[peminat kami]

Showing posts with label [ Minggu 13 : Amali 8 ]. Show all posts
Showing posts with label [ Minggu 13 : Amali 8 ]. Show all posts

Sunday, 16 December 2012

REFLEKSI AMALI 8


Refleksi Kumpulan


            Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan masakan set menu Thailand. Antara hidangan yang disediakan ialah som tam, tom yam goong, kari ayam hijau dan kari kering daging dan rebung. Semua hidangan ini dinikmati bersama dengan nasi putih. Melihat kepada menu yang disediakan ia memberi sedikit cabaran kepada kumpulan kami kerana kami hanya berdua untuk menyediakan empat jenis lauk. Borang perancangan kerja telah disiapkan dengan teliti dan menyusun proses kerja dengan teratur.
            Sebelum amali dimulakan, kami telah dikhabarkan bahawa terdapat beberapa bahan mentah yang tidak mencukupi. Namun penolong pegawai penyediaan makanan sedang berusaha mendapatkan bahan-bahan tersebut. Antara bahan mentah yang tidak dapat kami perolehi ialah rebung, daun selasih, cili padi hijau dan cili padi merah. Mengikut perancangan kerja yang telah dilakukan, rebung perlu direbus pada permulaan kelas. Namun kami terpaksa menunggu rebung dahulu dan memulakan tugas dengan bahan yang ada.
            Hasil masakan kari ayam hijau kurang menjadi apabila warna yang dihasilkan tidak hijau. Punca mengapa hal ini terjadi tidak dapat dikesan. Bagi membaiki warna kuah, kami mencampurkan sedikit kuah kari hijau kumpulan 6. Rasa bagi kari ayam hijau juga sedikit manis. Hal ini mungkin kerana terlebih gula perang semasa membuat pes kari hijau. Semasa merebus rebung, kami campurkan dengan lada hitam dan sedikit gula. Tips ini diperolehi bagi mengurangkan bau rabung dan rasa pahit.
            Secara keseluruhannya, kami sangat gembira kerana dapat menyediakan hidangan set menu Thailand. Kami juga berpuas hati dengan hidangan yang telah disediakan. Namun, sekiranya diberi kesempatan lagi pastinya kami akan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dan menambah baik cara masak kami.



Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Pensyarah

                 
a.        Tatasajian
Penggunaan alatan dan susunan alatan mengidang yang betul dan sesuai. Boleh letakkan sudu lauk di pinggan lauk.

b.        Persembahan Hidangan
Persembahan hidangan menarik dari aspek kombinasi warna hidangan dan hiasan serta porsi yang dihidangkan sesuai untuk porsi 1 orang makan.

c.        Warna
Warna kuah kari ayam hijau tidak hijau seperti yang sepatutnya. 

d.        Tekstur
Tekstur betik dalam som tam baik dan ranggup. Kuah kari ayam hijau pekat dan baik.

e.        Rasa
Sekiranya rasa tom yam goong sedikit masam adalah lebih baik. Kari ayam hijau mempunyai rasa yang sedikit manis. Rasa bagi som tam sangat sedap.




Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Unit  8


a.        Tatasajian
Secara keseluruhannya dalah baik dan bersesuaian dengan hidangan yang   digunakan.

b.        Persembahan Hidangan
Susunan hidangan dalam pinggan baik. secara keseluruhannya adalah baik dan menarik.

c.        Warna
Warna bagi kari ayam hijau kurang menarik. Warna hidangan bagi som tam sangat menarik. 

d.        Tekstur
Tekstur ayam bagi hidangan kari ayam hijau sedikit keras mungkin kerana bahagian dada ayam yang digunakan. Daging dalam kari daging tidak liat manakala rebung juga masih rangup dan tidak terlebih masak.

e.        Rasa
Kari ayam hijau mempunyai rasa terlebih manis. namun keseluruhan hidangan adalah baik.








Borang Markah Penilaian


No.
Perkara
Markah
1.
Peranggu meja / tata sajian
4
2.
Persembahan makanan
4.5
3.
Warna
4.5
4.
Tekstur:
Som tam
Tom yam goong
Kari kering daging & rebung
Kari ayam hijau

4.5
4.5
5
4
5.
Rasa:
Som tam
Tom yam goong
Kari kering daging & rebung
Kari ayam hijau

5
4.5
5
4





Kari ayam hijau:
Kuah kari sepatutnya berwarna hijau namun hasil masakan kumpulan kami tidak menjadi. Warna kuah kari yang dihasilkan berwarna seakan-akan kuah kurma. bagi memperbaikiwarna kuah kari, kumpulan kami mencampurkan sedikit kuah kari hijau kumpulan 6. Hasilnya, warna kuah kari menjadi sedikit kehijauan.



***********************

[ cik majidah ]

SET MENU THAILAND

TEMA HIDANGAN PADA MINGGU INI IALAH SET MENU THAILAND. KUMPULAN KAMI DIKEHENDAKI UNTUK MENYEDIAKAN BEBERAPA HIDANGAN IAITU SOM TAM MERUPAKAN HIDANGAN PEMBUKA SELERA DIIKUTI DENGAN SUP IAITU TOM YAM GOONG. BAGI HIDANGAN PROTEIN PULA IALAH KARI AYAM HIJAU DAN HIDANGAN PENGIRING IALAH KARI KERING DAGING & REBUNG. 



**************************
SOM TAM (KERABU BETIK)






BAHAN-BAHAN :

600 gm            Betik mangkal (warna jingga/merah-oren)
300 gm            Mangga muda
50 gm              Kacang panjang – racik
50 gm              Daun salad
50 gm              Bunga kantan – racik halus
10 gm              Cili padi – racik halus
5 gm                Cili merah – racik halus
10 gm              Udang kering – ditumbuk kasar
20 gm              Kacang tanah – goreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
10 gm              Bawang besar – mayang
2 gm                Daun ketumbar – mayang
20 gm              Limau kasturi – ambil jus
Gula secukup rasa
Sos ikan


LANGKAH PENYEDIAAN :

1.         Betik dan mangga dibuang kulit dan racik memanjang
2.         Satukan sos ikan, gula dan jus limau. Kacau rata.
3.         Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah. Gaul hingga rata
4.         Kalau kurang masin boleh tambah garam kerana sos ikan sudah masin
5.         Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan somtam dan makan segera


****************************
TOM YAM GOONG (TOM YAM UDANG)






BAHAN-BAHAN :

550 gm            Stok ayam/ikan/udang
500 gm            Udang
5 gm                Lengkuas
3 gm                Daun limau purut
60 gm              Bawang besar
6 gm                Serai
8 gm                Pes tomyam
10 gm              Cili api
30 gm              Tomato
2 gm                Daun ketumbar
5 gm                Sos ikan
10 gm              Limau nipis


LANGKAH PENYEDIAAN :

1.         Didihkan stok ayam
2.         Kupas kulit udang, tinggalkan ekor dan buang urat belakang udang
3.         Masukkan serai bersama lengkuas yang diketuk dan limau purut
4.         Masukkan bawang yang telah dipotong
5.         Masukkan pes tomyam kacau seketika dan masukkan udang, cendawan, tomato, cili api, sos ikan dan jus limau nipis secukupnya.
6.         Taburkan daun ketumbar, angkat dan hidangkan.

*********************************
KARI AYAM HIJAU


BAHAN-BAHAN :

(PES KARI)
15 gm              Serai
20 gm              Cili padi
20 gm              Bawang merah
10 gm              Bawang putih
5 gm                Lengkuas
5 gm                Halia
5 gm                Daun ketumbar
5 gm                Daun selasih
5 gm






                Serbuk jintan putih

5 gm                Serbuk lada sulah
5 gm                Serbuk ketumbar
10 gm              Sos ikan (nampla)
5 gm                Belacan
1 sdt                Jus limau nipis
10 gm              Gula perang
30 ml               Santan

(KARI HIJAU THAI)
500 gm            Ayam
80 gm              Tomato
30 gm              Serai
4 helai              Daun limau purut
20 gm              Cili padi merah Thai
800 ml             Santan cair
300 ml             Pati santan
5 gm                Daun selasih
5 gm                Jus limau
6 gm                Sos ikan
½ sdt               Gula


LANGKAH PENYEDIAAN :

(PES KARI HIJAU)
1.         Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat.

(KARI HIJAU THAI)
1.         Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga haru,, masukkan serai dan juga ayam. Gaul rata sehingga ayam kecut.
2.         Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biarkan masak sehingga ayam ½ empuk. Masukkan cili padi Thai. Bila mendidih, tuangkan pati santan.
3.         Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api yang sederhana. Kacau selalu.
4.         Akhir sekali, masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api. Hidangkan.

***********************************
KARI KERING DAGING & REBUNG





BAHAN-BAHAN :

300 gm            Rebung
300 gm            Daging
50 gm              Cili merah
150 gm            Tomato
200 ml             Santan pekat
30 ml               Sos ikan
40 ml               Minyak

PES KARI MUSSAMAN – dikisar
70 gm              Bawang merah
10 gm              Bawang putih
15 gm              Lengkuas
15 gm              Serai
15 gm              Lada kering
25 gm              Ketumbar
5 gm                Jintan putih
8 gm                Belacan


LANGKAH PENYEDIAAN :

1.         Rebus rebung dan bilas dengan air sejuk. Toskan.
2.         Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis. Simpan air rebusan daging.
3.         Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan pes kari mussaman, tumis hingga naik bau.
4.         Masukkan air rebusan daging dan kacau lagi.
5.         Masukkan daging, rebung dan santan pekat. Biarkan masakan mereneh.
6.         Masukkan cili merah, tomato, sos ikan dan garam
7.         Renehkan lagi masakan sehingga hampir pekat.
8.         Sesuaikan rasa dan angkat.



************************

[ cik majidah]