[peminat kami]

Tuesday, 16 October 2012

JOM CUBA......PETUA

Hilangkan Kuning Kunyit Di tangan




Warna kunyit hidup yang melekat di tangan sukar dihilangkan. Untuk menghilangkannya ambil sesudu teh kapur dan sapukan pada tangan anda. Basuh dengan sabun dan cuci dengan air suam. Hasilnya pasti memuaskan.

 


*************************************

Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Ambil beberapa helai daun pandan,kemudian ikat dan diletakkan dalam peti sejuk. InsyaAllah bau yang tidak di ingini dalam peti sejuk akan hilang


**************************************

Daun Limau Purut Tidak Mudah Layu

Jika anda membeli daun limau purut yang terlalu banyak, selepas memasak selebihnya jangan dibuang begitu sahaja. Masukkan daun limau purut di dalam bekas kedap udara. Kemudian simpan di tempat beku dalam peti sejuk. InsyaAllah daun itu segar harum dan boleh digunakan lagi.


*************************************

Menghilangkan Warna Kekuningan Pada Cawan

Cawan atau mug yang kerap digunakan untuk air kopi atau air teh biasanya terdapat kesan kekuningan. Cara membersihkannya ialah dengan merendamkannya dalam air panas atau suam yang bercampur dengan perahan limau nipis dan garam. Selepas kira-kira 15 minit, cuci dengan span seperti biasa, InsyaAllah warna kekuningan akan hilang.

Thursday, 11 October 2012

AKTIVITI AMALI 2

             Pada amali 2 adalah bertemakan makanan berasaskan nasi. Kumpulan kami telah mendapat menu Nasi Dagang yang dihidangkan bersama dengan Gulai Ikan Tongkol dan Acar. Resepi untuk Nasi Dagang boleh lihat di sini Resepi Nasi Dagang.

             Selain daripada memasak Nasi Dagang, kumpulan kami turut bertugas sebagai AJK Minuman. Minuman yang disediakan pada minggu ini ialah Sirap Lemon.




Resepi Sirap Lemon.

Bahan-bahan:
500 ml       Air
3 sdb         Gula
2 hiris        Lemon
1 sdk         Sirap
Ais batu

Cara Menyediakan:
1. Cairkan gula dengan sedikit air panas
2. Campurkan air gula, air dan sirap dan perahkan hirisan lemon
3. Hidangkan bersama ais batu


*****************************



Nik sedang menyediakan gulai ikan tongkol
Kumpulan 6 & 7 sedang sibuk menyiapkan hidangan masing-masing


suasana dalam dapur


Kumpulan kami sedang membuat sesi penilaian terhadap kumpulan 3



Sajian kumpulan kami

   
Kelas sudah habis
Puan Saedahtinnur sedang bagi penerangan dan komentar


Amali 2 : Nasi Dagang


PENGENALAN NASI DAGANG


Nasi dagang ialah makanan yang mengandungi hidangan nasi kukus, gulai ikan tongkol dan acar. Nasi dagang juga dihidangkan bersama-sama dengan telur sebus. Makanan ini dikenali sabagai menu sarapan pagi di negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Selain itu, nasi dagang juga turut dikenali di Pattani, Yala dan Narathiwat di Selatan Thailand. Nasi dagang dikatakan berasal dari Kampung Ladang yang terletak di daerah Kuala Terengganu. Nasi dagang juga terkenal sebagai makanan keramaian di Terengganu dan Kelantan kerana kerap dihidangkan pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Nasi dagang ini biasanya dihidangkan ketika sebelum atau selepas umat Islam menunaikan Solat Sunat Hari Raya.

Selain daripada kombinasi nasi dan gulai, nasi dagang turut dihidangkan mengikut bersama lauk sampingan yang lain mengikut selera masing-masing. Biasanya nasi dagang yang dibeli di gerai mengandungi nasi, gulai dan acar. Namun sekiranya dimasak dirumah, ia turut dihidangkan bersama dengan telur rebus, kelapa goreng dan sambal.

Di negeri Terengganu, nasi dagang menggunakan campuran beras pulut dan beras Siam. Manakala nasi dagang versi Kelantan menggunakan beras nasi dagang yang berwarna seakan-akan ungu. Nasi untuk nasi dagang dimasak dengan kaedah kukus. Sebelum beras dikukus, ia perlu direndam semalaman dahulu. Semasa proses memasak, beras ini dicampur dengan halba, bawang besar dan santan. Campuran halba memberikan aroma yang unik kepada nasi.

