
|
550 gm Stok ayam/ikan/udang
500 gm Udang
5 gm Lengkuas
3 gm Daun limau purut
60 gm Bawang besar
6 gm Serai
8 gm Pes tomyam
10 gm Cili api
30 gm Tomato
2 gm Daun ketumbar
5 gm Sos ikan
10 gm Limau nipis
LANGKAH PENYEDIAAN :
1. Didihkan stok ayam
2. Kupas kulit udang, tinggalkan ekor dan
buang urat belakang udang
3. Masukkan serai bersama lengkuas yang
diketuk dan limau purut
4. Masukkan bawang yang telah dipotong
5. Masukkan
pes tomyam kacau seketika dan masukkan udang, cendawan, tomato, cili api, sos
ikan dan jus limau nipis secukupnya.
6. Taburkan daun ketumbar, angkat dan
hidangkan.
*********************************
KARI AYAM HIJAU
BAHAN-BAHAN :
(PES KARI)
15 gm Serai
20 gm Cili
padi
20 gm Bawang
merah
10 gm Bawang
putih
5 gm Lengkuas
5 gm Halia
5 gm Daun
ketumbar
5 gm Daun
selasih
5 gm
|
Serbuk jintan putih
5 gm Serbuk
lada sulah
5 gm Serbuk
ketumbar
10 gm Sos
ikan (nampla)
5 gm Belacan
1 sdt Jus
limau nipis
10 gm Gula
perang
30 ml Santan
(KARI HIJAU THAI)
500 gm Ayam
80 gm Tomato
30 gm Serai
4 helai Daun limau purut
20 gm Cili
padi merah Thai
800 ml Santan
cair
300 ml Pati
santan
5 gm Daun
selasih
5 gm Jus
limau
6 gm Sos
ikan
½ sdt Gula
LANGKAH PENYEDIAAN :
(PES KARI HIJAU)
1. Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus
hingga semua lumat.
(KARI HIJAU THAI)
1. Panaskan
sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga haru,, masukkan serai
dan juga ayam. Gaul rata sehingga ayam kecut.
2. Tuang
santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biarkan masak sehingga ayam ½
empuk. Masukkan cili padi Thai. Bila mendidih, tuangkan pati santan.
3. Perasakan
dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api
yang sederhana. Kacau selalu.
4. Akhir sekali, masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan
api. Hidangkan.
***********************************
KARI KERING DAGING & REBUNG
|
300 gm Rebung
300 gm Daging
50 gm Cili merah
150 gm Tomato
200 ml Santan pekat
30 ml Sos ikan
40 ml Minyak
PES KARI MUSSAMAN –
dikisar
70 gm Bawang merah
10 gm Bawang putih
15 gm Lengkuas
15 gm Serai
15 gm Lada kering
25 gm Ketumbar
5 gm Jintan putih
8 gm Belacan
LANGKAH
PENYEDIAAN :
1. Rebus rebung dan bilas dengan air
sejuk. Toskan.
2. Rebus daging hingga empuk dan hiris
nipis. Simpan air rebusan daging.
3. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan
pes kari mussaman, tumis hingga naik bau.
4. Masukkan air rebusan daging dan kacau
lagi.
5. Masukkan daging, rebung dan santan
pekat. Biarkan masakan mereneh.
6. Masukkan cili merah, tomato, sos ikan
dan garam
7. Renehkan lagi masakan sehingga hampir
pekat.
8. Sesuaikan rasa dan angkat.
************************
[ cik majidah]
No comments:
Post a Comment