Assalamualaikum......
Alhamdulillah pada minggu ke 12 ini Unit 1 telah berjaya menjalani sesi amali untuk menyediakan menu masakan India. Iaitu PAPAD ROLL sebagai menu pembuka selera dan NASI LEMON yang disajikan bersama-sama KAMBING MASALA dan VEGETABLE SOOTHIE sebagai hidangan utama. Pada kesempatan ini kami ingin berkongsi resepi dan sedikit tips yang kami rasa mudah untuk diamalkan dan amat berguna kepada kita semua..
*******************************
RESEPI : PEMBUKA SELERA
Untuk makluman, menu ini menggunakan kaedah memasak merebus dan menggoreng dengan minyak penuh.
Hasil PAPAD ROLL kum kami |
BAHAN-BAHAN : (Porsi 2)
- 100gm Papadom
- 70 gm Kentang
- 10 gm Lada hijau
- 5 gm Daun ketumbar
- 10 gm Lemon
- 3 gm Serbuk cili merah
- 3 gm Garam masala
- 2 gm Gula
- 1 gm Garam
- 5 gm Tepung gandum
- 130 ml Minyak masak
KAEDAH PENYEDIAAN :
1. Rebus dan kupas kulit kentang. Kemudian lenyekkan sehingga hancur.
2. Cincang halus daun ketumbar dan cili hijau.
3. Campurkan kentang, cili hijau, daun ketumbar, serbuk cili merah, garam masala, gula, garam dan jus lemon. Gaul rata.
4. Celupkan papadom dalam air dan angkat.
5. Isikan kentang dalam papadom dan gulung. Letakkan hujung kulit papadom dengan bancuhan tepung.
6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
7. Angkat dan hidangkan dengan chutney atau sos.
* Untuk hidangan kali ini kami mengidangkan papad roll dengan sos cili Thai
*******************************
RESEPI : HIDANGAN UTAMA
NASI LEMON : KAEDAHPENYEDIAAN MEREBUS
RESEPI : SAJIAN IRINGAN
KAMBING MASALA : KAEDAH PENYEDIAAN MERENDIDIH
KAEDAH PENYEDIAAN :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, garam masala dan daun kari.
2. Masukkan bahan (A), dadih, daun pandan dan daging kambing. Kacau dengan api perlahan.
3. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, tomato dan air. Bila daging hampir empuk, tuangkan santan.
4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan garam. Masak lagi hingga daging empuk.
* Petua Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing
Setelah dihiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 minit. Bersihkan, kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biarkan selama 30 minit, kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2 - 3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum masakan.
*******************************
VEGETABLE SOOTHIE : KAEDAH PENYEDIAAN MEREBUS
*******************************
TATASAJIAN
*******************************
PENILAIAN
Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Pensyarah
a. Tatasajian
Penggunaan alatan dan susunan alatan mengidang yang betul dan sesuai. Kecuali kedudukan napkin yang kurang sesuai.
b. Persembahan Hidangan
Persembahan hidangan menarik dari aspek kombinasi warna hidangan dan hiasan serta porsi yang dihidangkan sesuai untuk porsi seorang makan.
c. Warna
Warna makanan yang disediakan adalah mengikut warna sebenar masakan tersebut. Bagi papad roll warna inti dan kulit sangat menarik dan sesuai. Warna bagi nasi lemon juga menarik dimana penggunaan daun pisang sebagai alas dan menggunakan kismis dan biji gajus berjaya menyerlahkan warna nasi lemon agar kelihatan menarik. Warna kambing masalah juga amat baik dan mengikut warna kambing masala yang sebenar. Bagi hidangan terakhir iaitu vegetable soothie kombinasi warna bahan dan sayur-sayuran amat menarik dimana warna sebenar sayur-sayuran masih kekal dan tidak terlebih masak.
d. Tekstur
Tekstur bagi nasi lemon adalah baik dimana tekstur nasi tidak berderai dan masak sekata. Bagi kambing masala tektur daging adalah lembut dan tekstur kuahnya adalah baik dimana tidak telalu pekat dan tidak perlalu cair.
e. Rasa
Rasa bagi keseluruhan hidangan adalah baik dan sedap.
Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Unit 4
a. Tatasajian
Secara keseluruhannya adalah baik dan bersesuaian dengan hidangan yang digunakan. Cuma kedudukan napkin sedikit tidak sesuai.
b. Persembahan Hidangan
Susunan hidangan dalam pinggan baik. secara keseluruhannya adalah baik dan menarik.
c. Warna
Warna bagi keempat-empat hidangan adalah menepati warna sebenar masakan tersebut.
d. Tekstur
Tekstur semua hidangan adalah baik.
e. Rasa
Rasa semua hidangan adalah baik dan sedap.
*******************************
MARKAH YANG KAMI DAPAT MINGGU INI
No.
|
Perkara
|
Markah
|
1.
|
Peranggu meja / tata sajian
|
4.5
|
2.
|
Persembahan makanan:
Papad Roll
Nasi Lemon
Daging Masala
Vegetable Soothie
|
5
|
3.
|
Warna :
Papad Roll
Nasi Lemon
Daging Masala
Vegetable Soothie
|
5
|
4.
|
Tekstur:
Papad Roll
Nasi Lemon
Daging Masala
Vegetable Soothie
|
5
|
5.
|
Rasa:
Papad Roll
Nasi Lemon
Daging Masala
Vegetable Soothie
|
5
|
Alhamdulillah.........
*******************************
REFLEKSI
Secara kesimpulanya pada minggu ini, kami amat
berpuas hati dengan menu yang diberikan dan
hidangan yang telah berjaya kami sediakan bersama-
sama....oleh itu, SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment