[peminat kami]

Friday, 21 December 2012

KHASIAT ULAM ULAMAN


Ulam-ulaman ialah sayuran atau tumbuhan berdaun yang dimakan mentah atau sekadar dicelur. Ulam biasanya mudah dijumpai dan didapati di sekitar rumah sahaja. Pokok-pokok ulam juga mudah untuk ditanam dan dijaga. Kebiasaannya, ulam dimakan bersama sambal belacan dan nasi putih. Selain dimakan sahaja, ulam juga boleh dibuat kerabu dan sayuran. Ulam diambil dari pelbagai bahagian pokok yang boleh dimakan seperti pucuk, batang, ubi, buah, biji dan bunga. Ulam-ulaman mengandungi pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Dapat kita lihat pada generasi lama masyarakat Melayu yang mengamalkan memekan ulam, tubuh badan mereka sentiasa sihat dan kurang penyakit. Antara ulam-ulaman yang biasa dan mudah diperolehi ialah ;

PEGAGA



Nama saintifik : Centella asiatica

Kegunaan : Pegaga biasanya dijadikan ulam dalam hidangan masyarakat Melayu. Ia juga dijadikan ekstrak minuman herba atau jamu. Bagi masyarakat India, ekstrak daun pegaga dijadikan minuman musim panas yang dicampur ais iaitu 'thandaayyee'. Pegaga juga digunakan dalam perubatan Cina dan kaedah Ayurvedic di India. Khasiat pegaga ialah untuk masalah tekanan darah rendah dan awet muda. Selain itu, ia juga dapat menjadi penawar alahan, merawat asthma dan sesak nafas, anti kanser, penawar batu karang, kencing berdarah, ulser dan merawat cirit birit.


PETAI





Nama saintifik : Parkia speciosa

Kegunaan : Petai mengandungi nutrien seperti kalsium, fosforus, zat besi, vitaminA, B1, B2 dan C. Petai dapat merawat penyakit jantung dan kencing manis, mencuci buah pinggang serta mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. Biji petai juga berfunsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit. Ia juga dapat memastikan kesegaran tubuh dan membaiki sistem penghadaman. Kulit petai dibahagian licin dalam poket petai boleh disimpan untuk diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan akibat gigitan nyamuk.



DAUN SELOM




Nama saintifik : Oenanthe javanica

Kegunaan : Daun selom mengandungi banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan serabut. Daun dan batang selom dapat meredakan penyakit seperti bisul, terkenan gigitan ular, kala jengking dan bengkak kerana kanser. Air rebusan selom boleh diminum sebagai penawar demam selsema, susah buang air kecil dan berak berdarah. Biji selom dijadikan penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom dijadikan perangsang buang air dan membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.


DAUN KADUK



Nama saintifik : Piper sarmentosum

Kegunaan : Dijadikan bahan penaik rasa bagi makanan seperti udang kering, telur, ikan dan daging. Ini kerana daun kaduk mempunyai sedikit aroma herba dan rasa yang berlada dan sedikit pahit. Selain dari dibuat ulam bersama sambal belacan, daun kaduk juga dijadukan bahan dalam nasi ulam, pucuk tempoyak, laksa dan otak-otak Penang. Daun kaduk merupakan antioksidan dan kaya dengan vitamin dan mineral.


TIMUN 



Nama saintifik : Cucumis sativus

Kegunaan : Mengandungi banyak nutrien seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1,B2 dan C. Ia mengandungi racun alkoholis jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak kecacingan. Ia juga membantu marawat sakit tekak akibat batuk. Ia juga dapat mengubati penyakit berak berdarah.



********************

[cik majidah]







RESEPI KUDAPAN TRADISIONAL

PUTU KACANG

putu kacang

acuan putu kacang



Bahan-bahan :

5 cawan     Tepung kacang hijau
1 cawan     Gula
Sedikit air suam

Langkah penyediaan :

  1. Kacang hijau digoreng tanpa minyak. Kemudian dibuang kulitnya.
  2. Selepas itu dikisar halus dan diayak untuk menjadi tepung.
  3. Setelah siap tepung, masukkan gula mengikut kemanisan yang disukai dan masukkan air suam sedikit untuk adunan lebih kental
  4. Selepas itu, boleh ditekan dalam acuan putu kacang. Ketuk keluarkan ia dari acuan dan buat hingga adunan habis.
  5. Bila sudah siap, panaskan seketika atau jemur pada suhu matahari di luar rumah.