Gulai ikan yang disediakan bersama-sama nasi dagang juga dikenali sebagai gulai darat. Ikan tongkol merupakan bahan utama dalam penyediaan gulai ini. Selain daripada ikan tongkol, ikan tenggiri juga boleh digunakan. Sekiranya tidak menggunakan ikan, udang besar juga boleh di masak gulai. Gulai ini dimasak mengikut cara masakan gulai orang Melayu bukan seperti gulai Mamak. Untuk menyediakan gulai ini, santan dimasak bersama-sama dengan campuran herba dan rempah Melayu seperti serai, lengkuas, cili giling dan kunyit.





RESEPI NASI DAGANG



Bahan-bahan:

Beras pulut               ½ cawan
Beras Siam              3 cawan
Halia – dihiris          1 inci
Halba                     1 sudu besar
Bawang merah        2 ulas
Santan pekat          1 cawan / 250ml
Santan cair             1 cawan / 250ml




Prosuder memasak:


1. Beras pulut dan bersa Siam dibasuh bersih. Satukan dan rendam semalaman.

2. Beras dituskan dan dikukus selama 20 minit. Keluarkan beras dari kukusan, masukkan ke dalam sebuah mangkuk. Tuangkan santan cair, balik-balikkan sehingga rata.

3. Masukkan kedalam Loyang dan kukus semula. Lakukan begini sebanyak kali tiga sehingga nasi agak lembut dan elok masaknya.

4. Akhir sekali, masukkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga rata dan berkilat (pastikan ia tidak terlalu lembik). Campurkan hirisan bawang, halia dan halba. Gaul semula. Kukus selama 5-10 minit lagi.

5. Hidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar rampai.

* tips : tambahkan sedikit gula dalam nasi supaya nasi menjadi lebih cantikmdan berkilat.


RESEPI GULAI IKAN TONGKOL





Bahan-bahan :

Ikan tongkol                 1 ekor
Santan                          250 ml
Asam gelugor               2 keping

Bahan A:
Rempah kari ikan          1 camca
Bawang merah              5 ulas
Halia                             1 inci
Bawang putih                3 ulas
Ketumbar biji                1 sudu besar
Jintan manis                   1 sudu teh
Cili kering                      10-15 tangkai


Cili api – diketuk            5 tangkai
Garam                            secukup rasa






Prosuder memasak:

1. Ikan tongkol direbus dengan sedikit air, asam gelugor dan garam sehingga masak.

2. Masukkan santan kedalam periuk yang berasingan dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih. (Pastikan ia sentiasa di kacau supaya tidak berketul)

3. Masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar dan biarkan mendidih semula.

4. Masukkan ikan dan cili api, perasakan dengan garam dan masak sehingga kuah agak pekat.




RESEPI ACAR



Bahan-bahan :

Timun                 1 biji
Lobak merah      1 biji
Bawang besar     ½ biji
Lada besar         1 tangkai
Cuka
Garam
Gula




Prosuder memasak:

1. Timun dan lobak merah dipotong memanjang. Bawang dan lada dimayang.

2. Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan dalam peti sejuk seketika.

PERANCANGAN MENU

Tujuan Perancangan Menu

  • supaya dapat menjimatkan masa, tenaga dan sumber bahan semasa penyediaan makanan
  • makanan yang disediakan seimbang dari segi nutrien, warna, bahan masakan
  • menyediakan makanan mengikut kemampuan
  • hidangan disediakan mengikut keperluan individu dan kumpulan khas
  • mengelakkan alahan

Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu

  • Jenis hidangan
    • membuat pilihan hidangan dari pelbagai sajian masakan Melayu, India, Cina dan Barat.
    • memilih jenis hidangan pembuka selera, sup, makanan utama, pencuci mulut dan minuman
  • Keperluan dan kegemaran
    • bergantung kepada kesihatan dan keperluan orang yang makan
    • makanan untuk bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua adalah berbeza dari segi kandungan nutrien dan tekstur.
  • Pilihan sajian
    • memilih cara menghidangkan makanan, contoh seperti table d'hote, a la carte atau bufet supaya bersesuaian dengan majlis
  • Perbelanjaan
    • merancang kos pengeluaran termasuk kos pekerja dan kos overhead
    • dapat mengelak pembaziran
  • Sumber makanan
    • penggunaan bahan mentah yang bermusim atau tidak bermusim
    • contohnya buah durian
    • pembelian bahan mentah yang segar
  • Kemudahan fizikal dan sumber tenaga
    • jumlah pekerja mengikut kesesuaian jumlah makanan yang ingin dimasak
    • contoh: 2 orang tukang masak untuk menyediakan makanan bagi 100 orang adalah tidak sesuai
    • pastikan kemudahan alatan dapur mencukupi dan sesuai untuk menyediakan sesuatu masakan
  • Keupayaan / kemahiran tukang masak
    • memastikan tukang masak mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam menyediakan sesuatu hidangan.
  • Kumpulan sasaran
    • menyediakan makanan yang sesuai dengan kewangan, keperluan nutrien dan gaya hidup kumpulan sasaran
    • sesuai untuk peniaga dan pengusaha kedai makan untuk menyediakan makanan yang sesuai dengan kumpulan sasaran mereka.
    • sebagai contoh pengusaha kedai makan di kawasan tempat kerja perlu menyediakan pelbagai makanan yang mudah dan segera kerana pekerja mempunyai masa rehat yang terhad.

