[peminat kami]

Friday, 7 December 2012

NASI GORENG



Pastinya setiap orang di Malaysia pernah menikmati nasi goreng dalam kehidupan mereka. Nasi goreng amat sinonim pada masyarakat di Malaysia. Namun demikian, nasi goreng bukan sahaja dimakan di Malaysia tetapi juga di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Korea. Nasi goreng dikatakan berasal dari negara China kerana mereka tidak mahu membazirkan nasi putih yang tidak habis.




Nasi goreng sesuai dimakan pada bila-bila masa saja. Nasi goreng bermaksud nasi putih yang digoreng bersama-sama dengan rencahnya seperti sayur, ayam, udang dan sebagainya. Bahan perasa yang biasa digunakan ialah cili, lada sulah, kicap, garam dan gula.  Kebiasaannya dirumah nasi goreng menggunakan nasi putih yang tidak habis dimakan. Ia akan digoreng bersama-sama bahan yang mudah didapati di dapur seperti ikan bilis atau telur. Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh didapati. Antaranya ialah nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng belacan dan sebagainya. Nasi goreng ini dinamakan mengikut bahan yang terkandung di dalam nasi goreng. Sebagai contoh, nasi goreng belacan bermaksud nasi goreng tersebut mengandungi belacan. Nama nasi goreng menggambarkan bahan yang terkandung didalamnya. Nasi goreng boleh dinikmati bersama-sama dengan keropok, sambal, telur goreng dan sebagainya. 



Senarai nasi goreng :
Nasi goreng ayam - nasi goreng yang dimasak bersama bawang, kicap, lada dan ayam.
Nasi goreng kampung - mengandungi kangkung, ikan bilis dan cili.
Nasi goreng pattaya - nasi goreng yang dibungkus dengan telur dadar
Nasi goreng paprik - dihidangkan bersama-sama dengan lauk paprik
Nasi goreng daging merah - dihidangkan bersama-sama dengan lauk daging masak merah
Nasi goreng USA - kebiasaanya dihidangkan bersama daging masak merah, sosej dan telur mata kerbau
Nasi goreng Cina - nasi digoreng bersama-sama dengan udang, sayur campur dan bawang putih. Nasi goreng ini berwarna putih.
Nasi goreng ladna - dihidangkan bersama kuah ladna yang mengandungi pelbagai sayuran dan protein. Kuah ladna berwarna putih dan pekat.



***********************


RESEPI NASI GORENG
PORSI : 4 ORANG


Bahan-bahan :
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cili api
  • 4 cawan nasi putih ( sejuk )
  • 3 ulas bwg putih
  • 4 ulas bwg merah
  • 1 genggam ikan bilis ( direndam air 5minit )
  • 3 biji telur
  • 1 btg timun
  • garam & ajinomoto
  • 5 sb minyak

Cara-cara :

  • Dlm lesung batu masukkan cili api,lada merah dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bwg merah dan bwg putih, tumbuk hingga lumat. Masuk pula ikan bilis, tumbuk hingga ikan bilis separuh lumat.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan.Masuk 1st garam dan sedikit ajinomoto.Kacau rata.
  • Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala.
  • Di tgh2 kuali, kuak nasi ke tepi utk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi.
  • Kecilkan api. Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi.
  • Sedap di makan bersama timun

*******************
_ gambar hasil carian Google _
_ resepi ehsan dari MyResepi _

[ cik majidah ]


Thursday, 6 December 2012

Minggu Masakan India

 Assalamualaikum......


Alhamdulillah pada minggu ke 12 ini Unit 1 telah berjaya menjalani sesi amali untuk menyediakan menu masakan India. Iaitu PAPAD ROLL sebagai menu pembuka selera dan NASI LEMON yang disajikan bersama-sama KAMBING MASALA dan VEGETABLE SOOTHIE sebagai hidangan utama. Pada kesempatan ini kami ingin berkongsi resepi dan sedikit tips yang kami rasa mudah untuk diamalkan dan amat berguna kepada kita semua..


*******************************

RESEPI : PEMBUKA SELERA

Untuk makluman, menu ini menggunakan kaedah memasak merebus dan menggoreng dengan minyak penuh.

