[peminat kami]

Wednesday, 28 November 2012

MENU IBU DALAM PANTANG

Assalamualaikum.........................


Berita baik buat ibu-ibu yang akan berpantang atau yang sedang berpantang. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa menu ringkas yang boleh disajikan ketika didalam pantang. Kalau sebelum ini menu dalam ketika dalam tempoh pantang sinonim dengan menu yang menggunakan kaedah membakar sahaja. pastinya bosan untuk mengharungi tempoh berpantang selama 44 hari dengan menu yang sama. Oleh itu, marilah kita mencuba menu-menu menarik yang akan memberi keriangan dan pastinya berkhasiat untuk dimakan oleh ibu-ibu sekalian.

Menu-menu ini juga sesuai bagi mereka-mereka yang sedang berdiet...
Oleh itu, selamat mencuba......


**********************************

MENU : BUBUR LAMBUK IKAN HARUAN

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan haruan – diambil isinya
  • 1 cawan beras
  • 1 cawan santan
  • 5 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
  • 1 ½ cm halia – dihiris halus
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

  Bahan Hiasan:

Sedikit daun sup
  • Sedikit daun bawang
  • Bawang goreng

  •   Kaedah Penyediaan :

    1. Rebuskan beras dengan bahan yang dihiris sehingga kembang.
    2. Masukkan isi ikan haruan
    3. Setelah mendidih, masukkan santan, lada hitam dan garam secukup rasa
    4. Setelah masak bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.



    **********************************


    MENU :  IKAN HARUAN BAKAR

    Bahan-bahan:

    • 1 ekor ikan haruan
    • 1 cm kunyit hidup – dikisar
    • 1 batang serai – dikisar
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh lada hitam
    • Sedikit helaian daun pisang – balut pada ikan

      Bahan Air Asam
      • 1 genggam asam jawa – diperah
      • 1 cawan air
      • 5 tangkai cili padi – dihiris
      • 1 biji bawang besar – dihiris
      • Garam secukup rasa

      Kaedah Penyediaan :

      1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam. Tunggu sehingga 1 jam. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak.
      2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
      3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.
      **********************************

      MENU :  SUP IKAN HARUAN 

      Bahan-bahan :
      1 ekor ikan haruan – diambil isinya
    • 3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat
    • 2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
    • 1 ½ cm halia – dihiris halus
    • 2 cawan air
    • 2 sudu makan minyak masak
    • 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
    • 5 keping asam keping
    • Garam secukup rasa

    •  Bahan Hiasan :
      Sedikit daun sup
    • Sedikit daun bawang

    •   Kaedah Penyediaan :

      1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat serta halia yang dihiris sehingga naik wangi. Kemudian masukkan air.
      2. Setelah air mendidih, masukkan isi ikan, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata sehingga isi ikan masak.
      3. Selepas itu bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang dan daun sup.

      **********************************

      Selamat Mencuba
      &
       Selamat Berpantang

      BY : Nik Norakmal



      Friday, 23 November 2012

      PENGENALAN DIET GOLONGAN DARAH AB

           Mengambil menu masakan sehari-hari yang serasi dengan jenis darah ibarat pemandu kenderaan yang tertib membawa kotak keselamatan, peralatan bengkel serta menggunakan tali pinggan keledar akan mematuhi semua peraturan jalan raya. Hasilnya, anda boleh tiba didestinasi dengan selamat. Selain itu, jika mengalami masalah enjin kereta secara mendadak, anda boleh dengan mudah membaikinya.

           Begitu juga dengan tubuh kita. Bila kita tertib mengambil makanan yang sesuai dengan jenis darah, setiap masalah kesihatan dan penyakit yang muncul akan lebih mudah diatasi. Selain menjadi lebih sihat, bonus tambahan yang anda boleh dapati dengan menerapkan pola makanan yang sesuai dengan jenis darah adalah tubuh lebih langsing serta penampilan segar berseri dan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

            Jumlah pemilik golongan yang berdarah AB adalah paling sedikit antara semua penduduk dunia, iaitu hanya kira-kira 2-5 peratus sahaja. Anda mewarisi antigen golongan darah A dab B. Oleh kerana itu, pola pemakanan yang sihat bagi anda ialah dengan menggabungkan pola pemakanan golongan darah A yang cenderung vegetarian dengan daging dan hasil tenusu dagi mereka yang berdarah B.

