[peminat kami]

Sunday, 16 December 2012

SEDAPNYA LAKSA !!!!


Pernahkah pembaca semua menikmati hidangan laksa ??? 



Semestinya pernah bukan. Sebagai rakyat Malaysia semestinya kita pernah mendengar menu laksa. Laksa bukan sahaja dihidangkan di waktu keramaian atau perayaan sahaja, tetapi boleh didapati pada bila-bila masa jua. Terdapat gerai-gerai di tepi jalan yang menjual laksa. Laksa terdiri daripada pelbagai jenis mengikut negeri tertentu. Perbezaan yang terdapat pada laksa ini adalah dari segi mee laksa, kuah dan rencahnya. Semua jenis kuah laksa menggunakan isi ikan sebagai bahan utama. Berikut merupakan senarai laksa yang terdapat di Malaysia ;

   Jenis Laksa :                 Mee Laksa :                               Kuah :
> Laksa Penang               Laksa tepung beras                    Kuah asam dan pedas
> Laksa Johor                 Spaghetti                                    Kuah kari bersantan
> Laksa Sarawak             Bihun                                         Kuah berempah dan pedas
> Laksa Kelantan             Laksa tepung beras                    Kuah lemak putih dan lada hitam
> Laksam                         Laksam                                     Kuah lemak putih dan cili


laksa johor
laksa sarawak

laksa penang
laksam


laksa kelantan


********************

[ cik majidah ]

SET MENU THAILAND

TEMA HIDANGAN PADA MINGGU INI IALAH SET MENU THAILAND. KUMPULAN KAMI DIKEHENDAKI UNTUK MENYEDIAKAN BEBERAPA HIDANGAN IAITU SOM TAM MERUPAKAN HIDANGAN PEMBUKA SELERA DIIKUTI DENGAN SUP IAITU TOM YAM GOONG. BAGI HIDANGAN PROTEIN PULA IALAH KARI AYAM HIJAU DAN HIDANGAN PENGIRING IALAH KARI KERING DAGING & REBUNG. 



**************************
SOM TAM (KERABU BETIK)






BAHAN-BAHAN :

600 gm            Betik mangkal (warna jingga/merah-oren)
300 gm            Mangga muda
50 gm              Kacang panjang – racik
50 gm              Daun salad
50 gm              Bunga kantan – racik halus
10 gm              Cili padi – racik halus
5 gm                Cili merah – racik halus
10 gm              Udang kering – ditumbuk kasar
20 gm              Kacang tanah – goreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
10 gm              Bawang besar – mayang
2 gm                Daun ketumbar – mayang
20 gm              Limau kasturi – ambil jus
Gula secukup rasa
Sos ikan


LANGKAH PENYEDIAAN :

1.         Betik dan mangga dibuang kulit dan racik memanjang
2.         Satukan sos ikan, gula dan jus limau. Kacau rata.
3.         Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah. Gaul hingga rata
4.         Kalau kurang masin boleh tambah garam kerana sos ikan sudah masin
5.         Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan somtam dan makan segera


****************************
TOM YAM GOONG (TOM YAM UDANG)






BAHAN-BAHAN :

550 gm            Stok ayam/ikan/udang
500 gm            Udang
5 gm                Lengkuas
3 gm                Daun limau purut
60 gm              Bawang besar
6 gm                Serai
8 gm                Pes tomyam
10 gm              Cili api
30 gm              Tomato
2 gm                Daun ketumbar
5 gm                Sos ikan
10 gm              Limau nipis


LANGKAH PENYEDIAAN :

1.         Didihkan stok ayam
2.         Kupas kulit udang, tinggalkan ekor dan buang urat belakang udang
3.         Masukkan serai bersama lengkuas yang diketuk dan limau purut
4.         Masukkan bawang yang telah dipotong
5.         Masukkan pes tomyam kacau seketika dan masukkan udang, cendawan, tomato, cili api, sos ikan dan jus limau nipis secukupnya.
6.         Taburkan daun ketumbar, angkat dan hidangkan.