Prinsip memasak & kaedah memasak ......

KENAPA MAKANAN PERLU DIMASAK ?????

  1. makanan mudah untuk dimakan dan dihadamkan (selulosa, bijian kanji, gentian tisu menjadi lembut)
  2. menambah selera (merangsang deria bau dan rasa)
  3. musnahkan bakteria (supaya selamat untuk dimakan)
  4. untuk tujuan pengawetan
  5. mencipta pelbagai variasi hidangan

PRINSIP MEMASAK....

~ menggunakan haba kering ~

  • haba dipindahkan kepada makanan tanpa menggunakan air atau lembapan.
  • menggunakan suhu tinggi (300F/149C atau lebih tinggi)
  • contoh :
    • memanggang
    • menggril
    • membakar ( membakar kering, membakar menggunakan sedikit kelembapan, membakar dengan sedikit pengubahsuaian haba)
    • menggoreng (goreng tohor, goreng kering, goreng dengan minyak banyak, saute)
    • ketuhar gelombang mikro


~ menggunakan haba lembab ~

  • memasak menggunakan lembapan sama ada dalam bentuk wap, cecair, air atau stok
  • menggunakan suhu rendah (140F/60C)
  • contoh :
    • merebus
    • merendidih
    • mencarak
    • mencelur
    • mengukus

Monday, 8 October 2012

Rendang Tok cara Mama Mot buat ....


Rendang tok

*gambar ihsan dari Encek Google

Bahan-bahan :

1kg      daging (potong ikut suka – rebus sekejap)
            *batang pinang tak payah rebus
20 biji cili kering (dikisar)

Bahan A untuk dikisar halus
5 btg    serai (besar) , kalau kecil ambil dalam 8 atau 10
6 biji     bawang besar
6 ulas bawang putih
Lengkuas agak-agak dalam 1 ruas ibu jari
Halia  agak-agak dalam 2 ruas ibu jari
Kunyit hidup sebesar halia

Bahan B (goreng tanpa minyak hingga naik bau dan kisar)
1 sudu lada hitam
1sudu jintan putih
2 sudu jintan manis
4 sudu biji ketumbar

Kerisik dari 1 biji kelapa
Santan dari 1 biji kelapa
1 cawan gula merah (cairkan dan tapis)
½ cawan minyak utk menumis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
Garam
Gula pasir jika perlu


Cara penyediaan :

1.Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang
2. Masukkan bahan A dan cili kering, tumis sebentar.
3. Masukkan bahan B
4. Setelah 10 – 15 minit, masukkan santan, kerisik, gula merah dan daging.
* gula merah masukkan separuh dulu, kalau dah manis x payah habiskan.
5. Kacau hingga hampir kering. Masukkan semua daun-daun
6. Rasa ikut sedap selera
7. Kacau sampai kering yang disukai




petua dapur.....

1. HILANGKAN MASIN IKAN KERING


bagi penggemar ikan kering, ada caranya untuk menghilangkan rasa masin yang mungkin keterlaluan. rendamkan ikan tersebut dalam air kelapa selama beberapa minit sebelum digoreng.


2. IKAN TETAP SEGAR

adakalanya ikan yang dibeli kurang kesegarannya. petuanya setelah ikan disiang, perapkan dengan beberapa biji buah belimbing buluh dan sedikit garam. selepas itu cucilah dengan air. masukkan ikan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.


3. HILANGKAN GATAL KELADI

untuk mengatasi gatal keladi ialah dengan memotong batang keladi dan rendamkannya ke dalam air yang dicampur dengan isi buah pinang. biarkan seketika. kemudian cuci bersih lalu masaklah mengikut citarasa masing-masing.



* kdt : gambar dr Encek Google n petua dr Mingguan Wanita