Hasil PAPAD ROLL kum kami

BAHAN-BAHAN : (Porsi 2)
  • 100gm                         Papadom
  • 70 gm                          Kentang
  • 10 gm                          Lada hijau
  • 5 gm                            Daun ketumbar
  • 10 gm                          Lemon
  • 3 gm                            Serbuk cili merah
  • 3 gm                            Garam masala
  • 2 gm                            Gula
  • 1 gm                            Garam
  • 5 gm                            Tepung gandum
  • 130 ml                         Minyak masak
  
KAEDAH PENYEDIAAN :
1.         Rebus dan kupas kulit kentang. Kemudian lenyekkan sehingga hancur.
2.         Cincang halus daun ketumbar dan cili hijau.
3.         Campurkan kentang, cili hijau, daun ketumbar, serbuk cili merah, garam masala, gula, garam dan jus lemon. Gaul rata.
4.         Celupkan papadom dalam air dan angkat.
5.         Isikan kentang dalam papadom dan gulung. Letakkan hujung kulit papadom dengan bancuhan tepung.
6.         Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
7.         Angkat dan hidangkan dengan chutney atau sos.

* Untuk hidangan kali ini kami mengidangkan papad roll dengan sos cili Thai

*******************************

RESEPI : HIDANGAN UTAMA 

NASI LEMON : KAEDAHPENYEDIAAN  MEREBUS



 
NASI LEMON dihias dengn kismis dan gajus



BAHAN-BAHAN : ( 2 Porsi)
  • 300 gm            Beras basmathi
  • 1 gm                Serbuk kunyit
  • 10 gm              Serbuk santan
  • 8 ml                 Susu cair
  • 5 gm                Badam cincang
  • 5 gm                Biji sawi
  • 2 gm                Cili hijau – dicincang
  • 100 gm            Minyak sapi
  • 35 gm             Lemon – ambil jusnya
  • 3 gm                Daun kari
  • 1 gm                Garam
  • Air secukupnya
  • 5 gm                Kismis                                        
  • 5 gm                Biji Gajus

KAEDAH PENYEDIAAN :
1.         Beras dicuci bersih. Masak beras dengan serbuk kunyit dan air secukupnya hingga kering.
2.         Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumiskan daun kari, biji sawi, cili hijau dan badam hingga berbau.
3.         Tuangkan bahan tumisan, santan dan jus lemon atas nasi. Kacau rata dan masak lagi dengan api kecil selama 5 minit.
4.         Taburkan kismis dan baji gajus sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.


*******************************

RESEPI : SAJIAN IRINGAN 


KAMBING MASALA : KAEDAH PENYEDIAAN MERENDIDIH

 
KAMBING MASALA yang kami sediakan.

BAHAN-BAHAN : ( 2 Porsi)

  • 300 gm            Daging kambing – dipotong kiub
  • 125 ml             Santan
  • 50 gm              Tomato – dibelah empat
  • 5 gm                Daun kari
  • 100 gm            Yougurt perisa asli
  • 6 gm                Bawang merah – dihiris
  • 5 gm                Serbuk ketumbar
  • 3 gm                Serbuk kunyit
  • 5 gm                Serbuk cili
  • 5 gm                Garam masala
  • 250 ml             Air
  • 10 ml               Minyak masak
  • 3 gm                Garam
  • 2 helai             Daun Pandan

BAHAN (A) PENUMIS :
  • 4 gm                Bawang putih
  • 15 gm              Cili hijau                  
  • 4 gm                Halia
  • 3 gm                Kulit kayu manis
  • 2 gm                Buah pelaga
  • 1 gm                Bunga cengkih
  • 3 gm                Bunga lawang
KAEDAH PENYEDIAAN :
1.         Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, garam masala dan daun kari.
2.         Masukkan bahan (A), dadih, daun pandan dan daging kambing. Kacau dengan api perlahan.
3.         Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, tomato dan air. Bila daging hampir empuk, tuangkan santan.
4.         Apabila kuah hampir pekat, masukkan garam. Masak lagi hingga daging empuk.


* Petua Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing
Setelah dihiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 minit. Bersihkan, kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biarkan selama 30 minit, kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2 - 3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum masakan.

*******************************
 

VEGETABLE SOOTHIE : KAEDAH PENYEDIAAN MEREBUS


 
Hidangan yang sungguh menyelerakan



BAHAN-BAHAN : (2 Porsi)
  • 100 gm            Kentang
  • 50 gm              Kacang buncis
  • 25 gm              Cili merah
  • 60 gm              Bawang besar
  • 15 gm              Daun kari
  • 100 gm            Udang
  • 10 gm              Daun kubis
  • 100 gm            Lobak merah
  • 125 ml             Pati santan
  • 250 ml             Santan cair
  • 1 gm                Serbuk kunyit
  • 30 gm              Limau nipis
  • 1 gm                Garam
  • 2 gm                Gula

KAEDAH PENYEDIAAN :
1.         Masukkan santan cair, serbuk kunyit, daun kari dan bawang besar dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2.         Masukkan garam, udang, kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk.
3.         Apabila sayuran hampir empuk, masukkan kesemua sayuran lain. Masak sayuran sehingga empuk. Kacai sekali sakala.
4.         Masukkan pati santan dan biarkan hampir mendidih. Masukkan jus limau, sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang.