*********************************
KARI AYAM HIJAU


BAHAN-BAHAN :

(PES KARI)
15 gm              Serai
20 gm              Cili padi
20 gm              Bawang merah
10 gm              Bawang putih
5 gm                Lengkuas
5 gm                Halia
5 gm                Daun ketumbar
5 gm                Daun selasih
5 gm






                Serbuk jintan putih

5 gm                Serbuk lada sulah
5 gm                Serbuk ketumbar
10 gm              Sos ikan (nampla)
5 gm                Belacan
1 sdt                Jus limau nipis
10 gm              Gula perang
30 ml               Santan

(KARI HIJAU THAI)
500 gm            Ayam
80 gm              Tomato
30 gm              Serai
4 helai              Daun limau purut
20 gm              Cili padi merah Thai
800 ml             Santan cair
300 ml             Pati santan
5 gm                Daun selasih
5 gm                Jus limau
6 gm                Sos ikan
½ sdt               Gula


LANGKAH PENYEDIAAN :

(PES KARI HIJAU)
1.         Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat.

(KARI HIJAU THAI)
1.         Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga haru,, masukkan serai dan juga ayam. Gaul rata sehingga ayam kecut.
2.         Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biarkan masak sehingga ayam ½ empuk. Masukkan cili padi Thai. Bila mendidih, tuangkan pati santan.
3.         Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api yang sederhana. Kacau selalu.
4.         Akhir sekali, masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api. Hidangkan.

***********************************
KARI KERING DAGING & REBUNG





BAHAN-BAHAN :

300 gm            Rebung
300 gm            Daging
50 gm              Cili merah
150 gm            Tomato
200 ml             Santan pekat
30 ml               Sos ikan
40 ml               Minyak

PES KARI MUSSAMAN – dikisar
70 gm              Bawang merah
10 gm              Bawang putih
15 gm              Lengkuas
15 gm              Serai
15 gm              Lada kering
25 gm              Ketumbar
5 gm                Jintan putih
8 gm                Belacan


LANGKAH PENYEDIAAN :

1.         Rebus rebung dan bilas dengan air sejuk. Toskan.
2.         Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis. Simpan air rebusan daging.
3.         Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan pes kari mussaman, tumis hingga naik bau.
4.         Masukkan air rebusan daging dan kacau lagi.
5.         Masukkan daging, rebung dan santan pekat. Biarkan masakan mereneh.
6.         Masukkan cili merah, tomato, sos ikan dan garam
7.         Renehkan lagi masakan sehingga hampir pekat.
8.         Sesuaikan rasa dan angkat.



************************

[ cik majidah]


Saturday, 15 December 2012

BUBUR CACA

Assalamualikum.....

pada malam yang sejuk dan nyaman ini, saya nak berkongsi satu resepi yang selalu kakak saya buat kat rumah terutama semasa di bulan ramadhan, resepi dia menarik, simpel sahaja....resepi yang saya dapat ni cube saya standardkan berbekalkan pengalaman semasa di dalam kelas penyajian masakan timur. Untuk pengetahuan semua, bubur ni sesuai dimakan di waktu petang...

....SELAMAT MENCUBA...


RESEPI : BUBUR CACA  

Ini gambar hasil ehsan en Google, hasil sendiri tak pernah terfikir nak ambik pulak gambarnya...

Bahan-bahan :

500 g         Keledek
250 g         Keladi
1 Liter       Santan
2 helai       Daun Pandan
2 Paket     Tepung Caca ( Tepung Gunting Berwarna-warni )
50 g           Gula
80 g           Sagu

* Garam secukup rasa

Kaedah  Penyediaan :

  1. 500 gm keledek dan 250gm keladi hendaklah dikupaskan untuk membuat kulit.
  2. Keledek dan keladi yang dikupas tadi  dipotong dadu.
  3. Kemudian, rebus keledek dan keladi yang dipotong dadu dengan daun pandan sehingga empuk.
  4. Selepas itu, rebuskan bubur caca dan sagu sehingga lembut dengan memasukkan kedalam rebusan keledek dan keladi.
  5. Kemudian masukkan santan dan sedikit garam kedalam rebusan tadi.
  6. Kacau perlahan-lahan hingga santan mendidih dan angkat untuk sejukkan
  7. Kemudian hidangkan bubur caca tadi kedalam mangkuk untuk dihidangkan pada minum petang.
** SEDIKIT INFO TAMBAHAN

ALAT-ALAT MEMASAK

     Bubur Caca
                    i.      Periuk
                  ii.      Papan pemotong
                iii.      Pisau
                iv.      Senduk

ALAT-ALAT MENGHIDANG

Bubur Caca
                    i.      Mangkuk (Bowl)
                  ii.      Sudu
 
***************************

Selamat mencuba, hasilnya pasti sedap...InsyaAllah cuba lakukan sesuatu dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, ini adalah rahsia kesedapan masakan unit 1.hehehehe

SEKIAN SAHAJA KALI INI......


