[peminat kami]

Sunday, 7 October 2012

rempah dan herba amali 1


1.      Daun ketumbar –

Nama saintifik : Coriandrum sativum
Nama Inggeris : Cilantro / Chinese parsley
Keluarga : Apiaceae
Warna : Hijau
Kegunaan : Digunakan dalam masakan sebagai hiasan dan penambah bau terutamanya hidangan dari Thailand seperti sup, lakna dan tomyam. Daun ketumbar mempunyai bau unik seperti ‘berlilin’.

2.      Daun limau purut –

Nama saintifik : Citrus x hystrix
Nama Inggeris : Kaffir Lime Leaf
Keluarga : Rutaceae
Warna : Hijau berkilat
Kegunaan : berfungsi sebagai penambah aroma dalam masakan. Mempunyai aroma limau. Biasa digunakan dalam masakan tomyam, rendang dan paprik.


3.      Daun bawang –

Nama saintifik : Amaranthus Hybridus
Nama Inggeris : Spring Onion
Keluarga : Alliaceae
Warna : Hijau
Kegunaan : digunakan sebagai hiasan atau sayuran dalam makanan. Biasanya terdapat dalam masakan sup, mee, kuew tiaw dan sebagainya. Mempunyai bau dan rasa seperti bawang.


4.      Serbuk jintan manis –
   
Nama saintifik : Foeniculum vulgare
Nama Inggeris : Fennel powder
Keluarga : Apiaceae
Warna : Koko kehijauan
Kegunaan : Biasanya digunakan dalam masakan daging atau ayam. Contoh makanan ialah sebagai bahan perapan ayam atau daging, inti murtabak dan rending tok. Menambah rasa pada makanan kerana mempunyai rasa manis dan aroma yang unik. 

Aktiviti Kami Pada 4 Oct 2012

Assalamualaikum.......

Di kesempatan ini Cik Nik & Cik Sarah nak kongsi la sedikit sebanyak pengalaman yang kami dah tempoh sepanjang sesi amali minggu lepas (minggu 4).....
banyak benda yang terjadi, tapi alhamdulillah semunya baik-baik sahaja, walaupun kami hanya berdua dalam menyiapkan tugasan amali masak-memasak ini....
Almaklum kami berdua dah hampir setahun meninggalkan dunia memasak di dapur UPSI ;)
Maknanya kami akan anggap amali pertama ni sebagai warming up.....
dah la tue....

jom kita tengok...

1......
haaaaa ini la hasil air tangan kami berdua minggu ni...

Poh Pia Tord & Pad Thai

Poh Pia Tod....
decoration yang menarik hasil kreativiti tangan cik sarah masa ni cik nik tengok aje....
jangan salah faham, pemerhatian sebagai rujukan masa depan tau....
selaku insan yang kurang pengalaman, cik nik serahkan tugas menghias kepada cik sarah.....

Korang tanya ape yang menarik dengan dekorasi ni??? ish2 meh sini tengok.......

haaaaaaa ini la dia...
menarik kan? memang berseni tangan cik sarah...
Thanks a lot 2 my partner....
 
Ini pulak resepi ke 2 kami.....
Pad Thai atau nama Melayunya....
Kuay Tiaw Goreng Ala Thai.....


2.........

Skills.....
Untuk makluman semua, kumpulan kami hanya terdiri daripada 2 orang, jadi kami ada masalah sikit nak mengambil gambar time buat kerja.....
masa terhad tapi kami sempat la juga curi2 masa.....
maaf ye kalau banyak gambar tanpa wajah kami berdua yang ayu ni :)
tanpa wajah tidak semestinya kami x buat kerja kan???
next time kami akan cuba....


Chopping Skill by Cik Sarah
penyediaan bahan-bahan untuk menumis dan memasak inti Poh Pia



Dah siap chopping semua bahan-bahan,
tibalah masa giliran Cik Nik pulak tuk menumis.....



Dah siap tumis, tibalah masa untuk campak-mencampak semua bahan-bahan seperti ayam cincang,daun limau purut,bahan perasa dan lain-lain,
Nak tahu apa bahan lain-lain yang di maksudkan???
silalah lihat Link Gudang Resepi....


Ini Adalah proses memotong/mengerat kulit poh pia. Nak tahu kenape?? sebab ada masalah teknikal sikit...
sepatutnya kami kene guna kulit poh pia kecik aje.....tapi yang datang mak ai yang basau......
tapi tidak mengapa....dari situlah kami belajar....
Betul  Pn  Eda????