           Senarai bahan makanan yang disarankan oleh golongan berdarah AB terbahagi kepada tiga kategori iaitu sangan bermanfaat, neutral dan hindari. Kategori sangat bermanfaat bermaksud makanan didalam kelompok ini memberikan faedah kesihatan bagi tubuh badan anda dan boleh diambil setiap hari. Seterusnya ialah kategori neutral yang bermaksud makanan di dalam kelompok ini tidak memberi apa-apa faedah kesihatan yang mencukupi tetapi tidak juga merugikan. Oleh itu, sebaiknya diambil secukupnya sahaja dan bukan setiap hari (3-5 kali seminggu). Manakala kategori hindari bermaksud makana dalam kelompok ini boleh mengganggu kesihatan anda dan disarankan hanya diambil sesekali sahaja dalam jumlah yang terbatas (1-2 kali seminggu) atau sebaliknya dielakkan sama sekali apabila timbulnya masalah kesihatan.


           Panduan yang ditulis ini adalah berdasarkan buku-buku diet golongan darah yang ditulis oleh pakar diet antarabangsa iaitu Dr Peter J. D'Adamo.


      [ cik majidah ]

      BAHAN MAKANAN GOLONGAN DARAH AB : BUAH-BUAHAN


      Sangat bermanfaat :
      Loganberry

      • Anggur hijau / hitam / merah / Concorde & jus anggur
      • Buah ara (fig) segar / gusberi 
      Buah ara

      • Ceri segar & jus ceri hitam
      • Kranberi & jus kranberi
      • Limau gedang, lemon, jus betik, kiwi, loganberry, nanas
      Limau gedang


      • Plum hijau / merah / gelap
      *******************************

      Neutral :

      • Air + air perahan lemon
      • Epal & jus epal & cuka epal (apple cider vinegar)
      • Aprikot & jus aprikot
      • Beri hitam & beri biru
      • Tembikai kuning & tembikai merah
      • Boysenberry, currant (sejenis anggur kecil) hitam / merah, elderberry
      Boysenberry

      • Limau, kumkuat, limau nipis
      Kumkuat

      • Jus anggur, jus nanas, kismis, kurma
      • Tembikai susu canang / casaba / Christmas / Honeydew / musk Spanish
      • Nektarin (sejenis pic), pic, betik, pear, pisang tanduk
      Nektarin

      • Prun (plum kering) & jus prun
      • Raspberi & stawberi
      ******************************

      Hindari :

      • Belimbing
      • Buah naga
      Buah naga

      • Delima
      • Jambu biji
      • Oren & jus oren
      • Kelapa
      • Pisang kaki
      Pisang kaki

      • Mangga
      • Pisang (pisang embun / pisang mas / pisang susu / pisang sireh)
      • Rubarb
      Rubarb

      * gambar hasil daripada carian Google.


      **********************************

      [ cik majidah ]

      BAHAN MAKANAN GOLONGAN DARAH AB : SAYURAN


      Sangat bermanfaat :

      • Bawang putih
      • Bit, Daun bit, Daun Collard
      Bit
      • Brokoli, Dandelion
      • Jus kobis, Jus lobak merah
      • Kailan, Bunga kobis, Mentimun
      • Parnship, Pasli, Sawi
      Parsnip
      • Saderi & Jus saderi
      • Tauhu, Tauge alfalfa, tempe
      Alfalfa
      • Terung, Keledek, Semua jenis ubi-ubian
      *******************************

      Neutral :

      • Arugula, Asparagus
      • Bawang Bombay hijau / kuning / merah / Spanish, Bawang prei
      • Bayam, Bok choy, kubis Brussles
      Kubis Brussles

      • Buah zaitun hijua / Greek / Spanish
      • Chervil, Cikori, Daikon
      • Daun bawang, Daun ketumbar, Escarole, Horsedish, Halia
      • Cendawan domestik / Portobello / kayu / tiram / Enoki
      • Jintan
      • Kacang kara, Halba
      • Kentang putih / merah , Kohlrabi
      • Kubis hijau / merah
      • Labu air / Siam, Labu kuning
      • Okra, Pakis, Radicchio, Rappini, Rebung
      Rebung

      • Rutabunga, Berangan, Sawi putih
      • Salad air , Salad Bibb / Boston / endive / iceberg / mesclun / romaine
      • Zukini, Swiss chard, tomato, turnip, lobak merah
      Lobak merah

      ******************************

      Hindari :

      • Articok domestik / Jurusalem
      • Avokado
      • Buah zaiton hitam
      • Cili padi
      Cili padi

      • Jagung juning / putih
      • Cendawan abalone / shitake / hioko
      Cendawan shitake

      • Lima bean
      • Paprika merah / hijau / kuning
      • Radish sprout, Tauge

      * gambar hasil daripada carian Google.


      **********************************

      [ cik majidah ]

      Petua Dapur : Baulu, Kentang, Kupang, Madu

      Tips menyimpan kuih baulu agar tahan lama.