Wassalam.....

By : Nik Norakmal

BeRbaDaN Dua InFo


Assalamualaikum......

Terpanggil pula pada malam ini untuk mencoret sedikit info untuk dikongsikan bersama pembaca-pembaca sekalian....Memandangkan minggu-minggu sebelum ni saya ada berkongsi resepi ringkas ketika di dalam pantang, jadi lebih lengkap rasanya kalau saya berkongsi pula tentang makanan yang sesuai di amalkan semasa berbadan dua..




Makanan Semasa Mengandung

Tahukah anda bahawa, semasa tempoh mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.

Sumber vitamin dan protein
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


******************************

Sekian sahaja, semoga info yang dikongsikan ini bermanfaat dan memberi ilmu yang positif kepada kita semua.....Sekian Sahaja, terima kasih....


BY : Nik Norakmal

Friday, 14 December 2012

SIHAT IMPIAN SAYA

Assalamualaikum..... 

Kepada sesiapa yang inginkan kesihatan yang baik dan kecantikan yang tiada toloh bandingnya,
Saya ada 1 tips iaitu....

1. JANGAN MAKAN....

MAKANAN DIBAWAH  


 Soft Drinks / Minuman bergas


MINUMAN 0 KHASIAT 
jadi elakkan lah dari minum, pada saya minum air bergas ni akan buat saya akan lebih dahaga...

 
*************************************


Produk Kaya Tepung

Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan sudah kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Terdapat pelbagai jenis pasta yang boleh dipilih sebagai sajian.


*****************************


Roti, kek, dll


Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.


Kek Ising

Cup cake yang comel

Muffin


*************************************


Makanan / Minuman pek segera (instant)


Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas. Pilihan yang ada pastinya yang segera-segera......


Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.

Makanan Segera Kegemaran Semua

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

Minuman Harian (bahaya rupanya)

*************************************

Makanan Dalam Tin


Pelbagai pilihan makanan dalam tin di pasaran
Makanan dalam tin, rasanya semua orang tahu thasiat dan habuan yang akan diterima oleh badan kalau kita mengambilnya dalam kuantiti yang banyak dan terlalu kerap. Hal ini kerana, kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.


*************************************

Makanan Bergoreng

Ini adalah menu wajib saya jika berkunjung ke pasar malam.

Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
* TIPS :

Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.


*************************************

Makanan Segera



Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda.  kerana kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

*************************************

Snek Buah


Snek Buah @ Jeruk


Kenapa kita suka  makan snek buah padahal kita semua boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.



*************************************


OLEH ITU SAYA CADANGKAN MAKANLAH MAKANAN YANG TERTERA DIBAWAH
SELAMAT MENJAGA KESIHATAN
Ikut cara pemakanan yang dicadangkan.....


*************************************


By : Nik Norakmal


Thursday, 13 December 2012

SAJIAN PENJAJA


Assalamualaikum......

Pada petang jumaat ni, saya ingin berkongsi sedikit info sebagai  rujukan kita bersama tentang bahan-bahan yang biasa kita guna dalam masakan sehari-harian.

Buat ketika ini, saya ingin bertnya kepada para pembaca, seandainya anda telah bertahun-tahun meninggalkan Malaysia, apakah yang amat anda rindukan tentang Malaysia selain daripada keluarga dan sahabat anda?

Pasti jawapan anda adalah keutiau goreng, roti canai atau rojak. Makanan ini bukan yang disediakan oleh ibu tersayang atau saudara mara, tetapi yang dijual di gerai-gerai.


Keunikan Gerai- kedudukannya 

Apa yang unik tentang gerai-gerai di Malaysia adalah, kedudukan gerai tersebut, mungkin di bawah pokok, di hujung jalan atau mungkin di pingir-pingir kawasan perumahan dan sebagainya.
Meskipun keadaan persekitaran gerai kurang menyenagkan, namun pelanggan akan tetap datang kembali untuk menikmati sajian yang mereka suka. Pada mereka makanan yang enak lebih penting daripada suasana nyaman dan selesa.