BUAH ROTAN

buah rotan


Bahan-bahan :

2 1/2 cawan      Tepung pulut
4 sdb                 Gula halus
Garam
1 1/4 cawan       Santan
1 biji                  Telur
Bijan
Minyak


Langkah penyediaan :
  1. Tepung pulut digaulkan bersama gula dan secubit garam.
  2. Masukkan telur dan santan. uli hingga menjadi doh yang lembut
  3. gentelkan bulat-bulat dan golekkan atas bijan.
  4. Goreng hingga kekuningan.




KUIH SIPUT BEREMPAH
kuih siput

acuan kuih siput



Bahan-bahan:

2 1/2 cawan      Tepung gandum
1 sdt                  Garam
3 biji                  Telur
1 cawan             Marjerin
1 1/2 sdt            Rempah serba guna
1/3 sdt               Serbuk lada hitam
2 sdt                  Serbuk cili
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air untuk menguli


Langkah penyediaan :

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan garam, rempah, lada hitam dan serbuk cili. Gaul rata.
  3. Masukkkan tepung yang siap diayak ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan marjerin. Uli hingga lembut. Jika adunan keras masukkan sedikit air dan uli.
  4. Sediakan papan acuan siput untuk membuat pintalan.
  5. Goreng hingga kekuningan.

***********************

[cik majidah]

KELAS AMALI TERAKHIR



Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi kelas amali penyediaan makanan timur. Tema pada minggu ini ialah buffet keraian. Terdapat empat tema yang telah ditetapkan iaitu Aidilfitri, Chinese New Year, Hari Jadi dan Perkahwinan. Setiap tema yang diberi mempunyai senarai menu yang tersendiri. Antaranya ialah :


Aidilfitri :
- Nasi impit
- Kuah kacang
- Kuah lodeh
- Rendang daging
- Talam cendol



Chinese New Year :
- Nasi goreng Cina
- Butter prawn
- Pak choy dan sos tiram
- Honeydew sago


Hari jadi :
- Kek tiramisu
- Bihun goreng Singapore
- Jejari ikan dan sos tartar
- Wedges
- Puding koktel

Perkahwinan :
- Rojak buah
- Nasi minyak
- Ayam masak merah
- Acar rampai
- Buah-buahan

Air : Tembikai Laici



Unit 1 telah digabungkan dengan unit 2 untuk menyediakan hidangan Aidilfitri. Agak menyedihkan kerana salah seorang ahli unit 1 iaitu Nik Norakmal tidak dapat hadir ke kelas amali kerana masalah kesihatan. Kelas amali pada minggu terakhir ini amat menyeronokkan kerana semua unit saling bekerjasama. Sesi makan dimulakan dengan VIP dahulu kemudian diikuti dengan pelajar. Puan Saedahtinnur telah menghadiahkan 2 biji kek Secret Recipe iaitu Brownies dan Cheese cake. Selesai kelas amali telah diadakan sesi bergambar bersama pensyarah dan penolong pegawai penyediaan makanan.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua rakan kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang penyediaan buffet keraian ini. Terima kasih juga diucapka kepada pensyarah, Puan Suriani dan Puan Saedahtinnur kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang kelas amali dan teori kursus Penyediaan Makanan Timur. Tidak dilupakan kepada penolong pegawai penyediaan makanan, Encik Fuad, Encik Hazwan dan Encik Anuar kerana turut membantu semasa kelas amali dijalankan. Semoga segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dapat digunakan sepenuhnya apabila mengajar di sekolah kelak. 



*****************************

[ cik majidah ]

InFo SoS

Assalamualaikum….

Sedikit coretan dan perkongsian tentang sos.

Definisi sos:

Sos merupakan cecair yang telah dipekatkan menggunakan bahan pemekat. Sos biasanya dihidangkan sebagai bahan sampingan pada makanan lain. Rasa sos biasanya adalah manis dan pedas. Sos berfungsi sebagai penyedap makanan dan untuk menambahkan seri warna makanan serta untuk memberikan rasa yang lebih sedap kepada makanan.

JENIS-JENIS SOS :


1.       Sos Asas Putih (Basic White Sauce)



Veloute
·         Sebagai bahan asas untuk menghasilkan sos terbitan seperti sos caper dan supreme sauce.
·         Dihasilkan menggunakan stok putih (white stock) daripada anak lembu, ikan, ayam dan sayuran.
·         Pemekat yang digunakan sebagai blond roux.
·         Bahan-bahan seperti caper, cendawan di tambah untuk menghasilkan sos terbitan.
·         Sesuai untuk hidangan ayam, daging lembu atau ikan.
Bechamel
·         Sebagai bahan asas untuk menghasilkan sos terbitan seperti parsley sauce dan cream sauce.
·         Menggunakan susu sebagai bahan asas
·         Pemekat menggunakan white roux.
·         Bahan-bahan seperti daun parsli, bawang, keju ditambah untuk menghasilkan sos terbitan.
·         Sos ini sesuai untuk dihidangkan bersama ayam, iakan, sayuran dan pasta.


