[peminat kami]

Thursday, 15 November 2012

PENGENALAN MASAKAN CINA

               Sejarah masakan Cina bermula di negeri Melaka pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China ke tanah Melayu dan membawa pengaruh adat resam dan budaya. Pengaruh ini dikuatkan lagi apabila Sultan Mahmud berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Selain itu, kedatangan pekerja lombong dari China juga membawa pengaruh masakan Cina ke Tanah Melayu. Kaum Cina di Malaysia kini terbahagi kepada tiga kumpulan kecil dengan dialek yang berbeza. Dialek Hokkien digunakan oleh kaum Cina yang tinggal di utara Pulau Pinang. Manakala dialek Kantonis digunakan oleh kaum Cina di Kuala Lumpur dan dialek Mandarin digunakan di selatan tanahair Johor.

               Masakan Cina menggunakan pelbagai bahan antaranya ialah rebung, teratai, sirip ikan, sarang burung, bunga lili dan pelbagai sayuran. Masakan berasaskan daging biasanya menggunakan daging itik, daging khinzir dan ayam. Kebanyakan masakan Cina menggunakan bahan perasa seperti kicap dan minyak bijan. Kaedah masakan yang sering digunakan ialah merebus, kukus dan menggoreng. Kaedah masakan chao biasa digunakan dalam hidangan masakan Cina. Chao bermaksud memasak dengan cepat menngunakan sedikit minyak dengan api besar. Teknik masakan ini dapat mempertahankan rasa, kesegaran dan kelembutan masakan. Contoh masakan Cina yang biasa didapati di Malaysia ialah Char Kuey Teow, Pau, Dimsum, Kuih Bulan dan Itik Panggang.




* gambar kredit kepada carian Google

                                                    ******************************

                Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia turut dipengaruhi oleh kaum Cina dan Melayu. Masyarakat Baba dan Nyonya terkenal di negeri Pulau Pinang dan Melaka. Mereka ini berasal dari kaum Cina, Amoy (Xiamen) dan Fukian. Mereka masih lagi mengekalkan agama dan adat resam orang Cina. Namun dari segi masakan pula, masyarakat Baba dan Nyonya dipengaruhi oleh kaum Cina dan Melayu. Contoh masakan Baba dan Nyonya ialah asam pedas, kari, sambal, bubur caca, kuih ku dan pulut tekan. 


* gambar kredit kepada carian Google

*******************************

ALATAN MEMASAK

kuali

pengukus buluh

penapis, chopstik, sudip, kuali

*gambar kredit kepada carian Google

[ cik majidah ]


Wednesday, 14 November 2012

MAKAN-MAKAN KUALA PERLIS


Sempena cuti Deepavali semalam, saya dan keluarga pergi hantar adik balik UUM. Alang-alang ke Changlun, kami singgah ke Kuala Perlis untuk makan malam. Lokasi medan ikan bakar ini terletak berhampiran dengan Jeti Kuala Perlis. Di medan selera ini terdapat pelbagai kedai yang menyediakan hidangan ikan bakar dan makanan laut yang lain. Pengunjung boleh memilih pelbagai jenis masakan seperti tiga rasa, goreng tepung, masak cili, tomyam dan sebagainya. Selain itu, menu masakan panas turut disediakan. 
Kedai yang menjadi pilihan kami sekeluarga ialah Gerai No. 7 : Mona Ikan Bakar. 


Aneka makanan laut yang boleh dipilih. Antaranya ialah mentarang, kerang, lala, ikan jenahak, ikan kembung, ikan pari,  sotong, udang, ketam dan sebagainya.








 Harga makanan laut Citarasa Mona.


 *****************************

 Sambal belacan dan air asam. 



Ulam-ulaman : Daun selom, timun dan rebung jeruk
(percuma)

Tomyam udang. 

Lala masak sambal.

 Kangkung goreng belacan.

Baby kobis goreng ikan masin.

Kepala ikan jenahak masak tiga rasa.

Ekor ikan jenahak bakar.

 Sotong goreng tepung x dua pinggan

Jumlah semua hidangan termasuk nasi ialah RM 190.00
Ikan jenahak = > 1 kg
Lala = 1 kg
Sotong = 1 kg
Tomyam udang untuk seorang makan.

Kesemua hidangan adalah sangat sedap terutamanya sambal belacan dan ikan jenahak tiga rasa. Rasa tomyam udang agak kurang sedap tetapi udang yang digunakan adalah segar.