Sedarkah kita, makanan gerai sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita semua, Makanan gerai biasanya sangat murah dan sedap sehingga membuat kita terfikir, mengapa perlu bersusah payah masak sendiri dirumah sekiranya makanan yang sedap boleh dinikmatan dengan cepat dan murah. Tapi tidak semua kita bernasib baik kan?mempunyai tempat kediaman yang berdekatan dengan gerai yang memberikan servis yang betul-betul bagus, oleh tu kita sebenarnya boleh cuba mengenali dan mencari resepi-resepi gerai yang boleh dipercayai, supaya kita dapat menyediakan masakan yang enak persis makanan yang dijual digerai. Namun pada petang ini, saya bukan ingin berkongsi resepi, tetapi saya ingin berkongsi info tentang bahan-bahan yang biasa pengusaha gerai dan kita sendiri  gunakan dirumah..


MENU GERAI


Cucur Udang

Nasi Kukus

Nasi Lemak

Rojak Buah

Teh Ais

ABC Special

 














INFO : BAHAN_BAHAN


Bahan-bahan kat bawah ni, selalu sangat digunakan oleh pengerai dalam masakan mereka.....


 BELACAN

Tahukah kita bahawa belacan merupakan pes udang kering yang biasanya dijual dalam bentuk ketulan dengan warna merah jambu atau coklat. Pada kebiasaanya belacan akan dibakar sebelum digunakan, untuk merangsang aroma belacan untuk keluar dan memberi impak yang lebih maksimum kepada rasa masakan.

PETIS 

Merupakan bahan yang langsung tiada kaitan dengan belacan kebiasaanya petis akan berwarna hitam dan likat.

UBI KELADI 

Merupakan makanan yang tinggi kanji dan kulitnya bewarna coklat tua, isisnya bewarna putih hingga ungu, kulitnya perlu dikupas dan ianya perlu dimasak lama kerana ianya boleh menyebabkan tekak dan mulut terasa gatal. 




***************************************


BY: NIK NORAKMAL



 

RAHSIA KEENAKAN MASAKAN THAILAND

           
                 Masakan Thailand adalah masakan yang mengandungi kepelbagaian rasa iaitu masam, pedas, manis dan masin. Bagi menghasilkan rasa masakan yang pelbagai ini, masyarakat Thailand menggunakan beberapa pes kari dan sos dalam hidangan mereka. Antara pes kari utama yang biasa digunakan ialah pes kari hijau, pes kari merah, pes kari kuning dan pes kari mussaman. Sos yang biasa digunakan dalam masakan Thailand ialah sos ikan (nampla), sos cili, nam prik pao (chilli bean paste), sos tiram dan nam prik (pes cili). Sos ini digunakan semasa memasak dan sebagai pencicah.


*****************************


  • PES KARI MERAH :

Bahan - bahan :
> Cili merah
> Ketumbar
> Jintan putih
> Bawang putih
> Bawang merah
> Lengkuas
> Serai
> Daun ketumbar
> Lada sulah
> Belacan

Kegunaan :
> sesuai digunakan untuk mesakan ayam dan daging



  • PES KARI HIJAU:
Bahan-bahan :
> Cili hijau
> Ketumbar
> Jintan putih
> Bawang putih
> Bawang merah
> Lengkuas
> Kunyit
> Belacan
> Serai
> Daun limau purut
> Daun selasih
> Daun pudina

Kegunaan :
> sesuai digunakan untuk masak kari ayam hijau


  • PES KARI KUNING :
Bahan-bahan :
> Cili merah
> Ketumbar
> Jintan putih
> Bawang putih
> Bawang merah
> Lengkuas
> Serai
> Daun ketumbar
> Lada sulah
> Belacan
> Kunyit

Kegunaan :
> sesuai digunakan untuk masakan ayam, daging  dan ikan


  • PES KARI MUSSAMAN :
Bahan-bahan :
> Bawang merah
> Bawang putih
> Lengkuas
> Serai
> Cili kering
> Ketumbar
> Jintan putih
> Belacan

Kegunaan :
> sesuai digunakan untuk masakan daging

***************************

  • SOS IKAN / NAM PLA :
> digunakan sebagai pengganti garam dalam masakan kerana nam pla mempunyai rasa yang masin.
> sesuai digunakan untuk masakan savoury


  • SOS CILI :
> bahan-bahan: cili, cuka dan garam
> digunakan sebagai pengiring kepada makanan pembuka selera


  • NAM PRIK PAO (CHILLI BEAN PASTE) :

> merupakan gabungan cili, kacang soya dan perasa
> mempunyai rasa yang pedas


  • SOS TIRAM :
> digunakan dalam masakan mee


  • NAM PRIK (PES CILI) :
> biasany diletakkan di atas meja sebagai bahan perasa tambahan


*******************************

[cik majidah]