[peminat kami]

Friday, 7 December 2012

NASI GORENG



Pastinya setiap orang di Malaysia pernah menikmati nasi goreng dalam kehidupan mereka. Nasi goreng amat sinonim pada masyarakat di Malaysia. Namun demikian, nasi goreng bukan sahaja dimakan di Malaysia tetapi juga di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Korea. Nasi goreng dikatakan berasal dari negara China kerana mereka tidak mahu membazirkan nasi putih yang tidak habis.




Nasi goreng sesuai dimakan pada bila-bila masa saja. Nasi goreng bermaksud nasi putih yang digoreng bersama-sama dengan rencahnya seperti sayur, ayam, udang dan sebagainya. Bahan perasa yang biasa digunakan ialah cili, lada sulah, kicap, garam dan gula.  Kebiasaannya dirumah nasi goreng menggunakan nasi putih yang tidak habis dimakan. Ia akan digoreng bersama-sama bahan yang mudah didapati di dapur seperti ikan bilis atau telur. Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh didapati. Antaranya ialah nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng belacan dan sebagainya. Nasi goreng ini dinamakan mengikut bahan yang terkandung di dalam nasi goreng. Sebagai contoh, nasi goreng belacan bermaksud nasi goreng tersebut mengandungi belacan. Nama nasi goreng menggambarkan bahan yang terkandung didalamnya. Nasi goreng boleh dinikmati bersama-sama dengan keropok, sambal, telur goreng dan sebagainya. 



Senarai nasi goreng :
Nasi goreng ayam - nasi goreng yang dimasak bersama bawang, kicap, lada dan ayam.
Nasi goreng kampung - mengandungi kangkung, ikan bilis dan cili.
Nasi goreng pattaya - nasi goreng yang dibungkus dengan telur dadar
Nasi goreng paprik - dihidangkan bersama-sama dengan lauk paprik
Nasi goreng daging merah - dihidangkan bersama-sama dengan lauk daging masak merah
Nasi goreng USA - kebiasaanya dihidangkan bersama daging masak merah, sosej dan telur mata kerbau
Nasi goreng Cina - nasi digoreng bersama-sama dengan udang, sayur campur dan bawang putih. Nasi goreng ini berwarna putih.
Nasi goreng ladna - dihidangkan bersama kuah ladna yang mengandungi pelbagai sayuran dan protein. Kuah ladna berwarna putih dan pekat.



***********************


RESEPI NASI GORENG
PORSI : 4 ORANG


Bahan-bahan :
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cili api
  • 4 cawan nasi putih ( sejuk )
  • 3 ulas bwg putih
  • 4 ulas bwg merah
  • 1 genggam ikan bilis ( direndam air 5minit )
  • 3 biji telur
  • 1 btg timun
  • garam & ajinomoto
  • 5 sb minyak

Cara-cara :

  • Dlm lesung batu masukkan cili api,lada merah dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bwg merah dan bwg putih, tumbuk hingga lumat. Masuk pula ikan bilis, tumbuk hingga ikan bilis separuh lumat.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan.Masuk 1st garam dan sedikit ajinomoto.Kacau rata.
  • Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala.
  • Di tgh2 kuali, kuak nasi ke tepi utk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi.
  • Kecilkan api. Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi.
  • Sedap di makan bersama timun

*******************
_ gambar hasil carian Google _
_ resepi ehsan dari MyResepi _

[ cik majidah ]


No comments:

Post a Comment