***************************************
Sate kambing x 10 cucuk
1 cucuk = RM 1.50

Sate ayam x 30 cucuk
1 cucuk = RM 0.60

***************************
Permandangan yang terdapat di tepi Medan Ikan Bakar. 





*************************
Kepada sesiapa yang berhajat nak pergi ke Kuala Perlis dipersilakan ye. Ini ada peta lokasi ke Medan Ikan Bakar Kuala Perlis.
*peta kredit kepada kedah2u.

******************************

[ cik majidah ]


PASAR AHAD PENAGA

Pasar Ahad Penaga terletak di pekan Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pasar ini menjadi tumpuan oleh penduduk setempat untuk membeli belah. Pasar ini diadakan pada setiap hari Ahad bermula dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Di pasar ini terdapat pelbagai barang keperluan yang boleh didapati seperti bahan basah, bahan kering, makanan, baju, alatan rumah, ubat-ubatan dan sebagainya. Harga yang dijual di pasar ini sangat berpatutan dan bahan basah seperti ikan, ayam, sayur dan buah adalah sangat segar.

putu buluh

buah-buahan

barangan 'second hand'

aneka ikan kering


putu mayam

buah nangka

ikan kayu
pelbagai jenis ikan segar

***********************
[ cik majidah ]

Tuesday, 13 November 2012

REFLEKSI AMALI KUIH SAVOURI

Pada minggu lepas, kumpulan kami telah mendapat tugasan untuk menyediakan pau sambal ikan bilis dan kuih cara berlauk. Kedua-dua kuih ini merupakan kuih savouri iaitu kuih pedas / masin. Pau sambal ikan bilis dimasak menggunakan kaedah menggoreng dengan minyak banyak, manakala kuih cara berlauk dimasak menggunakan menggoreng dengan minyak sedikit. Sepanjang amali berlangsung, terdapat beberapa masalah yang telah berlaku. Bagi pau sambal ikan bilis, campuran susu suam dan yis segera tidak berbuih walaupun telah dibiarkan. Kami mencampurkan saja campuran susu tersebut dengan tepung kerana telah kesuntukan masa. Doh yang siap diadun dan direhatkan tidak naik dua kali ganda. Kesannya pau yang digoreng tidak beberapa masak dibahagian tengah. Tidak ada masalah sepanjang penyediaan kuih cara berlauk. Adunan bater dapat disediakan dengan baik dan hasilnya menjadi lembut. Inti untuk kuih cara berlauk menggunakan udang cincang sebagai bahan utama. Secara keseluruhannya, penyediaan pau sambal ikan bilis sedikit sukar untuk disediakan kerana adunan pau tidak dilakukan dengan betul, manakala kuih cara berlauk sangat mudah disediakan.

bahan-bahan untuk menyediakan kuih cara berlauk

bahan-bahan untuk menyediakan pau sambal ikan bilis

sambal ikan bilis

inti kuih cara

adunan bater cair kuih cara

doh pau

pau sambal ikan bilis

kuih cara berlauk




[ cik majidah ]

Friday, 9 November 2012

PILIHAN ADUNAN BATER UNTUK MENGGORENG UDANG, IKAN DAN SAYURAN

PILIHAN ADUANAN BATER

Pada petang ini saya nak berkongsi sedikit resepi dan cara penyediaan beberapa jenis adunan yang boleh kita pilih untuk menggoreng udang, ikan dan juga sayuran. Terdapat tiga pilihan adunan yang boleh kita gunakan iaitu adunan telur, adunan santan dan juga adunan menggunakan yis.

Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan kaedah penyediaan bagi setiap adunan.


*****************************


ADUNAN TELUR

Bahan-bahan :

125g tepung berserbuk penaik
2 biji telur kuning2 biji putih telur (perlu dipukul sehingga menjadi agak keras)
1camca besar minyak sayuran
9 camca besar susu segar
secubit garam.

Kaedah Penyediaan : 

1. Tepung, kuning telur dan minyak sayuran digaul sehingga rata (boleh gunakan pemutar telur)
2. Tuangkan susu dan masukkan putih telur. Kacau sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai bater sadur kepada makanan seperti udang, ikan dan sayuran. 


*********************


ADUNAN SANTAN


Bahan-bahan:

150g tepung gandum
2 1/2  camca teh serbuk penaik
1 camca teh garam
3 biji telur
1/2 cawan santan
1 camca teh esen vanila

Kaedah Penyediaan :

1. Ayak tepung dan serbuk penaik bersama-sama
2. Kacau semua adunan sehingga menjadi adunan yang rata (boleh menggunakan pemutar telur)
3. Celupkan bahan pilihan seperti udang dan lain-laindan goreng dengan minyak sehingga kekuningan.
4. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.