2.       Sos Asas Perang (Basic Brown Sauce)




Esparagnole
·         Sos berwarna perang kerana menggunakan stok perang daripada daging lembu atau sayur-sayuran yang disaute sehingga perang.
·         Pemekat yang digunakan adalah brown roux.
·         Esparagnole akan ditambah dalam stok perang dengan nisbah 1:1 serta disejatkan sehingga menjadi setengah.
·         Contoh : Black peper sauce.


3.       Sos Berasaskan Mentega (Butter Based Sauce)



 

Hollandaise Sauce
·         Menggunakan lemak atau butter yang dicairkan dan menggunakan kuning telur sebagai pemekat.
·         Sesuai dihidangkan dalam keadaan suam bersama-sama ikan atau sayur-sayuran.


4.       Sos Berasaskan Tomato (Tomato Based Sauce)




 

Tomato Sauce
·         Menggunakan buah tomato atau tomato puri, stok perang dan mirepoix.
·         Dimasak lama sehingga semua pati salam sayuran keluar kedalam sos sebelum ditapis.
·         Merupakan sos yang divariasikan daripada sos tomato
·         Sesuai dihidangkan bersama-sama pasta, telur, ukan, ayam atau daging.

 **********************************
By : Nik Norakmal

Wednesday, 19 December 2012

INFO- STOK MASAKAN CINA

Assalamualaikum.....

Pada kali ini 1 perkongsian info ringkas dan bermanfaat akan dikongsikan. Ianya adalah berkaitan stok masakan Cina . Tahukah kita terdapat beberapa jenis stok yang biasa digunakan oleh masayarakat cina dalam menu masakan mereka.

STOK

Stok yang baik dan jernih merupakan asas kepada semua jenis sup terutama sup Cina. Tahukah kita bahawa stok Cina lebih ringkas dari segi bahan dan cara penyediaanya. Berikut berupakan jenis-jenis stok dan cara penghasilannya.


STOK AYAM


Disediakan menggunakan tulang ayam yang direbus bersama-sama lik , halia dan bawang.



STOK IKAN


Stok ikan dibuat dengan cara merebuskan beberapa bahagian ikan iaitu tulang,kepala dan ekor ikan.



STOK SAYUR


Stok sayur pula dibuat menggunakan beberapa bahan seperti taugeh kacang soya yang digoreng tanpa minyak sebelum direbus bersama-samacendawan dan daun bawang.



KAEDAH PENYEDIAAN

Berikut merupakan kaedah penyediaan bagi stok Cina. untuk oengetahuan pembaca sekalian, stok cina mempunyai sedikit persamaan dengan stok barat, dimana stok Cina juga perlu direbus selama 1 - 1 1/2 jam. Lemak yang timbul dipermukaan reburan perlu dikeluarkan. Stok perlu ditapis sebelum digunakan. Selain daripada untuk membuat sup, stok juga boleh digunakan untuk menambah rasa dan membaiki rasa masakan seperti sayur-sayuran dan masakan dari sumber karbohidrat seperti mee dan nasi.


**************************************

Sekian sahaja Info untuk kali ini...

By : Nik Norakmal

Sunday, 16 December 2012

ANEKA PETUA

MINYAK ZAITUN MELANGSINGKAN TUBUH



Amalkan mengambil satu sudu minyak zaitun setiap kali sarapan pagi. Ia boleh membakar lemak sehingga tiga kali ganda dan meningkatkan metabolisme tubuh. Jika sukar untuk menelan minyak zaitun sahaja, boleh ambil bersama dengan salad.



DAUN PINANG DAN LENGKUAS ATASI PANAU.

  


Tumbuk lumat daun pinnag muda dan lengkuas. Kemudian, sapukan pada tubuh yang berpanau pada setiap malam. Biarkan sehingga esok hari dan basuh. Amalkan sehingga panau hilang.



DAUN LIDAH BUAYA MERAWAT SAKIT GIGI.



Dapatkan isi daun lidah buaya. Letakkan pada gigi yang sakit dan biarkan selama dua atau tiga jam. Hasilnya rasa sakit akan hilang.



KURANGKAN SAKIT KEGUGURAN.



Wanita yang mengalami keguguran akan berasa sakit. Dapatkan akar pokok kacang kelisa kemudian rebus dengan sedikit air. Minum secawan air rebusan pada waktu pagi dan malam. Akarnya boleh diasah dan disapu pada bahagian ari-ari. Amalkan sehingga sihat.



RAWAT ULSER DENGAN CARA TRADISIONAL.