 
*******************************
TATASAJIAN



*******************************
PENILAIAN

Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Pensyarah

                 
a.        Tatasajian

Penggunaan alatan dan susunan alatan mengidang yang betul dan sesuai. Kecuali kedudukan napkin yang kurang sesuai.

b.        Persembahan Hidangan

Persembahan hidangan menarik dari aspek kombinasi warna hidangan dan hiasan serta porsi yang dihidangkan sesuai untuk porsi seorang makan.

c.        Warna

Warna makanan yang disediakan adalah mengikut warna sebenar masakan tersebut. Bagi papad roll warna inti dan kulit sangat menarik dan sesuai. Warna bagi nasi lemon juga menarik dimana penggunaan daun pisang sebagai alas dan menggunakan kismis dan biji gajus berjaya menyerlahkan warna nasi lemon agar kelihatan menarik. Warna kambing masalah juga amat baik dan mengikut warna kambing masala yang sebenar. Bagi hidangan terakhir iaitu vegetable soothie kombinasi warna bahan dan sayur-sayuran amat menarik dimana warna sebenar sayur-sayuran masih kekal dan tidak terlebih masak.



d.        Tekstur

Tekstur bagi nasi lemon adalah baik dimana tekstur nasi tidak berderai dan masak sekata. Bagi kambing masala tektur daging adalah lembut dan tekstur kuahnya adalah baik dimana tidak telalu pekat dan tidak perlalu cair.

e.        Rasa

Rasa bagi keseluruhan hidangan adalah baik dan sedap.

Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Unit  4

 

a.        Tatasajian

Secara keseluruhannya adalah baik dan bersesuaian dengan hidangan yang   digunakan. Cuma kedudukan napkin sedikit tidak sesuai.

b.        Persembahan Hidangan

Susunan hidangan dalam pinggan baik. secara keseluruhannya adalah baik dan menarik.

c.        Warna

Warna bagi keempat-empat hidangan adalah menepati warna sebenar masakan tersebut.

d.        Tekstur

Tekstur semua hidangan adalah baik.

e.        Rasa
Rasa semua hidangan adalah baik dan sedap.


*******************************
MARKAH YANG KAMI DAPAT MINGGU INI

No.
Perkara
Markah
1.
Peranggu meja / tata sajian
4.5
2.
Persembahan makanan:
Papad Roll
Nasi Lemon
Daging Masala
Vegetable Soothie
5

3.
Warna :
Papad Roll
Nasi Lemon
Daging Masala
Vegetable Soothie
5
4.
Tekstur:
Papad Roll
Nasi Lemon
Daging Masala
Vegetable Soothie
5

5.
Rasa:
Papad Roll
Nasi Lemon
Daging Masala
Vegetable Soothie
5


Alhamdulillah.........

******************************* 

REFLEKSI  

Secara kesimpulanya pada minggu ini, kami amat
 berpuas hati dengan menu yang diberikan dan
 hidangan yang telah berjaya kami sediakan bersama-
sama....oleh itu, SELAMAT MENCUBA


Tuesday, 4 December 2012

Kuih Muih Tradisional Malaysia

Assalamulaikum.......

Kalau minggu lalu, saya berkesempatan untuk berkongsi beberapa menu ringkas bagi ibu-ibu yang sedang berpantang, pada kesempatan kali ini pula saya terpanggil untuk berkongsi beberapa resepi kuih muih tradisional Malaysia....Kebanyakan kuih muih ini mudah didapati di mana-mana negeri di seluruh Malasia......MARI KITA LIHAT......


**********************************

KUIH TEPUNG BUNGA

Merupakan kuih tradisional Negeri Terengganu.

Bahan-bahan:
500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur  dalam bekas dan pukul rata.
  3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.
  4. Aturkan dalam pinggan dan taburkan gula secukupnya


**********************************

KUIH PAUNG GORENG


Kuih Tradisi Negeri Terengganu  


Bahan-bahan:

1/2 kg  tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam


Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya



Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.




**********************************

KUIH DODOL KUKUS  
Kuih Tradisi Negeri Pahang

Bahan-bahan:
100gm             tepung pulut hitam
250gm             tepung pulut putih
 200gm            gula halus
1 liter               santan (dijadikan tahi minyak)
5ml                  minyak masak
·         daun pisang sebagai alas & garam secukup rasa
 Kaedah Penyediaan :
1.    Masukkan tepung pulut putih dan pulut hitam kedalam bekas adunan.kemudian masukkan gula dan santan.
2.    Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
3.    Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak.
4.    Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
5.    setelah masak,taburkan tahi minyak dan hidang mengikut citarasa.


**********************************

Selamat Mencuba....

BY: Pn Nick