***************************


ADUNAN YIS

Bahan-bahan : 

200g tepung jagung
1/4 camca teh garam
1 camca teh gula kastor
2 biji telur
8g yis mampat
1/2 liter air
1 camca besar minyak

*  Tepung dan garan perlu diayak bersama-sama
*  Yis perlu dilarutkan di dalam air.

Kaedah Penyediaan :

1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan putar dengan pemutar telur.
2. Biarkan adunan mengembang selama satu jam sebelum digunakan.

Selamat Mencuba........

****************************
 Perkongsian ikhlas dari  : Cik Nik Norakmal

Thursday, 8 November 2012

MINGGU 8 - Amali 4

 


Menu Kuih Muih Tempatan (Kuih Savouri)

Pada minggu ini, kumpulan kami telah diberi tugasan untuk menyediakan kuih muih tempatan dari jenis savouri iaitu kuih yang mempunyai rasa selain manis iaitu pedas atau masin. Menu yang dimaksudkan adalah Pau Sambal Ikan Bilis dan Kuih Cara Berlauk. Berikut merupakan resepi yang dimaksudkan.

 Resepi  : Pau sambal ikan bilis

Bahan-bahan pau :

      200 gm            Tepung gandum
      140 ml             Susu segar (suam)
      2 sdt                Yis segera
      2 ½ sdb           Gula halus
      ½ sdt               Garam halus
      2 sdb               Mentega
      Hirisan timun sebagai hiasan.

      Cara penyediaan :
      1. Satukan yis segera dan susu segar, kacau rata dan biar berbuih.
2. Satukan bahan-bahan doh pau dalam satu bekas, gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan biarkan naik 2 kali ganda.
3. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 8-9 bahagian sama besar. ( canaikan anggaran ¾ inci dan terap dengan acuan bulat 2 inci)
4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada keseluruhan bahagian pau. Angkat dan toskan. Letakkan pau yang telah digoreng di atas tisu dan biarkan minyak meresap. Biarkan ia sejuk.
5. Belah dua pau tadi tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis dan susunkan 1 atau 2 keping timun, ulang hingga habis.
6. setelah selesai boleh dihidangkan sebagai minum petang.

Bahan-bahan sambal ikan bilis :
200 gm            Ikan bilis (dibuang isi dan tulangnya)
5 biji                 Bawang merah
3 ulas               Bawang putih
½ inci              Halia
1 keping          Asam keeping
20 tangkai       Cili kering
1 sdt                Sos tiram
½ cawan         Air (jika perlu)
5 sdb               Gula
1 sdk               Garam
½ cawan         Minyak

Cara penyediaan :
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan gula, garam, sos tiram dan asam keeping. Kacau hingga sebati.
4. Apabila sambal telah masak dan menggelegak, masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Kacau hingga sebati dan biarkan ia kering sedikit.


*******************************

Resepi  : Kuih cara berlauk

Bahan-bahan bater :
     1 ½ cawan      Tepung gandum
      1 biji                 Telur
      1 sdt                Garam
      ½ sdt               Serbuk kunyit
      2 cawan          Air
      175 ml             Santan
      1 sdt                Minyak masak

      Bahan-bahan inti :
      150 gm            Udang
      1 biji                 Bawang besar
      1 ulas               Bawang putih
      2 sdb               Cili kisar
      2 sdb               Sos cili
      Daun sup
      Daun bawang
      Cili merah

      Cara penyediaan :

Cara penyediaan :
1. Dengan menggunakan pengisar, kisar tepung gandum, garam, minyak masak, santan, garam dan telur sehingga semua sebati.
2. Kemudian tuang kedalam bekas adunan, jika adunan Nampak pekat boleh tambahkan ½ cawan air.
3. Tutup bekas adunan dan peran selama 30 minit atau lebih supaya adunan lebih   mesra dan sebati.
4. Cincang isi udang, bawang besar dan bawang putih hingga halus.
5. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis cili kisar dan bawang putih. Biarkan hingga garing dan masukkan udang, bawang besar serta sos cili. Kacaukan hingga sebati dan masukkan garam dan gula.
6. Biarkan inti agak kering, angkat dan sejukkan seketika.
7. Setelah adunan diperap selama 30 minit, panaskan acuan kuih cara.
8. Glis kan acuan dengan minyak dan tuangkan adunan kuih cara sebanyak ¾ acuan.
9. Masukkan 1 sudu kecil inti dan taburkan hirisan daun bawang dan cili merah.
10. Tutup acuan kuih cara dengan penutup periuk dan biarkan seketika.
11. Masak sehingga permukaan bawah kuih cara perang dan permukaan atasnya masak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 
****************************************************
                                                          By : Nik Norakmal