      • Yang paling mudah adalah dengan memasukkan sedikit bahan pengawet (anti-mould) ke dalam adunan.
      • Jika tidak mahu guna cara ini, jemur atau sangai (goreng kering) tepung hingga betul-betul panas atau kering (tanpa mengubah warnanya). Kemudian, biarkan sejuk dan ayak sebanyak dua kali.
      • Setelah kuih baulu dimasak. pastikan kuih sejuk dan barulah disimpan di dalam bekas kedap udara. Letakkan paket yang dapat meresap udara di dalam bekas tersebut. 
      • Jangan letak bekas di tempat yang terdedah pada sinaran matahari atau di tempat yang hangat.


      Kentang lebih enak


      • Kentang enak dimakan tanpa dikupas kulitnya.
      • Gosok kentang dengan hampas kelapa hingga kulitnya bersih.
      • Kemudian cuci dan masukkan ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja.


      Cara bersihkan isi kupang


      • Untuk mengelakkan kupang berpasir ketika memasak, rendamkannya selama 10 minit dengan air biasa.
      • Kemudian tos dan masak seperti biasa.
      • Cara ini juga sesuai untuk membersihkan kerang, lala dan kepah.


      Madu tahan lama.


      • Bagi menegkalkan kualiti madu, masukkan beberapa butir padi kedalam botol yang berisi madu.
      • Simpan ditempat yang kering.

      [ cik majidah ]

      Thursday, 22 November 2012

      Amali Minggu 10

      Menu Hidangan Sepinggan Lengkap (Karbohidrat) & Pencuci Mulut.

      SET MELAYU

      Hari ini, iaitu  22 November 2012 merupakan amali pertama setelah bertukar status. Menu yang dipertanggungjawapkan pada minggu ini adalah Nasi Tomato yang dihidang bersama ayam masak merah dan rojak buah sebagai hidangan pencuci mulut. Di sini kami akan kongsikan resepi yang telah di standardkan sebagai rujukan bersama. 

      Resepi :

      Nasi Tomato (Ayam Masak Merah & Acar Rampai)

      BAHAN-BAHAN: (Porsi 2 orang)
      300gm             Beras basmati
      50gm               Tomato (dipotong dadu)
      30gm               Sos tomato
      15gm               Tomato puri
      25ml                Susu
      100ml              Air
      10gm               Daun pandan
      3gm                 Garam

      Bahan tumis:
      80gm               Mentega
      5gm                 Kulit kayu manis
      5gm                 Bunga cengkih
      5gm                 Bunga lawang
      3gm                 Buah pelaga
      20gm               Bawang putih (dihiris)
      40gm               Bawang besar (dihiris)
      Hiasan :          Bawang goring
        
      LANGKAH PENYEDIAAN:
      1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
      2. Panaskan mentega/minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
      3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian, masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
      4. Tanak hingga masak.
      5. Taburkan sedikit kismis diatas permukaan nasi.
      5. Hidangkan panas dan boleh taburkan sedikit bawang goreng.

      ************************************
      AYAM MASAK MERAH

      BAHAN-BAHAN: (2 porsi)
      600gm             Paha ayam (dibuang kulit dan lumurkan dengan  
                               garam dan kunyit)
      170gm             Sos tomato
      150ml              Air
      30ml                Minyak masak
      10gm               Bwang putih
      15gm               Cili kering                               
      2cm                 Halia     
      70gm               Bawang merah
      1 batang          Serai (dititik)
      15gm               Kacang pis
      60gm               Bawang besar (dipotong bulat)
       *cili kering, halia, bawang merah dikisar
      Bahan penumis :
      3gm                 Kulit kayu manis
      1 kuntum         Bunga lawang
      3 biji                 Buah pelaga

      Hiasan:
      1 tangkai         Daun bawang (dihiris)
      1 biji                 Cili merah (dibentuk bunga)

      LANGKAH PENYEDIAAN :

      1. Ayam digoreng hingga separuh masak menggunakan minyak penuh. Angkat dan toskan.
      2. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis, bahan kisar dan serai. Tumis hingga berwarna keemasan.
      3. Tuang air dan sos tomato, kacau rata.
      4. Masukkan ayam dan kacang pis, kacau rata sehingga masak.
      5.. Masukkan bawang besar, kacau. Sesuaikan rasa dan angkat.

      LANGKAH MENGHIAS : 
      1. Masukkan masakan dalam pinggan hidang.
      2. Hiaskan dengan cili merah dan daun bawang.
      3. Pek dalam bekas yang sesuai.