Sesuai diamalkan pada kanak-kanak atau bayi yang mengalami ulser. Letakkan sedikit buah senduduk putih yang telah masak pada ulser. Ia akan mudah sembuh.


*****************************

[ cik majidah ]

REFLEKSI AMALI 8


Refleksi Kumpulan


            Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan masakan set menu Thailand. Antara hidangan yang disediakan ialah som tam, tom yam goong, kari ayam hijau dan kari kering daging dan rebung. Semua hidangan ini dinikmati bersama dengan nasi putih. Melihat kepada menu yang disediakan ia memberi sedikit cabaran kepada kumpulan kami kerana kami hanya berdua untuk menyediakan empat jenis lauk. Borang perancangan kerja telah disiapkan dengan teliti dan menyusun proses kerja dengan teratur.
            Sebelum amali dimulakan, kami telah dikhabarkan bahawa terdapat beberapa bahan mentah yang tidak mencukupi. Namun penolong pegawai penyediaan makanan sedang berusaha mendapatkan bahan-bahan tersebut. Antara bahan mentah yang tidak dapat kami perolehi ialah rebung, daun selasih, cili padi hijau dan cili padi merah. Mengikut perancangan kerja yang telah dilakukan, rebung perlu direbus pada permulaan kelas. Namun kami terpaksa menunggu rebung dahulu dan memulakan tugas dengan bahan yang ada.
            Hasil masakan kari ayam hijau kurang menjadi apabila warna yang dihasilkan tidak hijau. Punca mengapa hal ini terjadi tidak dapat dikesan. Bagi membaiki warna kuah, kami mencampurkan sedikit kuah kari hijau kumpulan 6. Rasa bagi kari ayam hijau juga sedikit manis. Hal ini mungkin kerana terlebih gula perang semasa membuat pes kari hijau. Semasa merebus rebung, kami campurkan dengan lada hitam dan sedikit gula. Tips ini diperolehi bagi mengurangkan bau rabung dan rasa pahit.
            Secara keseluruhannya, kami sangat gembira kerana dapat menyediakan hidangan set menu Thailand. Kami juga berpuas hati dengan hidangan yang telah disediakan. Namun, sekiranya diberi kesempatan lagi pastinya kami akan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dan menambah baik cara masak kami.



Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Pensyarah

                 
a.        Tatasajian
Penggunaan alatan dan susunan alatan mengidang yang betul dan sesuai. Boleh letakkan sudu lauk di pinggan lauk.

b.        Persembahan Hidangan
Persembahan hidangan menarik dari aspek kombinasi warna hidangan dan hiasan serta porsi yang dihidangkan sesuai untuk porsi 1 orang makan.

c.        Warna
Warna kuah kari ayam hijau tidak hijau seperti yang sepatutnya. 

d.        Tekstur
Tekstur betik dalam som tam baik dan ranggup. Kuah kari ayam hijau pekat dan baik.

e.        Rasa
Sekiranya rasa tom yam goong sedikit masam adalah lebih baik. Kari ayam hijau mempunyai rasa yang sedikit manis. Rasa bagi som tam sangat sedap.




Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Unit  8


a.        Tatasajian
Secara keseluruhannya dalah baik dan bersesuaian dengan hidangan yang   digunakan.

b.        Persembahan Hidangan
Susunan hidangan dalam pinggan baik. secara keseluruhannya adalah baik dan menarik.

c.        Warna
Warna bagi kari ayam hijau kurang menarik. Warna hidangan bagi som tam sangat menarik. 

d.        Tekstur
Tekstur ayam bagi hidangan kari ayam hijau sedikit keras mungkin kerana bahagian dada ayam yang digunakan. Daging dalam kari daging tidak liat manakala rebung juga masih rangup dan tidak terlebih masak.

e.        Rasa
Kari ayam hijau mempunyai rasa terlebih manis. namun keseluruhan hidangan adalah baik.








Borang Markah Penilaian


No.
Perkara
Markah
1.
Peranggu meja / tata sajian
4
2.
Persembahan makanan
4.5
3.
Warna
4.5
4.
Tekstur:
Som tam
Tom yam goong
Kari kering daging & rebung
Kari ayam hijau

4.5
4.5
5
4
5.
Rasa:
Som tam
Tom yam goong
Kari kering daging & rebung
Kari ayam hijau

5
4.5
5
4





Kari ayam hijau:
Kuah kari sepatutnya berwarna hijau namun hasil masakan kumpulan kami tidak menjadi. Warna kuah kari yang dihasilkan berwarna seakan-akan kuah kurma. bagi memperbaikiwarna kuah kari, kumpulan kami mencampurkan sedikit kuah kari hijau kumpulan 6. Hasilnya, warna kuah kari menjadi sedikit kehijauan.



***********************

[ cik majidah ]