Ini pulak duk menggoreng kacang....
kawan unit sebelah ada tanya...
"macam mane nak tahu kacang ni dah masak ke belum??"
cik nik pun cakap la petua mak bonda cik nik....
KATANYA......
tunggu sampai dia ada bunyi pOp Pop!!!......
 & 
 bila kita pegang kacang tu, kulit dia senang je pecah.....


Skill menggulung poh Pia....
sekali lagi tangan Cik Nik kurang berseni.....
Sekali cuba tidak semestinya gagal selamanya.....
ok cik Nik???
Chaaaaayoooooo!!!!!!


3.........

Cukup la pasal skill sekarang jom kite tengok sesi Komen-mengomen.....
bukan untuk menjatuhkan tau....
tapi untuk penambahbaikan.......
THANKS U  All.....



Kami dinilai oleh Chef Ammar, Chef Mas & Chef Mimi...


Antara komen membina yang diterima dari kawan-kawan  ialah:

1. Aspek Tata sajian
* Susunan tata sajian yang betul

2. Aspek Presentation Makanan
* Menarik kerana terdapat kompinasi warna yang pelbaga...

3. Warna makanan
* Poh pia- warna menarik keemasan tapi warna kwey tiaw sedikit pucat...
* Garnishing - Ok

4. Rasa
* katanya inti poh pia kami sedikit masin
* Pad Thai kami terlalu banyak rasa kucai & taugeh


Ini komen dari Pn Eda pula....


1. Aspek Tata sajian
* Susunan tata sajian yang betul

2. Aspek Presentation Makanan
* Menarik kerana terdapat kompinasi warna yang pelbaga...
* Garnishing - kreatif & menarik

3. Warna makanan
* Poh pia- warna menarik keemasan
*Warna kwey tiaw ok sebab pad thai memang warnanya sedikit pucat...
Betul puan, sebab pad tai  guna kicap cair sebab tu nampak pucat, kami tegok kat internet pun memang macam tu warnanya...

4. Rasa
* inti poh pia terlalu kuat rasa daun limau purut
(Kesilapan yang kami dah buat adalah kami mayang daun limau purut)
* Pad Thai kami pula tawar :(
orang kate, kalau nak kawin masak mesti masin.....maknanya salah la teori tue....
4. Tektur  
* Tektur udang baik sebab tak over cook
* Poh Pia - rangup dan inti poh pia moist dan tidak terlebih masak



4..........
haaaaaaaa ini la tata sajian yang kami buat time presentation makanan......
Ini aje picture yang sempat di snap......



5..........

Sekian sahaja perkongsian kami untuk minggu ini, untuk mendapatkan resepi Pad Thai dan Poh Pia Tord kami, sila lawat link GUDANG RESIPI......
Terima kasih.....

Resepi : Poh Pia Tord & Pad Thai


Poh Pia Tord


Bahan-bahan:-

Ayam cincang                                                 300g
Kulit Poh Pia (Kecil)                                        8 kpg
Bawang besar- cincang                                  90g
Bawang putih – cincang                                  2 ulas
Tom Yam Paste                                               1 camb
Daun limau purut                                              2 helai
Daun bawang                                                   5g
Minyak masak                                               
Gula                                                                ½ camt
Garam                                                             Secukup rasa

Cara Penyediaan :

1.    Bawang putih dan bawang merah dikupas dan di mayang halus manakala daun bawang dan daun limau di diracik halus.
2.    Sedikit minyak dipanaskan dan bawang putih dan merah ditumis sehingga layu dan naik bau.
3.    Kemudian masukkan ayam cincang yang telah dihancurkan dan masak sehingga ¾ masak.Masukkan paste tomyam, garam dan gula mengikut sukatan.
4.    Daun limau purut dimasukkan apabila kelihatan sudah hampir masak dan dibirkan kuahnya menjadi kering.
5.    Api dimatikan dan dibiarkan sejuk. Apabila sudah sejuk daun bawang yang telah dicincang ditabur dan digaul rata.
6.    Kemudian, ambik kulit poh pia yang telah dilembutkan dan masukkan inti dan digulungkan. Lekatkan hujung gulungan poh pia dengan menggunakan air.
7.    Poh pia digoreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.
8.    Apabila poh pia kelihatan kekuningan, angkat, tos dan sedia untuk dihidang.