      *********************************
      ACAR RAMPAI

      BAHAN-BAHAN: (2 porsi)
      80gm               Timun
      70gm               Lobak
      20gm               Cili merah
      20gm               Cili hijau
      50gm               Bawang besar
      20gm               Bawang putih
      3cm                 Halia
      5gm                 Biji sawi
      5gm                 Bijan – goreng sedikit
      5gm                 Serbuk kunyit
      30gm               Cuka
      3 sdb               Minyak masak

      *Gula dan garam  secukup rasa                    

      LANGKAH PENYEDIAAN :
      1. Timun dibuang bahagian tengahnya dan potong memanjang.
      2. Lobak, cili merah dan cili hijau dipotong memanjang.
      3.. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan biji sawi, biarkan satu minit sambil dikacau.
      4. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan cili, serbuk kunyit dan cuka. Kacaukan.
      5. Kemudian masukkan timun dan lobak. Kacau dan perasakan dengan garam, gula dan masukkan bijan. Gaul sebati seketika. Angkat dan hidangkan
       

        *****************************************

           Resepi : Rojak Buah    

       


       
      BAHAN-BAHAN :
      130gm             Timun
      350gm             Sengkuang                 
      200gm             Nanas
      100gm             Mangga muda (dihiris)
       * Bahan diatas perlu dipotong kiub besar

      Kuah:
      15gm               Cili kering
      2cm                 Belacan bakar
      2biji                  Limau nipis (ambil jus sahaja)
      50gm               Kacang tanah goreng (ditumbuk kasar)
      60ml                Air asam jawa
      100gm             Gula Melaka – dicincang           
      15gm               Petis
      10gm               Bijan (digoreng tanpa minyak)
      Garam             secukup rasa

      Hiasan:
      Daun pisang    1 helai

      LANGKAH PENYEDIAAN:

      1. Cili kering dan belacan digoreng dengan sedikit minyak kemudian dikisar.
      2. Gaulkan cili kisar, gula Melaka dalam mangkuk adunan.
      3. Masukkan jus limau, air asam jawa, garam dan petis.
      4. Gaul rata dan masukkan kacang tanah serta bijan.

      LANGKAH MENGHIAS:
      1. Alas pinggan hidang dengan daun pisang.
      2. Campurkan semua sayur-sayuran dan buah-buahan, gaul rata (sekiranya terus dihidangkan) atau susun sayur-sayuran dan buah-buahan dengan menarik dan diletakkan mangkuk berisi kuah disisinya jika dihidangkan berasingan.
      3. Hidangkan.
      4. Pek dalam bekas yang sesuai.

      *************************************

       Selamat mencuba semua, diharap resepi ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada anda untuk mencari menu yang sesuai untuk dimasak dan disajikan kepada insan tersayang.....
      nantikan gambar-gambar menarik hasil kerja dan hidangan yang kami hasilkan semasa kelas amali minggu ini.....

      by: Nik Norakmal
       

        ***********************************


      LAPORAN AMALI MINGGU INI

      Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk menyediakan dua resepi iaitu hidangan sepinggan lengkap nasi tomato dan rojak buah iaitu sebagai hidangan pencuci mulut. Berikut merupakan komen dan penilaian yang kumpulan kami terima daripada pensyarah dan juga penilaian dari unit 3. Segala kekurangan dan kesalahan yang kami lakukan akan dijadikan iktibar untuk masa-masa akan datang.
      InsyaAllah....

      Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Pensyarah

                       
      a.        Tatasajian
      Penggunaan alatan dan susunan alatan mengidang yang betul dan sesuai.

      b.        Persembahan Hidangan
      Persembahan hidangan menarik dari aspek kombinasi warna hidangan dan hiasan serta porsi yang dihidangkan sesuai untuk porsi 1 orang makan.

      c.        Warna
      Warna makanan yang disediakan adalah mengikut warna sebenar masakan tersebut.

      d.        Tekstur
      Tekstur bagi ayam kurang masak di bahagian dalamnya. Manakala bagi tekstur nasi dan rojak adalah baik.

      e.        Rasa
      Rasa bagi nasi tomato dan ayam masak merah sedap.

       Komen dan Penilaian Hidangan Oleh Unit  3

       

      a.        Tatasajian
      Secara keseluruhannya adalah baik dan bersesuaian dengan hidangan yang   digunakan Cuma terdapat sedikit kotoran pada sudu makan.

      b.        Persembahan Hidangan
      Susunan hidangan dalam pinggan baik. secara keseluruhannya adalah baik dan menarik.

      c.        Warna
      Warna nasi tomato kelihatan sedikit pucat. Ayam masak merah  berwarna gelap dari biasa. Manakala bagi acar rampai sangat menarik.

      d.        Tekstur
      Tekstur semua hidangan adalah baik.

      e.        Rasa
      Rasa semua hidangan adalah sedap terutama rojak buah.

      ****************************************
      Ini pula rupa hidangan yang kami berjaya hasilkan pada sesi amali kali ini....
      Peranggu Meja

      Nasi Tomato.....sedapnyee.....



      Selamat Mencuba......

      by Nik Norakmal