 Pad Thai  


Bahan-bahan:-

-       Kuay teow                                           200g
-       Bawang putih                                      2 ulas
-       Taugeh                                                80g
-       Kuchai                                                 30g
-       Daun ketumbar                                   30g
-       Cili merah                                           1 tangkai
-       Udang (saiz sederhana)                    6 ekor
-       Lobak masin                                       20g
-       Tauhu                                                  30g
-       Udang kering                                      30g
-       Telur                                                    1bj
-       Serbuk jintan manis                            ½ camt
-       Serbuk ketumbar                                ¼ camt
-       Air limau                                              1 ½ camt
-       Kicap cair                                            2 camb
-       Sos tiram                                             2 camb
-       Kacang tanah                                      50g
-       Limau nipis                                          1 bj

Cara Penyediaan :


1.    Kuey teow dibilas, ditoskan dan ketepikan dahulu
2.    Udang dikupas kulit dan dibersihkan.
3.    Bawang putih dikupas dan diketuk, kuchai diracik halus, daun ketumbar dan cili merah dimayang dan diasingkan.
4.    Sedikit minyak dipanaskan dan bawang putih ditumis sehingga naik bau.
5.    Kemudian masukkan udang dan telur. Kacau sehingga ¾ masak.
6.    Masukkan kuey teow dan bahan-bahan perasa (serbuk jintan manis, serbuk ketumbar,air limau,kicap cair dan sos tiram). Goreng sehingga garing.
7.    Kemudian, masukkan semua ramuan (taugeh,lobak masin, ,tauhu dan udang kering). Kacau sampai semua bahan sekata dan masak.
8.    Akhir sekali taburkan kuchai,cili merah dan daun ketumbar sebagai hiasan.
* Angkat Pad Thai dari kuali dan hidangkan dengan kacang tanah yang ditumbuk dan hirisan limau.
SELAMAT MENCUBA........

Saturday, 6 October 2012

Minuman Panas & Munuman Sejuk

 

Minuman Panas

 

Air Coklat Panas

 

Bahan-bahan

1.    700ml susu tanpa lemak

2.    50gm gula

3.    100gm coklat masak

4.    700ml air panas

Cara membuat

1.    Campurkan susu, gula dan coklat.

2.    Masukkan air panas dan kacau sebati.

3. Sedia untuk disaji.

TEH O PANAS  
Resepi

1.   Air panas

2.   Gula

3.  Serbuk Teh


TEH TARIK  

 Resepi

Serbuk teh,  Gula,  Air panas dan Susu cecair

 

Minuman Sejuk

        Air Serai

 
Bahan-bahan
10 batang serai
3 liter air
300gm gula batu
Cara-cara
  1. Bersihkan serai. Ketuk sedikit serai-serai tuh.
  2. Masukkan serai, air dan gula batu dalam periuk dan rebus sehingga mendidih. Kecikkan api biar air rebusan mendidih lama sedikit.
  3. Air serai siap. Enak diminum sejuk.

Jus pisang

Bahan-bahan ( 2biji pisang )
  • 2biji pisang
  • 4biji kurma
  • susu segar (anggaran 2 orang) Boleh ditambah sedikit gula
Cara-cara
  1. Pisang,kurma dan susu segar di masukkan kedalam blender.
  2. Boleh ditambah ais untuk sedia diminum
  3. confirmed best dan dapat disediakan dalam masa 5 minit saje

AIR DURIAN BELANDA  

Bahan-bahannya:
200 gram isi durian belanda
500 ml air masak
50 ml susu krim
Cara-cara membuatnya:
1- Masukkan isi durian belanda, susu krim dan air kedalam pengisar dan putar hingga hancur.
2- Sejukkan di dalam peti sejuk.
3- Semasa menghidang masukkan sedikit isi durian belanda.



 Teh O Ais
Resepi

  1.   Serbuk teh
  2. Gula
  3.  Ais 
  4.   Air panas


       Resepi
  1.   Serbuk teh
  2.   Gula
  3.   Ais
  4.   Air panas
  5.   Limau nipis atau limau kasturi


TEH AIS

Resepi
 Serbuk teh, Gula, Ais , Air panas dan Susu cecair





Selamat Mencuba !!!!!!